Faz dan Zana mula pelik melihat Emran dan Maira datang sekali ke sekolah.Aik? Apahal macam mesra je diorang ni? Siap gelak-gelak pula tu!
"Faz..kau nampak tak apa yang aku nampak?"Zana bertanya namun matanya masih lagi melekap di pasangan yang baru sahaja melepasi pintu pagar itu.
"Nampak.Diorang ni couple ke?"
"Entah lah.Tapi macam yes.Ish!Biar betul?!"Zana mula kusut.
Nak cakap Maira couple dengan Emran? Macam tak boleh percaya je?Maira pernah memberitahu mereka berdua yang dia tak suka couple.Dia tahu couple tu boleh bawa ke arah maksiat.Lagipun Maira ni bukan jenis yang rapat dengan lelaki.
Dan..tak logik juga kalau Maira couple dengan Emran.Emran Fakrimi! Senior yang paling popular di sekolah ini! Kalau Maira couple dengan Emran maknanya Maira tempah maut lah dengan fan club Emran tu!
"Hish! Pening aku! Nanti kita tanya Maira tu"Akhirnya Faz membuat keputusan.
Mereka berdua melangkah ke arah dewan sekolah kerana perhimpunan akan diadakan di situ.Tanpa.mereka sedari,ada seorang jejaka yang mendengar setiap perbualan mereka.Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Bahagia? Kau tunggu je lah"
Serius?! Kenapa ramai sangat budak-budak perempuan pandang aku tak puas hati ni? Apa salah ku? Cehh..over pula.
Ke..diorang jealous sebab Emran? Yup.Tadi aku hampir terjatuh sebab tersadung dekat longkang.Selepas itu,Emran yang tarik tangan aku supaya aku tak jatuh.Lega betul tak jatuh tadi! Ikutkan hati nak pergi peluk Emran.Tapi,lakonan kena diteruskan.I pasrah guys!
Aku just senyum dekat Emran then cakap thanks.Tu je.Emran pun balas senyuman aku juga.Lepas je tu,semua budak perempuan macam ada problem dengan aku.Err..aku dah nak buat perang dunia ketiga ke?
"Maira!"
"MAK KAU!"Alamak! Termelatah pula dekat sini.Buat malu je lah!
"Kau dengan Im ada apa-apa ke?"Faz mula bertanya selepas duduk di tempat Emran.Emran pula keluar kerana ada perjumpaan pengawas.
"Err..mana ada apa-apa"Meremang bulu roma aku tengok Faz dengan Zana tenung aku macam nak terkam!
"Are you sure? Kau jangan nak rahsia apa-apa dari kitaorang!"Walaupun suara Zana perlahan tapi tetap macam amaran keras untuk aku.
"Mana ada lah! Aku dengan dia just classmate.Tu je"Bohong aku.Takkanlah nak jujur pula kan?
"Kau couple dengan Im eh?!"Faz mula menjerit kecil.
Aku memukul pahanya dengan kuat.Dia mengaduh kesakitan.Tu lah! Suara macam mikrofon! Patutlah dia ni wakil sekolah pergi pertandingan debat!
"Apa yang kau mengarut ni Faz?Takkanlah aku nak couple dengan dia? Kau tak nampak berapa ramai dia punya 'bodyguard'?"
Bodyguard yang dimaksudkan ialah peminat Emranlah.
"Anyway,kenapa aku perasan ramai budak kebanyakannya girls asyik pandang aku? Siap jeling-jeling lagi!Aku korek juga biji mata tu kang!"
Pertanyaan aku membuatkan Faz dan Zana ternganga.Aku pula berkerut dahi.Dah kenapa minah dua orang ni?
"Kau memang tak tau ke Maira?!"Zana meninggikan sedikit suaranya.
Dahi aku makin berkerut.Apa dah jadi?
"Tau apa?"
"Ya Allah! Kau tahu tak semua orang dekat dalam sekolah ni semua dah gossip kata yang kau ni gatal! Just sebab Emran tolong kau dari jatuh depan dewan tadi"
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...