Aku termenung sambil duduk di atas katil. Aku memeluk teddy bear yang dibeli oleh Asy dulu. Aku yang terlalu bodoh kerana cepat percaya ? Atau Asy sememangnya yang bersalah di dalam hal ini ?
Aku teringat kembali perbincangan antara aku, kakak, abang dan Kyle pada petang semalam. Kunjungannya memang tidak dijangka dan cerita yamg disampaikan juga memang tidak pernah dijangka.
"Maaf menganggu masa berehat kamu semua tetapi saya rasa, saya perlu memberitahu hal sebenar terutama kepada Mya" lalu memandangku. Aku dapat agak topik yang ingin diceritakan oleh Kyle. Aku terus bangun dan berjalan ke arah tangga.
Kyle- "mya. You perlu tahu hal sebenar tentang Asy"
Langkahku terhenti. Aku pusingkan badanku lalu melihat Kyle. Apa maksud dia aku perlu tahu hal sebenar tentang Asy ? Aku pandang abang dan dia mengangguk lalu menepuk sofa di tepinya, menyuruh aku duduk di antara abang dan kakak. Aku tiada pilihan lain, aku duduk semula di tepi abang.
Mya- "ok mulakan" dengan suara yang menunjukkan aku malas ingin mendengar cerita tentang "dia"
Kyle- "saya rasa saya kena ceritakan semuanya agar jelas dan ceritanya bermula ketika Mya berumur 4 tahun. "
Aku terus mengangkat mukaku memandangnya lalu aku gelak yang dibuat-buat. "You nak cakap yang you tahu la everything pasal hidup I sejak I umur 4 tahun ha ?" Lalu smirk.
Kyle- "i tak tahu tapi Asy tahu dan dia sudah ceritanya kepada i dan fifi "
Aku terus berhenti tersenyum. Aku terus terdiam apabila Kyle memberitahu bahawa Asy tahu segalanya tentang aku. Siapa Asy ?
Abang- "ok tak payah nak cerita macam ular. Just straight to the point"
Kakak menggenggam tanganku. Aku pandang muka kakak lalu kakak tersenyum seperti memberi semangat kepadaku semasa mendengar cerita ini. Nasib baik mama dan papa tiada di Malaysia. Mereka berdua sedang berada di Indonesia atas urusan kerja.
Kyle- "baiklah. Kalau itu yang kamu semua nak." Kyle memandang mukaku. "Harap you dapat terimanya dengan hati terbuka". Aku mengangguk.
"Cerita dia bermula apabila Asy dan Mya berkenalan ketika berada di tadika dahulu. Masa tu.." cerita Kyle terhenti apabila aku mencelah "you tipu. I tak kenal Asy masa tadika dulu !".
Kakak menggeanggam tanganku erat, "sabar dik. Kita dengar dulu cerita Kyle ok.". Aku terdiam lalu mengangguk perlahan. Tahap curious ku sudah meninggi.
"You memang tak ingat Asy tapi Asy ingat you. You ingat tak dekat seorang lelaki yang menjadi sahabat baik you ketika di tadika dahulu ? Nama dia Asyraf kan ? Yes itulah suami you sekarang. Adi Asyraf nama penuhnya. Berpindah ke Istanbul atas urusan keluarga". Aku terkejut setelah mendengar cerita ini. Jadi.. Asy tu adalah kawan baikku ketika tadika dahulu ?!
"Dia dan keluarganya telah pulang semula ke Malaysia ketika dia berumur 17 tahun dan bersekolah di sekolah yang sama dengan kita. You tak kenal dia kerana ketika ini kami senior dan you junior. You pernah dengar tak nama Adi yang terkenal dengan bakatnya dalam bermain bola sepak dan ketika itu kecoh dengan kesnya yang seorang cikgu praktikal telah jatuh cinta kepadanya ?", kyle memandang aku.
Aku mengangguk. Ya aku ingat. Adi adalah antara budak yang paling hot di sekolah dan gosip itu selalu aku dengari kerana kawan-kawan kelas ku juga turut menyukai Adi tetapi aku tidak pernah kenal siapa Adi. Kenapa Asy tidak bercerita semua ini kepadaku ?
