Part 1

20.9K 490 12
                                    


Hari ni adalah hari pertama aku melangkah masuk ke sekolah yang diberi nama SMK Sri Cempaka.Seriously aku tak pernah terfikir aku akan jejak kaki dekat sini.Yes,maklumlah.Aku dari SMK Sri Damai.Sekolah nombor dua terbaik dekat daerah ni.Tapi sekolah yang aku nak pergi ni is the best secondary school ever! Sekolah ni memang baanyak gila kejohanan,akademik.Dah nama pun sekolah terbaik kan?

Aku pun tak taulah kenapa akak aku,Kak Saufa beria suruh aku sekolah dekat sini.Janganlah kata aku ni tak pandai pula sebab sambung tingkatan 6 dekat sini.Huh! Actually,sekolah lama aku dulu memang tak ada tingkatan 6.So,nak tak nak.Aku still kena sekolah dekat sini.Keputusan SPM aku? Bagi aku dah cemerlang sebab aku dapat 9A.

Walaupun aku sedih bila Kak Saufa suruh aku sambung dekat sini tapi aku redha je.Lagipun aku lagi suka duduk dekat dengan Kak Saufa.Hanya Kak Saufa je yang aku bergantung lepas ayah aku meninggal.Ibu..ermm tak payah cakaplah.

"Maira? Mai ok tak ni?"Lamunan aku terhenti apabila Kak Saufa menegurku.

"Hah? Mai ok.Kenapa Akak tanya?"Aku memandang wajahnya pula.

"Akak tengok Mai macam stress je.Ke akak yang salah pandang?"Aku hanya tersenyum manis kepada Kak Saufa.

"Tak adalah Kak.Mai ok je.Ke akak yang nervous sebab hari ni akak kerja dengan Abang Yad?"Terbahak-bahak aku ketawa mengenakan akak ku yang seorang ini.

Abang Yad itu suami kepada Kak Saufa.Sepanjang perkahwinan mereka,aku selalu rasa yang aku ni menyusahkan.Yelah,diorang dah kahwin sepatutnya ada life berdua kan?Tapi aku ni macam kudis je dalam hubungan diorang.

Masih aku ingat ketika Kak Saufa berkahwin.Semua saudara mara aku tak mahu menjaga aku.Tipulah kalau aku tak terasa dengan tindakan mereka.Akhirnya Kak Saufa membawa aku berjumpa dengan rakannya Kak Fatima atau aku lebih selesa panggil Kak Ima.Dan disitu jugalah aku bertemu rakan karib ku Liya.Haih! Rindunya dekat Liya.

"Haa..nampak? Termenung lagi.Dah sampai depan sekolah pun sempat lagi berangan"Aku hanya tersengih mendengar bebelan Kak Saufa.Tak kiralah banyak kali pun dia membebel,hati aku tetap suka.

"Yelah kak.Mai pergi dulu.Assalamualaikum"Aku menarik tangan Kak Saufa lalu menciumnya seperti selalu aku lakukan sebelum ke sekolah.

Aku turun dari kereta.Di hadapan mata aku adalah sebuah sekolah yang agak besar.Lebih besar dari sekolahku dulu.Aku mengatur langkah.Aku just perlu mengikut murid-murid ini hendak ke mana.

Kak Saufa melihat dari jauh.

"Maafkan Akak,Mai.Sebab akak paksa Mai masuk form 6 sedangkan Mai layak masuk U.Ni semua untuk kebaikan adik akak"Kak Saufa terus memandu keretanya tanpa menoleh lagi.
»«»«»«»«»«»«
"Hai!"Ada suara yang menegur ku.Aku memandangnya lalu tersenyum.

"Hai!"Aku membalas ucapannya dengan riang.

"Awak tahu tak kita kena pergi dekat mana?Saya budak baru dekat sini.So,tak tahulah pula selok-belok dekat sini"Senyum gadis itu kepadaku.

"Hehe.Err..saya pun budak baru juga.Saya pun tak tahu nak kemana"Dia juga ketawa mendengar penerangan ku.

"Ouh,yeke? Kalau macam tu..nama saya Nur Rozana Afiqah.Panggil saya Zana je"Gadis yang berkaca mata di hadapanku ini menghulurkan tangan.

Tanpa berlengah lagi,aku menyambut huluran tangannya.

"Nama saya Humaira Sufiyana.Panggil saya Maira.Tapi kalau nak lagi senang,panggil Mai je"Aku tersengih di hadapannya.

"Awak kelas apa?"tanyaku pula.

"Kelas 6 Intan.Awak?"

"Ehh? samalah! Nanti kita duduk sama-sama tau?"Zana hanya tersenyum lalu mengangguk.

Zana ni telah membuatkan aku teringat pada rakan karibku Liya.Liya juga memakai cermin mata sama seperti aku.Hingga kami menubuhkan group "Specly" Haih..Liya.Kau sihat tak?
»«»«»«»«»«»«»«««
"Maira..kita nak pergi mana ni?"

Aku hanya mengangkat bahu.Aku pun tak tahu hendak ke mana.Tadi punyalah ramai manusia,tapi sekarang sunyi sepi macam dekat kubur.

