Seorang lelaki menghirup air epal yang baru diordernya tadi.Jam di tangan di lihat sekali lagi.Senyum sinis terukir.Memang macam dulu..tak menepati masa.
"Arif"Lelaki itu memandang kembali wajah gadis di hadapannya ini.Gadis itu duduk di hadapannya tanpa sebarang pelawaan.
"Aku tak boleh lama.So,dapat tak apa yang aku minta?"Amira menyoal.Arif hanya mengukir senyuman sinis.
"Kau ingat aku tak boleh buat kerja ke? Setakat benda ni,petik jari pun siap lah wei!"Arif berkata dengan lagak sombongnya.Amira menjeling menyampah.
"Cepatlah bagitahu!"Amira sudah tak tahan.Makin dilayan lelaki ni,makin menjadi-jadi sikapnya.
Arif segera memberikan sampul coklat itu kepada Amira.Amira merampasnya lalu membuka isi kandungan sampul itu.Kertas putih bersaiz A4 ditarik keluar.
Nama:Emran Fakrimi B Dato Fahri
Umur:18 tahun
:menyambung tingkatan 6 di Smk Sri Cempaka
:Ketua pengawas Smk Sri Cempaka
:Bekas calon SPM Smk Sri Cempaka
:SingleAmira tersenyum puas.Dia tahu Arif pasti mendapatkan apa-apa yang dia mahu.
"Amira"Amira menoleh.Arif menggeselkan ibu jari dan jari telunjuknya.Amir hanya mengeluh tanda memahami apa yang mahu disampaikan kepadanya.
"Upah je kau tahu!Nasib baik kerja buat!"Amira mencampakkan sampul yang sedikit tebal itu kepada Arif.Arif mengambil lalu mencium sampul itu sambil tersenyum.
"Dah lah! Kau blah cepat! Karang bodyguard aku datang,mati kau!"Cepat-cepat Amira menghalau.Tak mahu kegiatannya diketahui papanya yang berada di Amerika.
Arif mahu melangkah tetapi langkahnya terhenti dan dia berpaling kepada Amira semula.
"Before I forgot,Emran sekarang tengah rapat dengan 2 ladies"
Amira terkedu.Dia memandang Arif yang masih lagi tersenyum sinis.
"Siapa?"
"Nurina Farasyin dan Humaira Sufiyana"
Amira mengerutkan dahinya.Nurina Farasyin.Haih..dia terlalu kenal ex-bffnya itu.Fara Tan Sri Khalid.Huh!
But..Humaira Sufiyana? Who's that?.Nama macam familiar.
"Who's Humaira Sufiyana?"
"Entah.A new student actually.But..kalau kau nak aku cari maklumat,boleh je tapi..ehem..fulus pun tambah k?"
Huh! Duit je yang dia tahu.Duit Duit Duit!
"No need.Next step is my turn.Your work is done.Just go and never find me anymore!"Amira berdiri sebelum keluar dari cafe itu.Dia terus meluru ke kereta Mercedeznya.Pintu pemandu di tutup dengan kuat menandakan moodnya tak elok.
Seketika kemudian,Amira melihat kembali sampul coklat itu.Senyuman terukir di bibir.Di kepala,sudah bermacam idea keluar.
"Emran..Wait for me,darling"
Maira melihat Emran yang sedang bermain piano di studio dalam rumah banglo ini.
Khusyuk betul Emran menekan piano hingga mengeluarkan bunyi yang merdu di telinga Maira.Tapi..gaya Emran bermain piano seperti seseorang yang Maira kenal.Seseorang yang Maira teringin mahu jumpa.Seseorang yang dah mewujudkan rasa sayang pada dirinya.
"Maira? Tahulah aku ni handsome tapi takkan lah sampai aku panggil pun tak dengar?"Emran bersuara sambil tersenyum pada Maira.
Alamak! Kantoi!
"Err..Im.Kau ni siapa sebenarnya?"Maira mula bertanya apabila Emran melabuhkan punggung disebelahnya.
"Aku ni Emran lah.Suami kau"Emran mengerutkan dahi.Pelik juga dengan pertanyaan isterinya itu.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...