"Bagus you ingat. Yes masa form 5,I minat you and I rasa I juga tahu tentang perasaan you. Kita pernah bersembang kan ? Ada sekali you dituduh merampas I dari Laila hanya kerana you rehat dengan I. Remember ?" Aku terus tertunduk memandang lantai. Ya, kau lah orang pertama yang miliki di hatiku dan kekal di dalam hatiku sehingga Asy muncul dalam hidupku. Jap ! Adakah "your first love" yang selalu diucap oleh Asy itu Kyle ?
Mya- "asy tahu pasal kita ?"
Kyle mengangguk. "You mungkin tak tahu yang sebenarnya I, Fifi dan Asy adalah kawan baik ketika sekolah menengah. Segala rahsia I dia pegang tetapi malangnya dia gunakannya di jalan yang salah"
Jalan yang salah ? Jadi beerti selama ini Asy mengenaliku ? Kenapa aku tidak mengetahui tentang ini ?
"You need to know this Mya. I suka you dari dulu sampai sekarang sehinggalah Asy memberitahu bahawa you isteri dia. Dia tahu betapa sayangnya I kat you dan I sanggup pulang ke Malaysia hanya semata-mata nak cari you. He knows everything about you sebab dia lah spy I ketika di SMK dulu tapi I tak pernah sangka dia guna segala maklumat yang dia dapat untuk merampas you dari I"
Aku terkejut. Patutlah dia tahu aku suka white rose, aiskrim dan macam- macam lagi. Dia rupanya adalah spy Kyle. Dan Kyle masih menyukai aku, aku tidak menyangka semua ini.
"Tapi you akan lebih terkejut kalau you tahu apa plan dia selama ni". Aku terus memandang mukanya. Plan ?
"Mya, dia rapat dengan you dahulu hanya kerana satu cabaran dan cabaran itu memerangkap dirinya semula apabila dia jatuh cinta dekat you". What ?! Jadi selama ni ..
"Yes Mya. Berkahwin dengan you adalah dalam plan dia." Air mataku tidak dapat ditahan lagi. Selama ini, asy menipuku !
Abang- "aku patut agak semua ni bila dia minta tolong aku dulu" lalu menumbuk sofa yang sedang dia duduk.
Mya- "plan ? Abang tolong Asy apa ?", sambil air mataku jatuh berguguran ke bumi.
Abang- "maafkan abang Mya. Abang banyak rahsia dengan adik"
Aku pandang muka abang. "Apa abang cakap ni ?"
"Jangan marah abang you. Ini semua plan Asy. Abang you tak bersalah" aku terus pandang muka Kyle. "cerita dari A sampai Z sekarang" dengan suara serius.
"Ok relax. Jangan marah. Cerita dia, your prof is one of our friend. Agak rapat dengan kami bertiga. Semasa I dan fifi berada di luar negara, Asy berkawan baik dengan your prof, Shawal. Shawal menjadi tempat dia bergurau dan meminta pendapat selain dari kami. Rupanya Shawal berminat dengan you tetapi you tak nampak effort dia. Dia cerita dekat Asy. Dia kata you ni jenis susah dapat. So dia cabar Asy untuk dapatkan you, as his girlfriend". Tangisanku makin laju jatuh ke pipiku. Jadi selama ini, asy hanya menggunakan aku untuk menjayakan cabarannya ? Bodoh kau Mya sebab terlalu percaya dengan dia !
Abang- "dia mana pernah minta Mya jadi gf dia tetapi kenapa dia teruskan plan dia ?" Lalu memandangku. Aku mengangguk. Ya, Asy tak pernah meminta aku untuk menjadi girlfriend nya. Kenapa dia meneruskan rancangannya ?
"Sebab dia terikat dengan cabaran dari I". kami semua terus memandang ke arah pintu rumah. Dia ?!
__________________________________
Siapa dia ? Sejauh mana rancangan Asy berjaya ? Apa lagi yang ditipu oleh Asy ?
Nantikan next chapter ! Keep vote ok ! Xoxo
YOU ARE READING
Doktor Itu Saya Punya !
Teen FictionPertemuan yang tidak dijangka telah menemukan Mya dengan doktornya. "Habis kalau yang sakit tu I, ubatnya apa ?"-Mya "Depan mata you ni la ubatnya"- Asy Dapatkah dia menambat hati Mya ? Dapatkah Mya mengawal sikap cemburunya apabila dapat suami kac...