"Terlalu rindu ~ terlalu rindu ~ jujur aku terlalu rindu ~ tiada lain selain rindu ~ oh bu.." sedang aku ralit bernyanyi sambil menyiram pokok bunga kegemarah Asy, tiba- tiba Asy menjerit dari jauh sambil berlari ke arah ku. "Sayang stopppp !".
Aku yang sedang menyanyi terus berhenti bernyanyi lalu memandang mukanya. "Kenapa stop ?" aku bertanya. Kenapa tiba-tiba suruh senyap. Aku tengah syok layan perasaan ni.
Dia yang tercungap-cungap terus menutup mulutku dengan tangannya. "Sayang shhhh" lalu meletakkan jari tangan kanannya ke mulutnya. Ha sudah. Ada apa ni. Kenapa suruh senyap ni.
Aku menggerakkan sedikit kepala ku tanda bertanya kenapa suruh senyap sambil tangannya masih di mulutku. "Suara you hanya untuk I. Jangan la bagi I cemburu. Lelaki lain mana boleh dengar suara you. Nanti sambung dalam rumah k" sambil mengeyitkan matanya selepas melepaskan tangannya dari mulutku.
Aku bercekak pinggang. "Dari pagar sana you berlari semata-mata sebab ni ?!". Dia sudah mengekek ketawa. Nakal punya suami ! Splash !
Hahaha padan muka. Kan dah kene simbah. "Nakal la lagi" lalu mengalihkan paip air ke pokok bunga semula. Dia sudah berdiri kaku di tempat itu.
"Sayang !" Dia menjerit kecil. Hehe ingat aku takut la. Aku memusingkan badanku menghadap dia. "Ye sayang intan payung ~" dengan suara manjaku.
"Mana boleh I mandi sorang" lalu merampas paip getah dari tanganku lalu menyimbah ke arah aku. Aku sudah tergamam ! Baju aku dah lenjun ! "Adi Asyraf !!!! ". Haa satu taman tahu nama suami aku.
Asy berlari masuk ke dalam rumah. "Masuk la rumah sayang ~ bilik air kat dalam bukan kat luar". Jahat punya suami. Dia simbah kita pastu dia perli kita !
Selepas selesai membersihkan diri untuk kali kedua pada pagi itu, aku mengambil sebiji epal dari peti ais lalu duduk di meja makan. Baru sahaja aku ingin masukkan epal ke dalam mulutku, asy yang sedang berjalan ke arah aku terus merampasl buah epal itu. "Sayang jangan makan !"
Aku yang terkejut dengan tindakannya terdiam sekejap. Kenapa tak boleh makan ? Rasanya baru je beli epal tu.
"Kenapa tak boleh ?" Aku bertanya semula. "Epal tak elok" kata Asy lalu meletakkan epal itu di atas meja.
Mya- "apa pula tak elok. Ada idiom tentang epal. An apple a day can keep a doctor away. So it means that fruit is good for our healt" lalu tanganku ingin mengambil semula epal itu.
Asy dengan pantas mengambil epal itu lalu masukkan ke dalam mulut. "No no no. Sebab idiom tu la I tahu epal tak elok". Eh eh dia makan elok pula !
"Apa pula. Idiom tu jadi bukti ia elok". Aku menyilangkan tangan di dada. "Untuk orang lain elok tapi tidak bagi you" katanya sambil mengunyah epal itu.
"Kenapa pula ?". Ok ini pelik. "Sebab I doktor. I tak nak you jauh dari I" lalu menyuakan epal itu di mulutku. Aku terus menggigit sedikit epal itu. Alahai sweetnya suami aku.
"Tapi you suap I epal tu". "Tak pe kali ni je boleh k. Lain kali jangan" sambil mencuit hidungku. Aku senyum sahaja.
"You sekejap lagi siap. I ada perlawanan badminton dengan kawan-kawan lama I". Aku mengangguk sahaja.
Seusai sampai di dewan itu, aku melihat ramai lelaki berada di situ. Semuanya kacak - kacak ! Aku tanpa sedar terucap "kacaknya semua kawan you". Asy yang ingin membuka pintu kereta terus tidak jadi. Dia memandang aku lalu start keretanya semula.
"Eh you nak pergi mana ? Kata nak lawan". "Tak jadi. Tak ada mood" lalu meletakkan badmintonnya dia bahagian penumpanh belakang.
"Kenapa pula tak ada mood ?". Tadi dia yang bersemangat nak lawan, sekarang tak ada mood pula. "Sebab I tak nak you pandang kawan I pastu tinggal I" sambil menundukkan mukanya memandang stereng kereta.
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...