Fuh! Penat gila berlari tadi.Tapi tak apa sebab berbaloi! Guess what?! Aku dapat nombor satu! Hahaha! Nasib baik aku practice semalam,kalau tak..mesti pancit punya la!
"Mai! Kat sini kau rupanya! Penat aku cari! Nasib baik Faz dengan Zana bagitau aku yang kau ada kat sini"Aku menoleh kesebelah aku.Siapa lagi kalau bukan burung pujaan sekolah ni.Murai!
"Buat apa kau cari aku? Aku ada je dekat sini.Penat tak hilang lagi"Aku terus meneguk air yang aku bawa.
"So? Dapat nombor berapa?"
"Secret"Aku mengangkat kening.Kenalah tunjuk riak dan takbur tu sikit.Hahaha.
"Apa kau ni? Main sorok-sorok pula!"
"Nanti kau tau lah! Yang kau tanya aku,kau tu dapat nombor berapa?"
"Aku dapat nombor...ehh? Kau sorok aku pun sorok juga ah"Emran menjelir lidah kepada ku.
Cehh! Baik tak payah tanya! Baru sahaja aku nak balas kata-kata Emran,ada suara yang amat 'lunak' menarik perhatian aku dan Emran.
"Hai Im!! U tau tak..."
"Tak tau"
Belum sempat Fara si Cacing's menyambung ayatnya,Emran memotong.
Nak tergelak aku tengok muka cemberut Fara.Emran ni pun sama.Aku tabik lah kau Im!
"Ala..I tak habis cakap lagi! I penatlah lari-lari ni.Sakit kaki I tau! Nampak? Baju basah,badan berpeluh.I can't stand with this anymore! I bukannya macam budak kampung macam Maira ni! Aku tau mesti kau selalu duduk dengan ayam kan? Busuk kau tau?"
Wow! Dia dah naik level! Improved! Oo..kau main kasar dengan aku eh? Just wait and see.Aku akan make sure kau jilat balik ludah kau! Macam kejam je kan? Tapi,lantaklah! Sedap mulut dia je hina aku!
"Fara,Stop it! Kau tak ada hak nak hina Maira okay?And..one more thing, kalau dah tak nak lari,kenapa datang sekolah hari ni? Kenapa tak duduk rumah je? Rumah kan ada aircond.Confirm tak ada peluh and busuk-busuk ni.Tapi,mungkin ada satu je yang kau tak boleh wangikan balik.Hati kau yang busuk tu!!"Emran menarik aku ke barisan rumah merah.Dalam hati aku memang admire dengan Im ni.Dasyat betul dia! Sound orang depan-depan je.Anyway,thanks sebab bela aku!
Ahhhh!!!! Tak guna punya pompuan! Kau rampas Im dari aku?! Aku akan pastikan kau melutut depan aku lah!
»«»«««««»«««««Kak Saufa termenung memandang secawan kopi di hadapannya itu.Suaminya pula semakin risau melihat keadaan isterinya yang tercinta itu.
"Aufa okay tak ni?"Kak Saufa melihat wajah suaminya.Dia mengeluh kecil.
"Aufa risau lah.Macam mana kita nak bagitau Mai pasal benda ni? Kalau kita pindah ke Paris,siapa nak jaga Mai?"Tangannya dari tadi tak berhenti digosok.
Sungguh dia bimbang dengan Maira.Dia dan suami perlu berpindah ke Paris dan...mungkin akan tinggal di sana buat selamanya! Tapi..takkan dia nak biar Maira keseorangan di sini.Walaupun Maira sudah berumur 18 tahun,Kak Saufa tak yakin Maira boleh menjaga dirinya sendiri.Jika dia pergi,siapa yang akan jaga Maira? Siapa yang akan bagi Maira makan? Siapa yang akan ingatkan Maira tentang solat?Siapa yang akan pujuk Maira jika dengan teringat tentang ayah?Ahhhhh!!! Serabutnya!!
"Sayang,Bukan ke Aufa ada ibu lagi kan? Why not kita mintak ibu jaga kan Maira?"Abang Yad memberi cadangan.
Ibu? Ibu....yang mengandungkan Maira dan Aufa?
"Kalau Aufa,maybe Aufa boleh terima lagi.Tapi Maira..Aufa tak sure abang.Maira mesti takkan setuju.Dia masih belum terima ibu balik.Dia masih tak boleh lupakan kejadian tu abang.."Kak Saufa ditarik ke dalam pelukan Abang Yad.Haih..rumitnya masalah keluarga.
»«»«»«»«»»«»«»«»«»
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...