Aku yakin! Inilah rumahnya! Sayang,I'm coming!
"Assalamualaikum!"Seorang gadis keluar dari rumah itu.Dan...aku tersangat kenal dia tu siapa.
"Waalaikumus....."Salamnya terhenti.Mata dia tepat memandang mata aku.Aku rindu mata tu..
P.O.V Maira
Aku terdiam.Kaki aku membeku.Aku tak dapat nak bergerak.Kenapa dia cari aku?! Aku dah kata tak perlu cari aku!"Maira.."
Aku menoleh ke belakang untuk memasuki rumah semula namun tangan ku diraih Emran.
"Sayang! Please..Forgive me! Saya salah! Tolong maafkan saya!"Sekali lagi aku terkedu.Saya-awak?
"Kenapa? Bukan kau benci aku? Bukan ke kau malu dapat isteri macam aku ni? Aku ni kan tak ada maruah!"Geram aku.Setiap kali aku lihat Emran,apa yang dia ucap bermain di kepala aku semula.Aku sakit.Pedih
"No! Saya yang salah! Awak isteri saya tapi saya tak percayakan awak! Awak hukumlah saya.Bagi saya sedar kesilapan saya ni!"Emran melutut di hadapan aku.Tangan aku digenggamnya kuat.Aku dapat rasa ada rasa sayang yang disalurkan kepadaku.
"Maira..maafkanlah Emran"Kedengaran suara ibu menyampuk.Aku lihat ke belakang.Ibu tersenyum memandang aku.
Aku sayang Emran.Aku cintakan dia.Memang aku sukar untuk membenci dia.Dia hidup aku.Tak mungkin aku membenci hidup aku sendiri.
"Huh..Baiklah.Maira maafkan Im"aku memberi kata putus.Apa guna mahu bersengketa lagi? Bukankah itu sudah menghancurkan rumahtangga sendiri?
Emran mendongak.Senyuman terukir di wajah kacaknya.Ahhh! Aku rindu wajah itu! Dia berdiri lantas memeluk aku dengan erat.Air mata aku mengalir perlahan.Lamanya tak merasa Emran memeluk aku.Aku rindu rasa ini ya Allah..
"Sayang..jangan nangis.Saya janji saya tak akan tuduh tanpa bukti lagi ye? Saya minta maaf"Emran menyeka air mata aku.Aku tersenyum kecil melihat Emran yang aku cintai kembali selepas beberapa hari aku tak jumpa Emran itu.
Aku mengangguk laju.
"Saya maafkan awak"Emran tersenyum manja ke arah aku.Pipi aku sudah memerah.Malu melihat dia merenung aku kembali.Haih..aku harap tiada lagi tangisan air mata.Tiada lagi ditimpa masalah.Tiada lagi marah-marah.Aku nak hidup bahagia...bersama Emran.
Selepas seminggu,aku dan Emran ke sekolah bersama-sama.Tiada lagi salah faham.Sekarang kami mahu kuatkan hubungan ini.Itu sahaja.
Aku dan Emran mengambil keputusan untuk tinggal di rumah arwah ayah.Kak Saufa memberi kunci rumah itu kepada ibu.So,kami dahpun pindahkan semua barang ke dalam rumah itu.Papa dan mama tidak menghalang.Kata mereka,kalau duduk berdua baru lagi mesra.Haih!Malu!
Ell,pada mulanya membangkang.Katanya rindu kami berdua.Tapi,rumah dekat je.Tak perlu risau.
"Eh Im!"
"Kenapa?"
"Mana Ayiz eh?"Aku masih mencari kelibat Ayiz di dalam sekolah itu.
"Yang awak nak cari dia buat apa?Dia tu manusia kejam.Binatang!"Emran menjadi geram.Kalau dia jumpa Ayiz memang akan dia belasah sampai mati!
"Saya tahulah tapi..takkan tak ada info apa-apa kut?"Aku masih lagi mahu tahu di mana Ayiz.
"Dia dah masuk penjara dah sayang.Dia terlibat dalam pengedaran dadah"Mata aku terbeliak.Biar betul?!
"Hah?! Bila dia masuk?"
"3 Hari lepas"Aku mengangguk.Aku harap Ayiz insaf selepas masuk ke dalam penjara.Walaupun aku marah dengan apa yang berlaku tapi aku still tak boleh terus membenci.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...