Bab 27

7.2K 280 1
                                    

** Asy pov **

Aku berjalan di tepi taman. Suasananya amat berbeza dari Malaysia. Siapa sangka aku akan terbang sejauh ini hanya untuk meninggalkan segala kesalahanku di belakang walaupun aku tahu aku tidak akan dapat lari dari kesalahan itu.

Tiba-tiba ada satu bola berhenti tepat di hadapan kaki ku kemudian aku memandang hadapan. Ada seorang budak sedang berlari ke arahku. "Sorry uncle. Its my ball"

Aku senyum. "Its ok dear." Lalu dia mengambil bolanya dan berlari semula ke tengah padang untuk bermain bersama ibu bapanya. Aku senang melihat budak itu. Aku juga ingin mempunyai seorang anak, menjadi teman untuk bermain di padang.

Apa khabar Mya di Malaysia ? Aku ingin tahu keadaannya tetapi ego aku menghalangnya. Adakah dia sihat sahaja ? Berbahagia bersama Kyle ?

Setiap kali aku teringat akan Kyle, hatiku menjadi terlalu sakit. Aku terlihat kawanku sedang bermain gitar di tepi padang. Aku mendekatinya.

"Hey zach. What are you doing here ?" Lalu aku memberikan senyuman yang manis. "Asy. Just taking some fresh air"

Aku mengangguk. "Can i borrow your guitar ?". Zach memandangku. "Sure"

Aku mengambil lalu memetiknya. Aku menyanyikan lagu Photograph by Ed Sheran. Liriknya buat aku berfikir tentang Mya. Walaupun sudah 4 minggu bersamaan sebulan aku meninggalkan dia, tidak pernah sekali pun rasa sayangku terhadapnya hilang.

Zach- "kenapa sedih sangat ni ?"

Aku memandang Zach. Zach adalah seorang warga Malaysia dan sudah menetap di sini lama sehingga namanya juga diubah mengikut orang sini. "Tak ada. Aku ok" lalu senyum semula kepadanya.

Zach- "haha baik. Btw nanti datang rumah aku malam ni. Aku buat party"

Aku hanya mengangguk. 'Kau dah terlalu jauh dari jalan yang benar kawan' monolog hatiku. Di sini, party yang dimaksudkan oleh Zach tidak akan lengkap tanpa arak dan wanita yang berpakaian bebas. Zach juga sudah terikut dengan budaya di sini.

Aku memulangkan gitar Zach lalu berjalan ke arah taman. Saja ingin menghirup udara segar. Tiba-tiba aku melihat seorang gadis sedang melompat girang ditengah taman dan ditemani seorang perempuan. Mya ? Aku menggosok mataku. Betul ke apa aku nampak ni ? Mya ke tu ?

Aku ingin menghampirinya tetapi dihalang oleh Zach. "Hey jangan lupa bro !" Aku mengangguk lalu memandang ke arah taman semula. Orang yang aku cari itu sudah hilang. Kau berangan ni Asy. Tak mungkin Mya akan berada di New York sekarang. Argh ! Aku terlalu fikirkan dia ni.

Aku terus berjalan ke rumah. Aku masuk ke dalam rumah lalu duduk di ruang tamu. Betul ke tu Mya ? Tak mungkin. Tetapi kenapa hatiku yakin itu Mya ?

Aku melihat jam. Baik aku pergi bersiap.

Setelah bersiap, aku terus pergi ke rumah Zach. Rumahnya sudah penuh dengan tetamu. Aku lambat atau diorang yang terlalu cepat ?

Aku masuk dan setelah berjumpa dengan Zach, aku berdiri di tepi dinding di hadapan kolam renangnya. "Emm kiri kanan perempuam tak cukup kain. Apa la yang aku fikir bila kali ni aku terima ajakan dia" sambil memegang segelas air.

Selama ini aku akan menolak sahaja pelawaannya untuk datang ke rumahnya tetapi kali ini aku hadir pula ke party nya. Apa masalah dengan aku ni ? Buat tambah dosa je. Dosa yang lepas tak tertanggung, ni nak tambah dosa baru.

