Aku duduk di pondok kecil di taman sekolah.Buku sejarah aku buka memandangkan selepas ini masa peperiksaan sejarah.Walaupun aku ni tak berapa kamcing sangat dengan subjek sejarah,tapi sekurang-kurangnya..aku baca kan?
Aku seorang je dekat sini.Zana tengah study dengan Fuad.Dua tiga hari ni,diorang ni agak.. rapat? Entahlah.Maybe Zana nak study dengan Fuad sebab Fuad dah jadi best student.Fuad dah banyak berubah.Dari gangster,sampai la jadi budak yang terpelajar.
Ouh ya..lupa nak bagitahu.Faz pulak..Faz ni,aku perasan makin lama makin jarang dia spend time dengan kitaorang.Busy lah..Banyak homework la..Kadang-kadang aku terfikir,apalah yang dia sorokkan? Haritu aku ternampak dia keluar makan dengan seorang budak lelaki.Macam sebaya kitaorang je.Siapa eh?
"Sayang"
Buku sejarah yang aku pegang hampir tertutup akibat terkejut dengan sergahan itu.Suara itu..Haih.Aku terlalu kenal dengan suara ni.
"Aik? Takkan baru tegur dah takut kut?"Emran ketawa kecil sebelum mengambil tempat di sebelah aku.Muka aku hanya biasa sahaja.
"Nah"Emran menghulurkan aku setin air.Aku menyambut hulurannya dengan senyuman tipis.Terubat juga sakit hati ni.
"Minum lah.Penat orang belikan"Emran memuncungkan bibirnya tanda merajuk apabila aku hanya meletakkan air tin itu di sebelah aku.
Aku ketawa kecil.Sempat jari jemari aku mencubit pipi kanannya.Geram aku! Why my husband soooooo cute?
Air itu aku ambil lalu membukanya.Selepas membaca bismillah,aku meneguk sedikit air.Emran dari tadi memerhatikan gerak geri aku.Jelas kelihatan lesung pipitnya apabila dia tersenyum memandang aku.
"Dah minum! Awak pula minum"aku meletakkan air aku di sisi.Aku cuba meniru aksinya apabila dia merenung aku tadi.
Tiba-tiba dia memberi aku airnya.Berkerut dahi aku.Kenapa bagi aku pula?
"Kenapa? Kan saya dah ada air"Emran tersenyum kecil.Senyumannya itu memang penuh tersirat.
"Buka kan.Please.."Emran membuat muka seperti kanak-kanak yang meminta gula-gula.Ketawa aku pecah lagi.Walaupun sekarang sedang exam,tapi dengan adanya Emran,segalanya terasa indah.
Aku membuka air tinnya itu.Air dia dan aku berbeza.Selepas itu,aku berikan kepada dia.
"Thanks my beautiful wife!"Dia mengambilnya dengan senyuman mekar.Aku hanya menggeleng kepala.Suami siapa ni? Manja sangat!
"Nak?"Aku mempelawanya air aku.Apa salahnya? Suami aku juga.
"Nak"Dia mengangguk laju.Aku menghulurkan air itu kepada Emran.Tetapi tidak bersambut.
Aik? Bukan tadi dia nak air ni ke?"Kenapa tak ambil?"Aku bertanya sambil tepat memandang wajah Emran.Mata bundar,hidung mancung,kulit putih.Perfect!
"Saya nak rasa air tu dengan cara yang berbeza"
Dahi aku berkerut.Cara yang berbeza? Macam mana? Guna straw?
Emran seakan tidak faham dengan kerutan dahi aku.Tiba-tiba dia mendekatkan dirinya dengan aku.Semakin lama,semakin rapat.Hingga..tiada lagi ruang di antara kami.Dia duduk berhadapan dengan aku.Jujur aku kata yang aku berdebar.Jantung aku lagi laju dari orang yang masuk acara larian marathon.Titisan peluh dah mula terkumpul di tepi dahi.
Sebelah tangan Emran memegang bahu sebelah kanan aku.Menarik badan aku agar mendekati dia.Sebelah lagi tangannya mengangkat dagu aku ke atas.Mata aku dan mata dia terus bertemu.Kedudukan kami tersangat rapat hingga boleh menyebabkan fitnah kalau sesiapa nampak.
Emran mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.Dekat.Semakin dekat.Lagi dekat.Tersangat dekat.Sehingga lah..
Cupp~
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...