Part 34

5.9K 242 12
                                    

Aku hanya termenung melihat rumput yang ada di sekeliling aku.Aku bersila di tengah padang ini,menanti giliran aku untuk berlari dalam acara larian.

Emran? Aku pun tak tahu dia ke mana.Dalam kepala aku timbul bermacam persoalan.Ada juga syak wasangka yang timbul tapi aku tolak ke tepi.Namun,soalan yang aku mahu jawapannya ialah..

Apa hubungan Emran dan Amira?

Ya.Itu yang aku nak tahu.Sejak Amira muncul tadi,semua benda berubah.Apa yang dah jadi ni?

"What are you doing here?!"Emran sedikit menengking.

"I'm looking for you"balas Amira dengan di tubir matanya ada sedikit air bergenang.

Dia menangis?!

"What's point? Kau tak payah nak tunjuk muka dekat sini lah penipu!"Emran segera berdiri agar dia boleh bertentang mata dengan Amira.

"Im..please..I'm begging to you..Kita lupakan semuanya.I'm sorry..I still tak boleh lupa our memories"Amira merayu sambil menangis.

Aku mula panik.Apa yang dah berlaku ni? Memories? Memories apa?

"Maira.."Aku terus menoleh ke sebelah.Faz mengajak aku beredar dari situ.

Wait..kenapa aku kena beredar? Aku perlu tahu lebih lanjut!

Aku gelengkan kepala kepada Faz.Faz tetap memegang lengan aku agar aku memberi ruang kepada mereka berdua.

"No,Faz.Aku still tak faham"Aku bercakap dalam nada perlahan agar tidak didengari oleh Emran.

"I will explain to you.Now,please ikut aku"Faz separuh merayu.Aku jadi tak puas hati.Ingin saja aku menjerit di situ.Tapi aku tahu pasti aku juga yang mendapat malu.

"Maira..go follow Faz"Tiba-tiba Emran bersuara.Aku terus memandangnya tajam.

"Why? Kalau aku tak nak?"

"I say just GO!" aku tersentak.Pertama kali Emran menengking aku dengan wajah yang bengis.Itu bukan wajah Emran yang sebenar.Wajah itu..bukan wajah Emran yang aku cintai.

Tanpa membuang masa,aku terus menarik beg sekolah dan berlalu.meninggalkan mereka berdua.

Aku meraup muka.Sakit hati aku mengenang perkara yang berlaku lebih kurang sejam tadi.Adakah Amira kenal Emran? Kenapa Emran macam marah sangat dengan Amira?

Ya Allah..otak aku kusut.Tadi Faz mahu explain tapi aku tak benarkan.Aku tak mahu tahu apa-apa.Sekarang,aku cuma mahu berlari dan mendapat mata untuk rumah sukan aku.Itu sahaja.

"Humaira Sufiyana!"Aku terus berdiri tatkala nama aku di panggil.Aku diletakkan di track nombor 2.Sekarang acara lari 400 meter.Bermakna dua kali pusingan padang.

Aku mengambil tempat.Aku menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan.Aku mahu fokus.

"Ke garisan..."

Aku segera mengambil posisi duduk.

"Sedia.."

Kaki aku tegakkan untuk berlari.

"Mula!"

Kaki ku hanyun laju.Aku tak tahu kenapa aku mahu berlari pecut sedangkan peserta yang lain berlari-lari biasa.

Setelah satu round habis,peserta yang lain mula memecut.Mereka mula mahu memotong aku.Sedang aku berlari,aku terlihat Emran dan Amira sedang duduk di bawah sepohon pokok.Amira merayu kepada Emran dan..dia memeluk Emran!

Di saat itu,kaki aku mula lemah.Aku tak tahu kenapa tetapi aku tiada semangat untuk berlari lagi.Sekarang fokus aku bukanlah kepada berlari,tetapi kepada Emran dan Amira.

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now