"err sepatutnya sekarang ni I patut buat apa ?" tanya asy. Aku ingin tergelak tetapi aku tahan. Boleh pula dia tanya aku soalan macam tu ? Lebih baik aku menyakatnya. "Sekarang ni, sepatutnya you kiss I.". Dia terdiam. "atau you nak I kiss you dulu ?". Asy terus bangun. "Err I rasa sepatutnya I pergi mandi sekarang" dan terus berlari ke dalam bilik air.
Aku bangun dan duduk di tepi katil lalu melepaskan ketawa yang dari tadi aku tahan. "gelabah nya. Selama ni, kalau diberi peluang, dia paling suka." Aku bangun lalu mengemas katil. Aku berfikir sendiri, 'lepas ni nak pergi mana ?'.
Seusai aku membersihkan diri, aku berjalan ke arah dapur. Aku melihat Asy sudah menungguku di meja makan. "Assalamualaikum", tegurku. Asy terus bangun apabila mendengar salamku. Asy memandangku. "ha waalaikumussalam. Sorry tak ada breakfast, i tak tahu masak. Jadi I tunggu you untuk tanya you nak apa untuk breakfast". Aku senyum kepadanya lalu duduk.
"you tanya I nak apa ?". Asy mengangguk. "Kalau macam tu, I nak you". Asy kelihatan terkejut dan membesarkan matanya. Jangan lah buat muka comel you Asy !. " Err, tak apa la. I belikan bihun goreng untuk you". Belum sempat aku membalas, Asy sudah berjalan laju menuju ke pintu rumah. Aku ketawa setelah melihat reaksinya. "sejak bila Asy jadi macam ni ?"
Setelah selesai bersarapan di rumah, aku mengajak Asy untuk pergi ke taman. Kami duduk di bawah satu pokok. Aku melihat budak-budak yang bersuka ria, bermain tanpa diganggu secalit masalah. Aku rindukan zaman kanak-kanak aku. Sentiasa dimanjakan oleh abah dan mama, disayangi oleh kakak, dibuli oleh abang. Main layang-layang sama-sama.
"you fikir apa ?". Aku memandang wajah Asy. "tak ada apa.". Kami berdua menikmati udara yang segar di situ sambil melayan perasaan sendiri. "emm I nak tanya fasal semalam. Kenapa you menangis ?". Aku memandang wajahnya lama lalu memandang hadapan semula. "tak ada apa. I bukan menangis. I menguap banyak kali, thats why mata I berair. I tertidur atas meja tu and tak sangka pula I tidur mati". Asy tersenyum. "oh macam tu. Cute".
Aku terus memusingkan badanku memandangnya. "you pula, macam mana boleh tidur dalam bilik I ?". Asy menelan air liurnya. "err sebenarnya I tertidur. Elly kata lebih baik I jaga you, takut apa-apa jadi dekat you sebab tu I tak balik". Aku mengangguk. Eh rasa macam nak nyakat lagi. "you sayang I tak ?".
Asy berdiri lalu memandangku, "emm mungkin kita patut jalan-jalan kot". Aku berdiri juga, "I sayang you". Asy terus berjalan meninggalkanku. Mukanya terus berubah menjadi merah. Malu la tuh !' "I love you", aku menambah. Dia tidak membalas. "i cintakan you", dia terus tidak berpusing ke belakang. Orang sekeliling sudah tersenyum melihat kami berdua. Lantak la orang lain, malas nak fikir. Aku terus menyakatnya. "you, I nak you". Asy terus berjalan tanpa menghiraukan ku.
Eiy dia ni ! Tak nak pandang aku ke ? Kalau ya pun malu, cuba la cakap sikit. Angguk pun jadi la. Jangan la menampakkan aku seperti perempuan yang tak tahu sedar diri, orang tak mahu makin dikejar. " Asy, you tak sayang I ke ?". Dia kekal berdiam diri sambil berjalan di hadapanku. Laju juga dia ni berjalan. "Asy, you tak cintakan I ke ?". Asy masih tidak menjawab. Ok tak nak jawab ya.
"Asy tolong !". Asy terus berhenti dari berjalan lalu memandang ke belakang. "Mya ? you kat mana ?". Asy mencari aku di tempat dia mendengar aku menjerit. Tiba-tiba dia melihat sebelah kasutku di tepi tasik. Asy terus berlari ke tepi tasik lalu melihat di dalam tasik itu. "Mya ?! you jatuh ke ?" tetapi tiada sahutan.
"Mya. Jangan buat I takut. ya ya I sayang you. ". Tiba-tiba ada satu tangan mengetuk bahunya dari belakang. "Nak kasut tu balik boleh ?". Asy terus berdiri lalu memusingkan badannya. "Mya !" dan terus memelukku. Aku terdiam.
"err boleh tak bagi I pakai kasut dulu ?". Asy terus meleraikan pelukannya. "err sorry. Tapi ! Kenapa nak main macam ni ha ?! Ingat lawak ? Nasib I tak terjun dalam tasik tu ". Aku tergelak. "I cuma nak cakap. Asy tolong jawab tetapi dekat situ ada semut, tu I berlari tanpa sempat habiskan ayat. Tengok-tengok, kasut I pula tercicir". Asy menolak pipiku lembut. "You memang sejak dari kita kahwin dah nakal macam ni ke ?". Tawaku makin menjadi. "I belajar dari you sayang" lalu mengenyitkan mataku. Dia tunduk memandang tanah. "tak payah nak malu. Dah jom !" lalu menarik tangannya. "Eh sabar Mya ! "
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...