Part 48

9.4K 260 9
                                    

Hari ni genap sudah 9 bulan aku bergelar "mak buyung".Hehehe

Perut dah sebesar pasu pokok bunga keembung.Nak jalan? Heh,5 minit jalan pastu duduk.Emran pun tak tahu nak buat apa.Doktor nasihat banyak jalan supaya nak bersalin nanti senang.

Aku jalan sikit,dah mengah.Macam lari 200 meter! Pipi dah macam kuih pau.Makan punyalah pelahap sekarang.Ish ish ish,ibu siapa lah ni?
Ibu..

Emina Hayra lahh

Haa,terkejut tak? (poyo je lebih authorr)

Itulah nama anak kitaorang.Alhamdulillah,dapat girls! Waktu pergi scan,Emran berharap dapat lelaki dan aku berharap dapat perempuan.Last-last,genetik aku kuat kut.Hahaha.

Nama Emina tu sebab E equals to Emran.Dan Hayra sebab nama aku Humaira.

Aku harap sangat anak ni jadi anak yang baik,sopan.Amin.

"Sayang buat apa tu?"Emran menyapa.

"Hah? Tengah baca pasal artikel kat majalah ni"Kata aku sambil mata masih lagi membaca majalah.

"Ooo.."Emran mengambil tempat disebelah aku.Tapi,dia hanya berdiam.Mungkin tak mahu mengganggu aku.

Tiba-tiba aku rasa sesuatu yang berlaku dalam kandungan aku.Aku terdiam.Badanku kaku seketika.Senyuman mula terukir.

"Abang!"

"Ye! Kenapa menjerit ni?! Nak bersalin dah ke?"Emran dengan panik berdiri,dan mahu menggapai kunci kereta.

Alamak!Cepat-cepat aku tarik tangannya.

"Tak lah,abang.Ni haa,anak kita tendang!"Emran mencebik sedikit lalu duduk kembali di atas sofa.

"Ingatkan nak bersalin.Panik,abang"Emran mencubit pipi aku sedikit.Ketika aku dicubit,perutku ditendang lagi.

"Abang! Dia tendang lagi"Teruja aku.Terus aku gapai tangan suamiku lalu meletakkan ditempat aku rasa tendangannya.

"Mana? Tak ada pun."Emran mencari-cari tendangan itu.

"Kejap,tadi ada"Aku memegang tangan Emran agar tidak bergerak.

Untuk beberapa ketika,tendangan itu muncul kembali.

"Eh? Ada lah!"Emran menjadi teruja.Aku hanya tersenyum gembira.

Emran menundukkan wajahnya lalu melekapkan telinganya di perutku.

"Sayang,dia tendang telinga abang lah!"Emran terus menerus melekapkan telinganya di perut aku.Ketawa aku pecah.

"Dah-dah lah abang.Nanti dia lahir,abang mainlah dengan dia puas-puas"Aku menarik kepala Emran agar kembali tegak.Kepalaku pula aku lentokkan ke bahu suami tercinta.

"Yelah.Abang excited je.Anak kita yang pertama ni!"Emran mengusap tangan aku perlahan.

"Sayang tahu,sayang pun excited juga.Harap dia jadi budak yang baik ye bang?"aku mengusap perutku dengan lembut.

"Harap dia jadi anak yang solehah dan comel macam ibu dia"Emran mencubit pipiku lagi.Aku tersengih.

"Jangan jadi macam baba dia.Gatal sangat! Manja je melebih.Nasib baik ketua pelajar,kalau tak,ibu pun tak ingin kat dia!"kata aku dengan nada gurauan tambah sindiran.Er? paham tak? Gurau sekali dengan sindir.Hurm..

"Amboi! Emina Hayra,jangan jadi macam ibu tau! Ibu ni manja sangat! Lepastu garang! Eeii,takut baba! Ibu kuat nangis juga!"giliran Emran pula bergurausindir.Hamik kau!

"Hish! Apa abang ni! Tak aci lah!"Aku menghentak kaki.Tidak terlalu kuat,karang terbersalin kat sini pula!

"Aci kat India lah,sayang"Emran menjelir lidahnya.

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now