Bab 28

7.4K 268 1
                                    

Aku terjaga dari tidur. Aku bangun lalu duduk di atas katil. "Arhh sakitnya pinggang". Aku melihat kiri dan kananku. Aku di mana ?

Tiba-tiba pintu bilikku terbuka. Aku melihat siapakah yang membuka pintu itu. Asy ?!

Mya- "asy ? Is that you ?"

Si dia datang menghampiriku, berjalan dengan kedua-dua tangannya berada di dalam poket lalu duduk di hadapanku. "Yes i am"

Aku diam terkaku. Asy ? Aku jumpa dengan Asy ?

Aku terus diam membisu. Tidak tahu apa yang harus aku katakan. Asy memandangku. "Pergi mandi. Ada banyak perkara yang you kene terangkan " lalu berjalan ke arah pintu.

Eleh membebel je tahu. Aku ni dah la letih naik flight semalam. Nak tidur balik !

Tiba-tiba Asy berhenti lalu memandangku. "One more thing. Jangan lupa mandi wajib" dan terus keluar dari bilik.

Mandi wajib ?! Tak kan la aku dah.. ya Allah ! Asy kejammmmm !

Selesai saja membersihkan diri, aku terus mengambil barangku dan ingin pulang semula ke hotel yang diduduki oleh aku, abang dan kakak. Nasib baik Asy sudah menyediakan aku sepasang baju untuk diganti.

Aku terus membuka pintu rumah. "You nak pergi mana ?" Tanya Asy. Ala kenapa dia ada depan pintu pula ni. Aku nak balik !

Mya- "i nak balik" sambil tunduk ke lantai, aku berjalan ke kanan Asy untuk berjalan pulang.

Asy menghalangku dengan bergerak ke kanan juga lalu memegang bahuku. Janganlah ! Aku tak bersedia nak melayan perangai mengada dia lagi.

"Duduk. Ada banyak benda I nak tanya". Aku masih berdiri di hadapan pintu. Tak mahu aku masuk semula ke dalam rumahnya. Aku menggelengkan kepalaku.

"Well kalau tu yang you nak". Aku terus memandang mukanya. Aku nak apa ? Asy terus mendukungku dan letakkan aku di atas sofanya.

Asy, kenapa you perlu jadi macam dulu ? You saja nak seksa jiwa I ke ? I tengah dalam proses nak move on ni !

Asy terus duduk di hadapanku. "Now tell me everything". Aku pandang keluar tingkap. "you nak tahu apa je". Tiada kekuatan untuk melihat mukanya. Setelah apa yang dia lakukan terhadap aku, aku tidak akan sesekali jatuh kepada dia dengan mudah lagi.

asy menarik mukaku agar memandang mukanya. "tell me sejak bila you malu dengan suami sendiri ? Sejak bila you tak berani tengok muka suami you sendiri ?"

Aku terus terdiam. Suami ha ? Dia boleh gelar diri dia suami. Suami apa yang sanggup tinggal isterinya jauh hanya untuk melupakan kesalahan sendiri ? Aku mengambil keputusan untuk tidak menjawabnya.

Asy senyum memandangku. Senyuman tu, senyuman yang selalu buat aku cair. "So you tak nak jawab ? Ok then tak apa. Yang perlu you jawab is sejak bila Myasara Nasuha berubah ? "

Aku terus berdiri di hadapannya. "You tak perlu tahu sejak bila I berubah semua. You tu yang perlu fikir sejak bila you ambil kisah tentang I ! ". Rasa marahku tidak dapat ditahan lagi. Dia ni tak pernah nak fikir kesalahan diri sendiri.

Asy terdiam. Dia bangun lalu berdiri di hadapanku. Matanya memandang mataku. "Rasa kisah I dekat you tidak pernah hilang dari dulu Mya". Aku gelak yang dibuat-buat.

Mya -"dari dulu ya ? Dari bila ? Dari umur I 4 tahun ? Dari umur I 15 tahun ?"

Asy- "Ma..man..mana you tahu semua ni ?"

Aku smirk. "Adakah soalan itu valid encik Adi Asyraf ? Who i am actually ? Your maid ? Sampai semua secret you perlu dirahsiakan ?". Hambik !

Asy terdiam. Asy menunduk memandang lantai beberapa minit lalu aku melihat air mata lelakinya jatuh ke lantai. Eh dia menangis ?

Aku mengangkat mukanya. Ya dia menangis !

Asy- "maafkan I mya. I tahu semua ni salah I tapi rasa cinta dan sayang I dekat you adalah benar dan tak pernah sekali pun pudar dari hati I"

Dia menangis kerana aku ? Ya Allah kuatkanlah hambamu untuk hadapi semua ini.

Aku letakkan jariku di pipinya lalu aku menyeka air matanya. "Hey jang ..."belum sempat aku habiskan ayat aku, Asy sudah memelukku terlebih dahulu.

"Maafkan I sayang. I rindu You. Rindu sangat sangat" dan aku merasakan bahuku basah kerana air matanya. Hati perempuan mana tidak luluh jika suaminya menangis kerana dia ?

Tapi aku harus kentalkan diri untuk hadapi semua ini. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Aku menolak Asy lembut. "Maaf I tak dapat terima semua ini semudah itu". Mukanya berubah.

Asy- "you dah tak sayang i ke ?"

Soalan itu. Susah sangat untuk aku menjawabnya. Kenapa kau perlu tanya aku soalan seperti itu asy.

Aku menunduk ke lantai. Maafkan aku Asy. Aku memegang pipi kanannya lalu aku senyum. Setelah itu aku terus berjalan ke arah pintu rumahnya.

'Ini semua demi kebaikan kita Asy' monolog hatiku. Aku berjalan pulang seorang diri ditemani air mataku sendiri.

Adakah apa yang aku buat ini adalah yang terbaik bagi ku dan Asy ?

_________________________________

Hey ! Sorry jika chapter kali ini pendek. Next chapter akan menjdi seperti biasa semula.

Follow my new acc for the new novel ! @Shavilla2

Vote ok ! Thanks !

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now