Bab 31

7.9K 278 2
                                        

Aku membuka pintu rumah dengan fikiran yang bercelaru. Kenapa aku tidak mampu menolak pelawaannya ? Kenapa aku hanya mengangguk sahaja apabila Asy berkata seperti itu ? Aku memegang bibirku lalu teringat akan perbualan kami di dalam kereta sebentar tadi.

"Sayang, are you ok ?". Aku tertunduk malu. Kenapa setiap kali aku mendengarnya memanggil ku sayang membuat aku rasa malu dan tidak keruan ? Aku memandang wajahnya apabila mendengar dia ketawa. "Why ?"

"Nothing. Just I thought after one month kita tak bersama, rasa malu and blushing you hilang". Aku terus memegang kedua-dua belah pipiku. Merah sangat ke ?

"Haha I nyakat jela. Mana ada pipi you merah". Aku memukul pehanya. "Haa jahat tau ! Tak nak kawan you". Asy ketawa lagi sambil menggosok pehanya. Kuat sangat ke aku pukul tadi ?

"Ala kawan la Asy. Asy tak ada kawan kalau Mya tak kawan Asy". Aku menyilangkan tanganku di dada. Setiap pergerakkanku adalah spontan. "Tak mahu !" Sambil menggelengkan kepalaku.

Asy berhentikan keretanya di tepi jalan. "Ala kawan la" sambil menggoyangkan tanganku. Aku memandang ke luar tingkap lalu menggelengkan kepalaku. "Tak mahu maksudnya tak mahu! "

Asy ketawa. Dia ni asyik ketawa dari tadi. Apa yang kelakarnya ? Aku melihat wajahnya. "You serius tak nak kawan I ?". Aku terdiam. Nak jawab apa ? Aku mengangkat bahuku.

Asy mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Aku menjauhkan wajahku sehingga berhenti kerana tingkap kereta. "Sayang..". Ya Allah suaranya membuat lutut ku lemah.

"I dah tak mampu". Sekali lagi dia menggunakan nada suara yang mampu mencairkan hatiku. "Tak mam... Mampu ap.. apa ?" Ok hatiku sudah berdegup laju sehingga aku menjadi gagap. Dia senyum menggoda kepadaku. Janganlah goda I , Asy !

"I dah tak mampu.." Terus menarik lembut kepalaku dan bertemulah dua bibir di dalam kereta ketika itu. Selepas melepaskan bibirku, "you cute sangat" lalu mengenyitkan matanya. Aku tertunduk malu.

Aku mengangkat wajahku apabila Asy menegurku. "You, dah sampai". Aku terus keluar dari kereta tanpa sepatah kata. Asy menarik tanganku yang menyebabkan aku terduduk semula di dalam kereta.

Asy senyum kepadaku. "I tahu salah I tapi itu juga hak I. Tak apa lah. Malam ni pukul 9,I ambil you. Jangan lambat" lalu cium tanganku. Aku mengangguk dan terus masuk ke dalam hotel.

Kenapa aku tak menolak ? Dia sudah langgar akan kata-katanya. Kenapa aku masih mahu mengucap ya ? Aku menampar pipiku berkali-kali.

"Eh adik. Kenapa ni ? Ya Allah" dan terus memegang kedua-dua belah tanganku. Aku memeluk kakak lalu menangis dibahunya. Kakak mengusap belakangku lembut. "Kenapa ni dik. Cerita dekat akak meh"

Aku menangis teresak-esak dibahunya. Habis baju kakak basah dengan air mataku. "Adik... Adik masih sayang dia kak. Adik tak boleh tinggalkan dia"

Kakak terus mengusap lembut badanku. "Sabar dik. Tak salah adik masih sayang dia. Dia suami adik. Sudah la tu merajuk lama-lama. Lebih baik adik face to face bincang. Buat apa nak seksa perasaan adik sendiri hanya sebab ego dan merajuk tu". Aku tetap berdiam.

Memang apa yang dikatakan oleh kakak itu benar belaka. Cuma ada sesuatu perasaan dalam diriku yang tidak benarkan aku mudah percaya akan Asy . Cukup la aku ditipu hidup-hidup sekali. Cukup la aku terseksa jiwa raga ku sekali. Sudah tidak sanggup untuk aku laluinya sekali lagi.

"Adik. Pandang akak". Aku memandang tepat ke mata kakak. Kakak menyeka air mataku lalu tersenyum kepadaku. "Kakak tahu adik tidak pernah sekali pun benci dekat Asy. Ni dekat sini.." Kakak meletakkan tangannya di dadaku untuk menunjukkan hatiku. "Selalu dan sentiasa ada cinta dan sayang untuk Asy. Masa adik cerita dekat kakak dan abang yang adik mengambil keputusan untuk putuskan hubungan adik dengan Asy, abang dan kakak tahu yang adik dah ambil keputusan yang salah. Tapi bila adik cakap adik bagi Asy peluang kedua, akak dan abang happy sangat". Kakak mengusap kepalaku lembut. Aku memeluk kembali kakakku.