Selepas aku meletakkan gelasku di atas meja, aku berjalan ke arah Zach untuk memberitahunya bahawa aku ingin pulang awal tetapi langkahku terhenti apabila aku terlihat seorang gadis bertudung memakai topeng berjalan ke arah aku. 'Ok ada manusia bertudung datang majlis seperti ini. Apa nak jadi dengan perempuan ni ?' Monolog hatiku.

Perempuan itu senyum kepadaku lalu berjalan di sebelahku dan pergi ke tempat air di belakangku. 'Minyak wangi ni. Minyak wangi Mya' dan aku terus memusingkan diri memandangnya.

Aku berjalan mendekatinya lalu langkahku terhenti apabila aku sedar bahawa aku sedang berada di kawasan tetamu Zach menari. Si gadis datang menghampiriku dan aku terus memegang tangannya agar berhenti dan memandangku. Aku tidak sedar apa yang sedang aku lakukan kerana minyak wanginya membuatku asyik teringat tentang Mya.

Si dia tersenyum lalu memegang kedua-dua tanganku dan diletakkan dipinggangnya. Aku terpukau melihat matanya, serupa dengan mata Mya.

Tiba-tiba aku sedar dari lamunanku dan aku melihat si gadis di hadapanku tidak berdiri dengan betul. 'Rasanya mabuk ni' monolog hatiku. Aku menggelengkan kepalaku melihat si dia dihadapanku dan ingin berjalan keluar dari kawasan maksiat itu. Langkahku terhenti apabila si dia memanggilku, "asy"

Aku terus memandangnya, ya aku kenal suara ni. Aku datang menghampiri si dia dan menarik topeng dari mukanya.

Asy- "mya ?! What are you doing here ?!"

Mya hanya tersenyum dan dari cara dia berdiri dan berjalan, aku rasa dia mabuk.

Aku terus menariknya keluar dari rumah itu dan berjalan untuk pulang ke rumahku. Semasa berjalan untuk pulang kerumahku, Mya tiba-tiba jatuh terduduk di atas jalan.

Asy- "you kenapa ni ? Haish"

Aku terus mendukungnya dan terus berjalan pulang ke rumahku. Macam mana Mya boleh mabuk macam ni ? Macam mana Mya boleh ada di New York ? Di rumah Zach ? Terlalu banyak soalan yang perlu Mya jawab.

Aku melihat wajahnya ketika sedang berjalan. Wajah yang selalu aku rindu, mimpi di setiap malam. Aku tidak pernah sangka aku akan dapat berjumpa semula dengannya. Matanya, matanya tak pernah berubah. Mata yang selalu menjadi perhatianku.

Mya- "you, i benci Asy. You tak akan tinggal I kan ?" Lalu memegang pipiku.

Aku berhenti lalu memandang mukanya. Dia tak kenal aku ? Aku hanya mampu mengangguk. Apa dah jadi dengan Mya selama sebulan aku tidak berada di sisinya ?

Setelah sampai di rumah, aku terus meletakkannya di atas katil lalu aku mengambil telefonku. Aku menelefon Kyle, aku perlu tahu semuanya. Semua cerita sebenar selama aku tidak berada di Malaysia.

Asy- "hello assalam Kyle. Kau dekat mana ?"

Kyle- "eh bro wassalam. Aku dekat.., eh sorry bro aku kene pergi. Call lain kali k. Bye" dan talian telefon terputus.

Aku melihat skrin telefon. Sayang ? Ada seorang perempuan di telefon memanggil Kyle sayang. Aku pandang Mya yang terbaring di atas katil. Apa aku dah buat ? Aku berikan Mya kepada Kyle walhal Kyle sudah berpunya. Aku dah buat keputusan yang salah.

Mya, maafkan I. Adakah semua perubahan yang berlaku kepada Mya adalah atas salah aku ?

Aku baring sebelah Mya. aku mainkan jariku di wajahnya. Ya Allah, aku terlalu rindu kan Mya.

Aku pandang bibirnya. Bibir yang selalu menjadi mangsaku. Bibir yang selalu tersenyum manis kepadaku. Bibir yang selalu membuatku tersenyum setiap hari.

Apa aku dah buat ya Allah ?

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now