"Entahlah.Eh? Setiap hari Isnin,mesti ada perhimpunan pagi kan?"Zana mengangguk sekali gus membalas pertanyaanku tadi.

"Kita pergi dewan tu nak? Maybe diorang tengah ada perhimpunan"Zana pula memberi cadangan.Aku hanya menurut.Ada betulnya juga kata Zana.

Sesampai sahaja di dewan,kami mengeluh.Ingatkan ada manusia di situ,tetapi hampa.Nak harapkan pelajar ada? Huh!Cikgu pun aku tak nampak!

"Woi! Korang buat apa dekat sini hah! Ponteng ehh? Pergi masuk kelas sekarang!"Tiba-tiba ada suara yang sangat 'sopan' menengking ke arah kami berdua.

Perlahan-lahan aku dan Zana menoleh ke belakang.Aku lihat gerangan di belakang ku ini beruniform biru.Hurm..Dia ni.pengawas sekolah ke? Nampak macam cikgu?

Aku mendongak melihat wajah seseorang itu.Alamak haih! Lagi tinggi dari galah dia ni!Mata aku melirik kepada nametag yang dia pakai.Aku mengeluh kecil.Mestilah dia ni pengawas sekolah!

Zana memandang aku.Dia seperti mahu aku memberitahu hal yang sebenar.Aku hanya akur.Aku ni bukannya takut pada pengawas sekolah pun.Di sekolah aku dulu,aku merupakan naib pengerusi pengawas sekolah.Tak heranlah dengan galah ni.

"Maaf..kita orang ni budak baru.So,tak tahu nak pergi mana"aku lihat pengawas dihadapanku ini merenung kami berdua.Erk? Dia ni dah kenapa?

"Ooo..budak baru.Patutlah macam rusa masuk kampung je aku tengok korang ni"

What?! Rusa masuk kampung? Mulut dia ni boleh tahan juga eh? Nama je pengawas sekolah tapi mulut berpuaka!'Huh!

"Excuse me? Kitaorang nak tahu kelas 6 Intan dekat mana.Boleh tunjukkan tak?"sekali lagi aku bersuara.

Pengawas ini melihat aku dan Zana dari atas ke bawah.Dah kenapa pula dengan dia ni? Pengawas sekolah,tapi macam gatal je? Seram!

"Korang ni form 6 ke?"Aku dan Zana mengangguk serentak.

Budak lelaki di hadapan aku seperti tersentak.Dia tersenyum.Lebih tepat lagi senyum sinis!

"Layak ke korang ni form 6? Pendek je korang ni.Aku ingatkan budak darjah 6 tadi"

Hati aku dah membara.Ehh mamat ni? Kau cakap kitaorang pendek? Kau tu yang lebih kalsium tahu?! Mulut dah banyak cakap! Semuanya benda negatif pula tu! Macam burung murai kau tahu tak? Pok pek pok pek.

"Im,kenapa ni?"

Tiba-tiba ada suara menyampuk.Terdapat seorang budak lelaki menyampuk.Dia juga berpakaian serba biru.Mungkin pengawas sekolah juga.Dia tersenyum manis kepada aku dan Zana.Tapi,kenapa aku rasa senyuman itu hanya untuk aku?

"Budak baru der.Tak tahu kelas 6 Intan dekat mana"Budak lelaki disebelah Murai ini mengangguk.Im? Immurai.Hahaha.Amik kau! Belum start sekolah lagi dah ada nama panggilan aku beri kepada mamat ni.

"Awak berdua nak tahu kelas 6 Intan ehh? Mari saya tunjukkan."budak lelaki itu menunjukkan arah dengan tangannya.

Aku dan Zana mengangguk lalu mengekori lelaki itu.Mataku sempat melihat Immurai tu.Hahaha.Nampak sangat muka dah cemberut.Lantak kau lah.Jumpa lagi Samurai Immurai..

"Terima kasihlah sebab nak tunjuk dekat kita orang kelas.Dah lama kitaorang tunggu.Alamatnya,kelas dah start dah baru kitaorang muncul"Aku hanya ketawa kecil dengan kata ku sendiri.

"Tak ada apalah sangat.Nama saya Alif Aizamdi.Panggil Ayiz je.Saya pun form 6 juga.Kelas 6 Nilam,kelas nombor dua je.Untunglah korang dapat masuk kelas 6 Intan,kelas nombor satu dekat sekolah ni"Aku melihat wajah Ayiz sayu.Ohh,sedihnya aku tengok dia ni.

"Saya Humaira.Panggil je Maira.Ni pula Rozana.Panggil Zana.By the way,siapa budak tadi tu?"

"Nama dia Emran Fakrimi.Panggil dia Im je.Dia tu memang macam tu.Maklumlah..ketua pengawas"

Aku mengangguk laju sambil kaki ku mengikut sahaja langkah Ayiz.Ketua pengawas? Siapalah yang lantik dia jadi ketua pengawas? Kalau aku, Mesti dah reject dia awal-awal!
_______________________________
Haii!! Cite first pasal cikgu sekolah,citer second pasal budak sekolah pula.Haha.Jangan lupa baca and vote for my second story! Harap enjoy!
~#ASKS
~#teammaira
~#teamemran
~#loveImMaira

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now