"Ha macam tu la cerita dia. Serius wey hensem gila doktor tu". Aku dah mula membayangkan senyumannya, lesung pipitnya, muka yang.. pap ! "Aduh ! Sakit la ngek !" Ya Allah ! Nasib kau kawan aku. Elly ni kalau tak ganas dengan aku memang tak sah. "Tahu sakit. Aku yang sakit hati tengok kau senyum sorang- sorang tu tak fikir ? ". Amboi garang betul minah ni hari ni. Dia kalau bab lelaki memang suka. "Ha'ah. Sakit hati kami dengar cerita kau yang tergantung tu tak fikir ?". Ha sudah ! Makcik Syaf ni kalau dah mula membebel, memang tak jumpa noktah ! "Ok my girls. Relax. Ye aku sambung. Then lelaki tu.." pap ! Again ?! Ni budak mana yang suka suki kacau aku masa aku nak bercerita ni. Pantang nenek moyang aku ada orang kacau time aku bercerita. "Hai ". Jap suara macam kenal. La, minah ni rupanya. "Hemm hai nak apa Shila ?". Ni la gadis paling gedik dalam U. Bukan gedik dengan lelaki, tetapi gedik bodek pensyarah-pensyarah kat sini. Kami bertiga memang tak suka dengan budak ni. "Ni ada mamat bagi kat korang tiga orang. Untung la ada secret admirer. Ok lah. I've to go. Bye". Wey, takkan 'blah' macam tu je ? Ni sape bagi kami coklat ni ? Kalau elly atau nama sebenar Mellysa Calson (kacukan melayu dengan orang London), boleh la percaya sebab dia lawa. Kalau bagi dekat Syaf a.k.a Nur Syaf Haiza juga boleh la percaya sebab dia pun lawa persis model. Kalau aku ? Aku ni apa ada. Aku lawa tu yela tapi tak boleh lawan mereka berdua. (Kene la puji diri sendiri. Kalau tak siapa je nak puji kita kan ? LOL). "Ala amik jela. Dah rezeki depan mata". Nampak sangat Elly ni bersemangat nak dengar cerita aku. Aku pun cerita la semuanya. "Tutup sikit mulut korang. Aku tahu dia hensem". "Mana kau dapat gambar dia wey ?!!!!". Muka terkejut bae-bae aku ni dah macam muka orang tengok hantu. Takut sangat. "Korang muka macam takut kenapa ? Aku amik masa dia tekun tukar tayar kereta aku". Dengan bangga aku cakap. Heleh ! Sudah la Mya. Dia bukan kau punya. "Weyyyy ni la doktor yang aku cakap tu. Dia la yang rawat aku hari tu !!!" What ?! Jadi, ni la crush Elly yang dia maksudkan selama ni ? Ok aku tak mahu persahabatan yang baik ni terjejas hanya kerana berebut lelaki. Ok ! Move on Mya ! "Oh yeke. Oh ha kacak wey. Sesuai dengan kau". Dalam hati tak ada siapa yang tahu. Syaitan mohon pergi jauh dari aku. Selepas berbual selama satu jam, kami sepakat mahu pulang ke rumah. "Ok la guys. Aku balik dulu. Tata ! Muah !" Aku pun bangun dari kerusi dan ingin pulang dengan gaya seperti model. Masa ingin pusingkan badan, dengan tidak sengaja tangan aku telah tertarik kain alas meja di kedai tersebut. Pang ! "Oh mak kau air tumpah pingan pecah makcik tolong lap !" Ya Allah ! Sekali lagi Mya ! Kau telah malukan diri kau sendiri. Kawan- kawan aku dah tutup mulut menahan gelak. Punya la panjang aku melatah. Mama !, adik tak nak melatah !. "Err tak apa dik. Biar saya lap." Aku dah malu menyembunyikan diri belakang Elly." Terima kasih bang. Maafkan kawan saya.kami gerak dulu". Masa ingin keluar dari kedai itu, aku dapat tangkap abang tu ckp "harap muka je cantik tapi kuat melatah". Rasa macam nak terjun bangunan KLCC dan naik balik dan terjun semula sampai cukup sebanyak 10 kali. Mama ! Adik malu !
Aku tak ada mood nak balik dulu. Elly dan Syaf dah balik dari tadi. Emm malunya masih bersisa. Aku bukanlah seorang gadis yang jenis kuat melatah. Itu adalah reaksi aku apabila aku berada dalam satu situasi yang tidak dijangka, situasi yang buat aku gelabah. Kadang pernah terfikir macam mana ingin hilangkan 'reaksi' ni. Gedebuk ! Aduh. Sakit bahu aku. Siapa yang jalan tak tengok orang ni. Ingat ni jalan ayah dia punya ke ? Aku kalau tak ada mood, memang semua kene marah. Sudah la sakit hati aku tak hilang lagi. Ini tambah dengan sikit di bahu pula. "Maaf, saya tak sengaja. Awak ok ?". Kejap ! Suara ni macam pernah dengar. Suara doktor ! "eh awak. Tak apa. Salah saya juga sebab tak pandang depan". Sejuk hati ini bila dengar suara awak, doktor. Kan bagus kalau abang doktor jadi suami saya. Eh Mya melalut apa ni. Ish. "Eh ni kenapa pukul pipi sendiri ni ? Tak usah la pukul pipi yang gebu tu. Kang tak comel dah". Eh ? Apa dia kata ? Tak comel ? Jadi aku ni comel la pada pandangan mata dia ? Wah ! Ok control Mya control. "Hahaha tak ada la. Ni bedak tak sekata." Yang kau pergi pukul pipi sendiri depan dia buat apa ?. Kalau ye pun malu, balik rumah la baru buat. Ha, ni kenapa mamat ni usya muka aku ni. Ada apa dekat muka aku. "Emm would you like to have a coffee ?" Ok gulp ! Err nak jawab apa ni. Ya atau tidak, ya atau tidak. "Ha sure". Ikut je Mya. Bila lagi nak dapat peluang ni. Ok kau ni gatal juga. Hahaha.
"So, nama ?". Merdunya suara awak doktor. Cair saya sekejap. "Just call me Mya". "Nice." Cuma nice ? Tak nak tambah ke ? Cakap la sedap ke, cantik macam orangnya ke. Haih la cik doktor. "So you ?". Walaupun aku dah tahu, aku tetap nak dengar dari mulut dia sendiri nama dia. "Oh. You can call me Asy". Asy ? Jap, nama dekat kad dia hari tu Adi, skang Asy. Siapa nama sebenar dia sebenarnya ?
Selepas 15 minit kami berbual kosong, dia meminta diri kerana ada hal. Mungkin ada pesakit di hospital atau klinik. Sejuk je hati ni apabila dengar suara dia, pandang senyuman dia. Muka dia bersih, mesti jenis lelaki yang mementingkan kebersihan diri. I like ! Bibir dia nipis dan berwarna merah jambu. Seksi babe ! Kening dia tebal. Rambut dia paling menawan ! Rambut dia mengikuti citarasa aku. Cik abang doktor , saya dah jatuh hati dekat awak !!!
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...