"Dah dah. Ni pergi siap. Nak pergi dinner kan ? Asy ada minta izin kakak. Kakak benarkan." Lalu menepuk lenganku lembut dan berlalu ke dapur. Asy minta izin kakak ? Walaupun dia tahu aku adalah tanggungjawabnya dan tak perlu meminta izin kakak, dia tetap melakukannya ? Aku rasa malam ini adalah masanya aku memberitahunya bahawa aku sudah terimanya semula.

Aku masuk ke bilik sambil tersenyum. Asy ni hebat juga kan. Tak perlu pikat aku sampai 3 hari, sehari sudah cukup. Aku mengambil tuala dan bernyanyi girang masuk ke dalam bilik air.

Aku tunggu Asy di lobi. Aku terlalu rindu dengan belaian dan kasih Asy. Rasa macam bila berjumpa sekejap lagi, aku ingin terus memeluknya. Alhamdulillah, hati aku sudah boleh menerimanya semula.

Aku melihat kereta Asy berhenti di hadapan hotel. Aku berjalan ke arah kereta dan terus masuk ke dalam kereta. "Happy je ni. Kenapa ? Mari la share " lalu sambung memandu. Aku hanya senyum.

Aku menunggu di dalam kereta sambil mataku tertutup. Semasa perjalanan, aku tertidur. Apabila terjaga, Asy terus menutup mataku menggunakan kain. Nak marah, suami sendiri. Haih sabar jela.

"Asy lama lagi ke ?". Aku menjerit di dalam kereta. Entah dengar entah tidak. Setelah dua minit aku menunggu jawapannya, tiba-tiba aku mendengar satu jeritan. Eh tu macam suara Asy !

Aku terus membuka kain di mataku. Aku berada di tepi bukit ? Aku keluar mencari Asy. "Asy ! You kat mana !!". Aku berjalan mendekati hujung bukit. Oh,dibawahnya ada sebuah pantai. 

Selepas memastikan Asy tidak jatuh ke bawah pantai, aku berkira ingin sambung mencarinya di kawasan lain. Niatku terhenti apabila aku mendapati sepasang tapak kaki berada di hujung bukit dan tapakkaki kanannya panjang seperti menunjukkan si empunya tapak kaki telah tergelincir. Aku menjerit di hujung bukit sambil melihat di bawah. "Adi Asyraf ! are you there ?!"

Senyap. Aku sudah tidak senang hati. Aku dapati ada tangga di tepi bukit itu. Mungkin ini adalah kawasan rekreasi dan membolehkan pelawat menuruni bukit ini untuk ke bawah.

Aku menuruni bukit itu secara perlahan-lahan dan mulutku tidak berhenti memanggil Asy. Sesampainya aku di pantai itu, aku terus berlari mencari Asy. "Asy ! You kat mana ?! Benda ni tak lawak!"

Sedang aku bersandar di tepi pokok kerana keletihan, ada satu tangan menarikku. Aku tersandar di dahan pokok, merenung mata si empunya tangan yang menarikku. "I love you" lalu mencium dahiku. Aku terdiam !

Asy menarikku ke tepi pantai. Semuanya sudah tersedia. Kain terbentang di atas pasir, makanan sudah tersedia dan diterangi dengan beberapa lilin di sekelilingnya. Aku duduk. "Sayang, kenapa diam dari tadi ?".

Aku tunduk lalu air mataku jatuh berguguran. Kenapa aku menangis ? Asy mendekatiku lalu mengelap air mataku. "Kenapa ni ? Sebab tadi ke ?". Aku mendiamkan diri.

Asy memegang kedua-dua pipiku. "Sayang I ?". Aku mengangguk. Asy tersenyum. "Sudah tak yah nangis. Meh makan. Fav food you ni", lalu meletakan sudu dan garfu di tanganku. Aku mengangguk lalu tersenyum.

Sedang kami menikmati makanan yang tersedia, tiba-tiba telefon Asy berbunyi. "Kejap I nak jawab call ni". Aku mengangguk. Fokusku diberikan 100 % kepada spaghetti di hadapanku. Makanan kegemaran babe !

Selepas 10 minit bercakap dengan pemanggil telefonnya, Asy dengan muka yang tiada secalit senyuman datang kembali ke tempatku. "Kenapa ?" tanyaku. Aku rasa selepas habisnya makan malam ini, aku akan memberitahu Asy bahawa aku sudah terimanya semula.

"I kena balik Malaysia esok. Mama suruh. Maaf I tak mampu nak teruskan plan ni sampai hari ketiga. Kalau you tak kisah, boleh I sambung dekat Malaysia nanti ?". Aku terdiam. Balik Malaysia esok ? Aku tinggal sendiri lagi ?

Asy memegang tanganku. "Are you ok ?". Aku tersedar dari lamunanku. "Errr ok". Asy melihat mataku. "Sorry. I'm really sorry. Jom I hantar you balik" lalu berdiri dan berjalan meninggalkan aku di belakang.

Kenapa dengan Asy ? Aku ada buat salah ? Aku tangguhkan niatku. Adakah aku sempat memberitahunya ?

_____________________________________

Adakah Mya akan menunggu Asy ?

Wait for the next chapter ! Dont forget to vote ! :)

Read my second story, Projek Memikat Mr 2B. Thanks !

Doktor Itu Saya Punya !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang