Bab 38

9.6K 343 28
                                    

Aku keseorangan di ruang tamu sambil merenung pasu bunga yang diberi oleh mama sebagai cenderahati  pulang dari bercuti. Tanganku statik kekal di situ, mataku tetap jatuh ke badan pasu tetapi fikiranku sudah sampai ke hospital di mana Asy berkerja. "Bosan memang bosan. Dari tadi aku merenung pasu ni, apa tak dapat. Orang merenung masa depan, aku merenung pasu. Tapi kalau aku merenung masa depan , apa yang hendak aku renungkan ? Asy la masa depan aku", lalu tersenyum sendiri.

Aku berdiri lalu meletakkan pasu itu di atas rak bersebelahan pintuku. "Aku harus keluar. Aku dah buntu duduk rumah ni. Asy kerja dari malam semalam dan aku sudah merasakan kehidupan aku kosong seperti satu purnama lamanya !". Aku memegang kedua-dua pipiku. Eh, dah tembam ! Banyak sangat makan ni.

Ya, tidak dapat dinafikan, selera ku sejak dua minggu yang lalu makin bertambah. Yang tidak adil di sini, Asy makin kacak manakala aku makin 'bambam'. Manakan tidak, Asy makan sama jumlahnya seperti aku, tetapi aku tidak bersenam sepertinya. Empat kali setiap minggu ! Yang aku duduk di sofa sambil menonton televisyen.

Aku segera menukar baju dan mengambil kunci kereta. "Now is my time to make a suprise !", kataku sendiri. Aku memandu lalu berhenti kala lampu isyarat bertukar dari warna kuning ke merah. Aku memainkan jariku di stereng kereta." Nak bawa apa pergi sana ? Bunga ? Kalau dia girl, ok la."

Aku terus menekan pedal minyak apabila lampu sudah bertukar menjadi warna hijau. Aku memandang ke kiriku jika ada kedai yang menarik perhatianku tambah sekali dapat membuat otakku menghasilkan idea yang bernas. Kadang aku juga cemburu dengan otak dan fikiran Asy. Sudah la pandai sehingga dapat menjadi doktor, dalam bab memikat hati isterinya juga pandai. Memang talented la dia ni.

Dalam beberapa minit kemudian, mataku menangkap sebuah kedai yang pada luarannya tiada apa yang istimewa, kedainya pun biasa. Kedai dicat dengan warna hitam, biasa. Aku menolak signal keretaku ke atas sebagai tanda aku bakal membelok ke kiri apabila sudah sampai disimpangnya. Aku memberhentikan keretaku apabila sudah masuk ke dalam petak meletakkan kereta dihadapan kedai itu. Aku menyandarkan tubuhku di kerusi lalu merenung kedai itu. Apakah yang membuat aku berhenti di kedai ini ? Come on otak ! Think faster !

Kedainya penuh dengan lukisan doodle di dindingnya. Kedai yang bercirikan santai ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Aku melihat nama kedai ini, Heroes. Menarik.

Aku mengambil keputusan untuk meninjau barang-barang yang dijual di dalam kedai ini. "Macam pernah dengar nama kedai ni. Tapi dari siapa ?". Setelah kaki kananku menapak di pintu kedainya, ya memang patutlah hatiku tergerak untuk memasuki kedai ini. Walaupun kedai ini tidak mempunyai barang yang sesuai dengan diriku, aku berasa teruja seperti aku masuk ke dalam kedai Uniclo, Forever 21 dan M&H. Walaupun aku bukanlah jenis gadis yang suka membeli barang yang berjenama dan aku rasa barang di sini juga bukanlah barang yang mempumyai jenama setanding itu, perasaan keterujaan aku melihat barang di sini sama tingginya dengan memasuki kedai berjenama. Barangnya juga dengan sekali pandang seperti barangan berjenama.

"Yes miss, may i help you ?" Tegur seorang gadis cina yang manis rupanya. 'Wah, cantik macam model Victoria's Secret', terdetik di hatiku. Aku senyum sebagai tanda membalas senyumannya. "Yes for sure. I want to find some clothes for my husband". Gadis itu mengangguk. "So did you need my help to find it ? Cause the way you look at this shop like this is the first time you come here". Kali ini aku tersenyum kerana tekaannya tepat ! Pandai kau meneka. Aku mengangguk.

"Let me show you the typo of clothes that sell here. Maybe it can help you and you can find the clothes easier" lalu gadis itu berjalan di hadapanku. Gadis itu menunjukkan segala jenis baju yang di jual di sini. Jenis fit, longgar, gergasi, kemeja, baju sejuk dan macam-macam lagi. Sejujurnya aku tidak berapa tahu tentang baju lelaki. Aku hanya tahu apa yang di beli oleh suamiku, semuanya sesuai dengan dirinya. Ya, mungkin kerana itu juga, Asy amat susah untuk memilih baju. Jika dia sudah berminat dengan satu baju, hampir tiga puluh minit dia akan merenung dan mencuba saiz yang sesuai dengannya. Itu belum lagi memilih warna dan corak yang mengikut citarasanya. Membeli baju mengalahkan perempuan ! Eh tak, mengalahkan isteri sendiri !

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now