Bab 39

8.4K 319 12
                                    

Aku duduk di atas sofa sambil menyilangkan kaki. Asy duduk di sebelahku sambil memegang tanganku, "sayang tak boleh ke ubah jadi lain ?". Aku menggelengkan kepalaku, "I nak sekarang !". Asy mula gelabah. Asy berdiri lalu bermundar-mandir di hadapanku. Aku memerhatinya berjalan ulang alik di hadapanku. Pening dibuatnya !

Aku berdiri, "stop jalan !". Asy berhenti lalu memandangku. Aku menolaknya jatuh ke sofa dan kini aku pula berdiri di hadapannya. "Err sayang. Kalau ya pun nak main tolak-tolak, Buatlah dalam bilik. Atas sofa ni tak best". Aku membesarkan mataku, "stop menggatal atau I tidur rumah my mom seminggu !".

Asy mengangkat kedua-dua tangannya. "So apa jawapan dia ?". Asy tersengih lalu menggigit bibir bawahnya. "Ok faham". Aku terus masuk ke dalam bilik. Sepuluh minit kemudian, aku keluar dari bilik bersama beg bajuku di tangan. Asy terus berlari ke arahku lalu merampas beg bajuku. "Ok ok ya I accept it." Aku memandang wajahnya lalu meletakkan beg baju yang kosong itu di tepiku. "Serius ? Jangan tipu I. I tak nk cupcake kedai"

Asy menggaru belakang kepalanya lalu tersengih. "Macam mana dia boleh tahu plan aku ni", monolog hatinya. Aku mengangkat begku semula, "I dah agak" lalu berjalan ke arah pintu. Asy menarik tanganku. "Ok ok ya I buat sendiri. Handmade. Ya sayang. Jangan tinggalkan I ok ?"

Aku memandang wajahnya lama. Aku mengangguk lalu berjalan ke arah bilik semula. Asy mengikutiku dari belakang. Aku tidak menghiraukannya kerana aku berfikir bahawa dia sengaja berkelakuan begitu untuk memujukku. Sorry not sorry. Aku tidak akan mengurangkan denda tersebut.

Aku meletakkan beg yang kosong itu di tepi katil. Berjaya juga taktik ini. Aku hanya mengambil beg baju kosong lalu mengembungkannya seperti di dalamnya tersusun banyak baju untuk mengugut Asy. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu bilikku ditutup.

Aku memandang ke belakang. Aku terlihat Asy sedang membuka bajunya. Aku terus tertunduk ke lantai. Asy terlihat kelakuan Mya yang malu untuk melihat dia tanpa berbaju. Haih isteri aku ni, malu tak sudah. Tadi kemain gangster tolak aku jatuh atas sofa. Asy tersenyum nakal apabila otaknya menghasilkan satu idea nakal.

Asy berjalan perlahan ke arah Mya. "Sayang". Mya terdiam. Dia melihat kaki Asy berada di hadapannya. Aduh habislah aku ! "Sayang", Asy memanggilnya lagi. Aku tidak menghiraukan panggilannya. "Sayang !". Aku tersentak lalu memandang wajahnya. Tudiaaa , dari atas sampai pinggang tak ada baju. Buang tebiat ke apa ?

"Apa ?", aku menjawab. Asy mula tersenyum nakal. Haaa, ada la tu idea nakal dia. "Sayang tahu kan arak tu haram ?". Aku membuat muka pelik. Kenapa Asy membuka topik arak ? Aku mengangguk walaupun aku merasakan topik itu pelik. Asy merapatkan dirinya ke arahku, "kenapa arak haram ?". Aku memandangnya tidak berkelip. Suami aku ada masalah ingatan sampai hukum hakam pun dia lupa ? Parah !

"Sebab dia memabukkan abang oi". Asy tersenyum senang mendengar Mya memanggilnya abang. "Sedap juga ya panggilan abang", monolog hatinya. "Tapi sayang memabukkan abang dengan panahan mata tu". Aku terdiam. Dia memuji ? Atau sahaja ingin mengenakan aku ?

Asy meletakkan tangannya di pipiku. Terasa hangat tapak tangannya di pipiku. "You are my everything. I accept untuk bake for you cupcakes bukan sebab I nak tidur dalam bilik sahaja. I terima sebab I nak buat apa sahaja yang You inginkan, idamkan sepanjang hidup dengan I". Aku tersenyum manis. Aku tahu itu Asy. Kau terlalu sempurna untuk aku.

"But you kena la juga realisasikan impian I". Aku menyilang tangan, "apa dia ?". Asy mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya, "pakai seluar pendek ni !". Aku terkejut. Ya Allah, mana pula dia dapat seluar tu ? Jenuh aku simpan di dalam almari masa mula-mula aku menjejakkan kaki ke dalam rumah ni. Aku mengangkat tangan lalu menggelengkan kepala. "No way !"

Asy merapati diriku. "Sayangggg", dengan suara menggodanya. Aku tetap menggelengkan kepalaku. "Fine, mandi dengan I" lalu menarikku ke dalam bilik air. Aku yang tidak bersedia terus tertarik mengikutinya. Tarikan tangannya yang kuat tidak mampu ditandingi oleh kekuatan badanku.

