Bab 44 (Terakhir)

11.9K 304 23
                                    

Aku melihat Aira dan Arfan bermain kejar-kejar di laman rumah ini. Ceria sungguh suasana di rumah ini sekarang. Gelak ketawa Aira dan Arfan memeriahkan suasana. Aku senyum apabila melihat telatah mereka berdua. "Hey ! Arfan, tak baik buat adik macam tu. Lepaskan rambut Aira sayang ", kataku lembut.

"Alaaa adik yang amik bola abang ", rengek Arfan. Aira sudah tergelak melihat abangnya kena marah. "Sayang, tak baik buat abang macam tu. Minta maaf balik" satu suara datang dari belakangku. Ah, tak perlu toleh ke belakang, aku sudah tahu milik siapa suara itu. Aira memuncungkan bibirnya. Dengan langkah yang berat, Aira menghampiri abangnya lalu menghulur tangan. Arfan membuat muka belagak dan tidak mahu menerima salaman adiknya. "Arfan", tegas suara Asy. Arfan terus mengambil tangan Aira lalu menggosok kepala adiknya. "Kita berbaik semula ok ?", kata Arfan. Aira mengangguk lalu senyum.

Asy meletakkan kedua-dua tangannya di pinggangku lalu mencium dahi baby Azran yang sedang aku dukung. "dah besar dah anak kita kan ? rasa macam baru semalam abang kahwin dengan sayang". Aku tergelak. Amboi, kemain hiperbola dia. Baru kahwin semalam tak tahan ! "sayang gelak kenapa ? Betul la apa abang cakap. emm Aira dengan Arfan dah 5 tahun. baby Azran dah umur 8 bulan. emm rasa tua sekejap", kata Asy dengan suara yang sengaja dibuat sedih. "La kita kena la terima yang kita dua ni dah tua", jawabku.

"Abang dengar cerita cikgu tadika Arfan tu lawa", kata Asy. Aku sudah menjeling. Tiba-tiba sahaja Arfan menarik baju kemeja ayahnya. Asy menyangkung untuk mendengar apa yang mahu dikatakan oleh Arfan. "ayah, cikgu Siti tu lawa. Hari tu Fan bagi dia bunga yang Fan petik dekat taman sekolah, pastu dia puji Fan hensem." lalu tersenyum bangga. Aku sudah ternganga apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Arfan. Ya Allah budak ni ! Ikut perngai siapa ni ?!

Asy tergelak melihat telatah Arfan. "Yeke fan ? Fan tak nak kenalkan cikgu tu dekat ayah ke ?", tanya Asy. Arfan menggoyangkan jari telunjuknya di hadapan muka Asy. "Tak buley, Cikgu tu Fan punya", jawabnya dengan pelatnya yang masih ada. Makin besar aku ternganga. Asy sudah gelak sambil berguling di atas lantai. Ha baguslah. Anak dengan bapak sama. Gatal ! Tiba-tiba Azran juga tergelak kecil. Aku melihat wajah Azran, "sayang pun sama naik ? anak ibu pun sama gatal ke ? Amboi dia tu. Tak padan dengan kecik" lalu mencium kedua-dua pipi Azran. Asy menarik tangan anaknya, "Fan dengar cakap ayah. Fan kecik lagi tau. Mana boleh cakap macam tu". Aku mencelah, "Betul tu. Fan kecik lagi". Asy membuat gaya suruh aku diam. Eh, dia ni !

"Tapi, kalau orang minat kita, kita tak boleh tolak sebab kita sedia kacak. Tau !" lalu high five dengan Arfan. Arfan mengangguk laju. Ya Allah, ajaran apa semua ni ? Bapak, anak sama naik. Alahai ! janganlah Azran pun mewarisi perangai gatal ayah dia !

________________________________________________________________________________

"sayang", panggil Asy. Aku memandang wajahnya, "emm". "I love you", katanya. Aku senyum, "I love you too".

"Bila tengok Aira dengan Arfan main macam tu, abang rasa menyesal gaduh dan bawa diri ke negara orang dulu. Kalau tak, kita dari dulu dah bahagia", kata Asy sambil memandang ke arah Aira dan Arfan yang sedang bermain di tepi pantai.vAku senyum lalu berdiri menghadap Asy. Tanganku merangkul leher Asy. "Kalau abang tak pergi luar nagara dulu, sayang takkan tahu yang abang ni kawan baik sayang masa kecil". Asy tergelak lalu memegang pinggangku. "Emm betul juga. Kalau abang tak merajuk pergi bawa diri jauh dari Malaysia,mesti kawan abang tu yang dapat sayang. Memang meroyan la kalau kena lepaskan sayang!" jawabnya. Aku tergelak. tahu pun ! Nasib masa aku minta dilepaskan dulu, Asy tidak melafazkannya dengan mudah. Kalau tak, janda la aku sekarang.

"Fikir apa ? fikir nak goda lelaki lain bila jadi janda ?" tanya Asy dengan nada cemburu. Aku terkejut mendengar soalannya. Apa jenis soalan ni ? Aku memuncungkan bibirku tanda merajuk. "Ha'ah" dengan nada merajuk. Dengan laju Asy mencium bibirku, "Buat lagi mulut itik tu. Dah tahu comel bila buat macam tu, buat dalam rumah je sudah la. Buat kat sini buat apa. Orang nampak nanti !" jawab Asy. Aku sudah tergelak. Tahap cemburu dia, tiada siapa dapat tandingi !

Doktor Itu Saya Punya !Where stories live. Discover now