Part 36

5.8K 227 2
                                    

Aku termenung memandang lantai marmar di rumah agam yang indah ini.Rumah yang sudah jadi sebahagian dari hidup aku.Rumah yang aku tak sangka akan aku huni.Dan..mungkin rumah yang akan aku tinggalkan selepas ini..

Bilik muzik itu sunyi tanpa bunyi-bunyi alat muzik yang dimainkan oleh Emran.Sunyi tanpa petikan gitarnya.Sunyi tanpa bunyi not pianonya.

Haih..

Aku tak tau bila lagi aku akan dapat peluang itu.Mungkin selepas ini,aku tak akan dapat peluang ini lagi.Mungkin selepas ini aku akan mendapat gelaran baru..

"Janda Muda"

Ya..mungkin itu gelaran yang akan aku dapat.Menjadi janda di masa yang muda.Kata-kata Amira masih lagi terngiang-ngiang di telinga aku.

"Hah?"Hati aku hancur.Hancur.Lumat dicincang oleh kata-kata Amira.

"Tolong I untuk raih hati Im.I know you tengah rapat dengan dia.So,I need your help"

Ya Allah..kau kuatkanlah aku..

"Apa yang I boleh tolong?"

"Can you pujuk dia terima I? I rindu dia Mai.I love him.And I know he still love me.So please...I'm begging to you"

"Don't worry Amira.I'll try"

Ya Allah! Bodohnya aku!

Air mata turun perlahan-lahan mengalir di pipi aku.Tiada tenaga untuk aku mengesat air mata itu.

Aku tak tahu kenapa aku setuju membantu Amira.Hati aku rapuh.Hanya sebab aku mencintai Emran.Jahatkah aku apabila membantu gadis lain memikat suami aku sendiri? Suami aku yang sah?

Aku tak tahu.Mungkin Emran bukan jodoh aku.

"I love him.And I know he still love me.."

Aku meraup muka aku.Sakitnya ya Allah! Kenapa aku masih teringat kata-kata itu? Kenapa aku lemah? Manakah diri aku yang kuat dulu? Mana?!

Emran melihat sekelilingnya.Seseorang yang mahu berjumpanya.Jam di lihat di tangannya.Haih..

"Hai,Im!"Emran menoleh apabila namanya di seru.Fara masih lagi tersenyum memandang Emran.Baju tak cukup kain,kasut tumit tinggi.Haih..cukup bagi membuat seorang lelaki bernafsu melihatnya.

"So,kenapa kau nak jumpa aku ni?"Emran melihat ke arah lain.Tak sanggup bersengkang mata melihat dosa.

"Jomlah minum dulu"Fara memeluk lengan Emran namun ditepis kuat.

"No need.Cepat! Kalau tak,aku nak balik"Emran mula menjadi berang.Entah angin apa yang datang sampai Fara ajaknya bertemu.Katanya tentang Maira.Dahlah pasal Amira pun tak habis lagi!

"Okay.Jomlah duduk somewhere.Haa..kat situ pun boleh"Fara menunjukkan sebuah bangku di taman itu yang tiada penghuni.

"Tell me everything"Kata Emran setelah mereka selamat melabuhkan punggung di atas bangku itu.

Fara hanya tersenyum sinis.Siap kau Maira!

"I tahu yang you sayang sangat dekat ISTERI you kan?"

Emran tersentak.Macam mana Fara dapat tahu Maira isterinya?

"How you..."

"Oh! Please Im! You tak boleh nak simpan rahsia ni lama-lama dari I okay?"Fara sudah tersenyum.

"Jawab soalan I Im"

"Yes.So,why? You tak puas hati? Hah?"Emran mula tak senang duduk.

"Hahaha! No need to hurry Im! And just nak tanya..Are you sure dia pun sayang you?"

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now