"I nak bake cupcake ni " lalu keluar dari bilik. Aku menjeling Asy. Dah la tarik aku masuk bilik air, habis aku kena mandi dua kali. Aku keluar dari bilik lalu duduk di atas sofa di ruang tamu. Aku termenung memikirkan semua onak dan duri yang telah aku lalui bersama dengan Asy. Banyak, terlalu banyak yang telah aku lalui. Semuanya mengajar aku untuk terus munasabah dan berubah menjadi yang lebih baik. Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising di dapur. Aku melihat ke arah dapur,"bunyi apa pula tu"

Aku berjalan ke arah dapu. "Masya Allah ! You ! I baru suruh bake cupcakes. Ni kenapa habis penuh tepung satu dapur !" Lalu aku mencalitkan jariku di atas meja. Penuh tepung ! Asy tersengih. "Sengih apa you ?!!!"

Asy menghampiriku lalu mendepakan tangannya "nak peluk !". Aku bergerak ke belakang, "no Adi Asyraff ! You penuh flour !" Asy terus mengejarku. Aku berlari ke arah taman di tepi rumah. Langkahku terhenti tatkala terlihat sekuntum bunga ros putih di atas rumput di hadapanku. "Bunga ?"

Aku mengambilnya. " Bunga kesukaan. Takkan nak biarkan layu atas rumput ni",monolog hatiku. Aku berjalan setapak ke hadapan. Eh, bukan satu sahaja. Rupanya banyak bunga ros putih tersusun rapi di atas rumput di taman seperti sebuah panduan untuk ke suatu tempat.

Aku mengambilnya satu per satu. Sudah lama juga Asy tidak memberikan aku bunga. Aku melihat bunga ini terus menuju ke arah pintu .. Kereta ku yang terbuka ? Aku mengutip semuanya dengan cepat. Aku berjalan ke arah keretaku. Aku melihat satu kertas tertulis "masuk dalam" di cermin pintu bahagian pemandu.

Aku masuk lalu duduk di atas kerusi tersebut. Terdapat satu kertas yang terlipat rapi terlekat di stereng kereta. 'Bunga yang cantik disanjung tinggi atas rupa dan baunya. Isteri yang cantik dipandang tinggi dengan sifat hormat dan setianya terhadap suami. Thanks love'. Aku tersenyum manis. Ada sahaja masa dan ideanya untuk melakukan semua ini. Terdapat satu anak pandah menunjuk ke arah kiri di bawah nota itu.

Terdapat sehelai kertas,di atasnya terdapat sebuah origami angsa. 'Angsa dikaitkan dengan air. Selalu berenang tenang di dalam kolam. Tapi kenapa hati I tak pernah tenang dan selalu bergelora bila tengok senyuman you ?'. Aku tergelak. Ada sahaja ayat nakal dia. Cantik origami ni. Pada origami itu terlekat kunci keretaku.

Aku berjalan ke arah belakang kereta. 'Buka saya !:)'. Dah agak !. Aku membuka bonet keretaku lalu terlihat sebuah teddy bear memegang sejambak coklat sedang tersenyum ke arahku. Coklat ! Love my boy !

Terdapat satu surat di tepi anak beruang itu. 'Pernah terfikir macam mana muka anak beruang kalau dia merajuk ?'. Ok ni sengaja nak perli aku. Ni yang tak suka.

Asy berjalan perlahan dari tepi kereta lalu menegurku, "inilah rupa dia" lalu mencuit hidungku. Ya Allah, Asy masih tak bersihkan dirinya ?. Aku tergelak melihat rupa Asy yang penuh dengan tepung.

"I suka tengok you gelak. Macam anak beruang. Dulu I memang nak bela beruang, eh terbela you pula. Hati I pun terbela-i dengan panahan cinta you. Pandai you tembak panah you. Tepat kena hati I". Aku memukul lembut bahunya, "pandai berpickupline dah sekarang". Kami berdua ketawa bersama.

"Suka ?". Aku mengangguk. "Best ?", aku angguk sekali lagi. "Lagi best kalau you ubah denda you", lalu mengenyitkan matanya. Dah agak ! Adi Asyraff tak pernah berubah !.

Aku mengambil anak patung beruang itu, "nak change denda ya ?". Asy mengangguk laju. Aku menutup bonet kereta. "Nak tukar ya ? Tak nak buat cupcakes ya?", Asy mengangguk lagi. "No way ! Denda tetap denda" lalu berlari masuk ke dalam rumah.

"Myaaaaaaaaaaa !!", jerit Asy. Aku tergelak seorang diri di atas sofa di ruang tamu. Thanks my love. Love you too lalu mula membuka pembungkus plastik coklat Cadburry.

_____________________________________

Macam mana ? Rindu dengan Asy ?

Minta maaf kerana lambat update novel ini. Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan sampai x de masa nak update.

Thanks kepada yang masih sudi menunggu novel ini. Kesetiaan anda amat saya hargai ! Thanks untuk like and comments anda yg lepas !

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now