Aku bermundar-mandir di dalam bilikku. " Hari ni aku nak buat apa ? emm". Aku duduk di atas katilku. Takkan nak paksa dia ingat semula ? eh, tak boleh tak boleh. Aku menggelengkan kepalaku. Emm, aku mengetuk jariku di pipiku. Aku nak buat apa hari ni ? Yang aku tahu, cara aku untuk menolongnya mengingati segala memorinya dua tahun lalu haruslah cara halus.
Aku berdiri semula lalu berjalan ke cermin solekku. Aku melihat wajahku di cermin. Ya ! Aku akan melakonkan semua perkara yang telah dia lakukan kepadaku semasa kami masih bersama dahulu. Aku rasa ini cara yang baik. Kali ini biar aku yang memikatnya ! Aku membuka almari bajuku. Aku termenung beberapa minit di hadapan almari ku. Nak pakai baju yang mana ? Setelah lima minit aku menyelak setiap baju yang tergantung di dalam almariku, akhirnya aku membuat keputusan untuk memakai seluar slack, baju lengan pendek berwarna hitam dan cardigan labuh. 'kau ni kan Mya, tahu buang masa je', monolog ku sendiri. Aku terus berjalan keluar rumah dan menghidupkan enjin keretaku.
Aku melihat wajahku di cermin pandang belakang keretaku. Nasib semua tiada di rumah. Senang aku keluar. Selepas sepuluh minit aku memanaskan enjin kereta, aku terus memandu keluar dari garaj rumahku.
***************
"you nak bawa I pergi mana ?", tanya Asy yang berada di sebelahku. Selepas keluar dari rumahku, aku terus memandu ke rumah Asy dan menariknya keluar dari biliknya dan memaksanya masuk ke dalam keretaku. Aku tergelak kecil. Aku melihatnya yang berada di sebelahku sekilas. Aku baru perasan, dia hanya memakai seluar pendek bawah lutut dan baju biasa.Rambutnya juga belum disikat. Baru habis mandi rasanya.
Dia tanya sekali lagi,"you, kita nak pergi mana ? I tak sempat siap pakai baju lawa sikit, you dah tarik I masuk dalam kereta. Rambut pun belum sikat ni ha". Kan betul ! Aku tergelak, tawaku sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia memandangku lama. Aku terus fokus memandang depan dan ketawaku terus berhenti. "kenapa pandang I macam tu ?", tanyaku. Dia tersenyum. "you lawa. Bila you gelak, lagi you lawa. Betul ke you ni wife I ? macam tak caya je girl lawa macam ni jadi wife laki selekeh macam I".
Aku tersenyum. Selekeh kau kata ? Hey kau tu dulu kacak gila ! Sampai makcik beli sayur pun nak ngorat kau la Asy. Aku yang jadi isteri kau ni, kena la lawan rasa cemburu yang makin lama makin bertambah. Kalau kau tak kacak, tak adanya Elly tu nak minat kau. Elly tu jenis high taste ! Aku memilih untuk tidak menjawab soalannya.
"you, I tanya ni". Aku tersenyum semula. Ya, kalau dulu, orang yang akan cakap seperti itu adalah aku dan yang akan kekal diam ialah Asy. Sekarang semuanya sudah terbalik !. Dia menggocangkan tanganku perlahan. "you jawab pelase ?. you tak ada niat nak malukan I kan ?". Aku tergelak semula. "mana ada la yang". Dia mengurut dadanya. Eleh, lega la tu bila tahu aku tak ada niat nak malukan dia.
Aku memberhentikan keretaku apabila sudah masuk di dalam petak meletakkan kereta. Matanya tidak berkelip apabila melihat bangunan yang berdiri megah dihadapannya. Dia memandangku. "you bergurau kan ?". Aku senyum lalu menayangkan tiket letak kereta di mukanya. "you rasa ?". Dia menelan air liurnya. Aku keluar lalu membuka pintu di bahagian penumpang. "jom ?". Dia menggelengkan kepalanya. "takkan nak pergi mall pakai baju macam ni ?" lalu menunjukkan bajunya kepadaku. Aku tidak mengendahkan rungutannya. Aku terus menarik tangannya keluar dari kereta lalu menggenggam tangannya dan berjalan bersama masuk ke dalam pusat membeli-belah.
Aku tidak dinafikan, ramai melihat Asy apabila Asy berjalan disebelah mereka. Aku tahu , ada dua persepsi apabila mereka memandang Asy. Pertama, jika yang lelaki, mereka akan berkata bahawa Asy memakai seperti biasa tetapi kekasihnya melawa bagai nak rak. Kedua, dari pandangan perempuan, rambut Asy yang basah dan tidak tersikat itu sangat seksi ! Ia tidak dapat dinafikan kerana aku juga merasa benda yang sama. Jadi, kedai pertama yang perlu kami kunjungi adalah salon !
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...