Aku melihat pemandangan di hadapanku ini.Sungguh indah.
"Ayra! Jaga Asyraf tu!"Ujar aku.
Hayra yang sedang bermain itu,kembali ke arah adik lelakinya,Emir Asyraf.
Aku tersenyum tipis.Masa sudah berlalu.Umur aku semakin dewasa.Sikap bertukar kepada matang.Anak pun dah dua.
"Asy! Jagan kacau Ayra mayin!"kata Hayra apabila Asyraf,si adik mengambil patung barbienya.
Aku hanya menggeleng kepala.Hayra masih pelat berkata-kata dan berumur 6 tahun sementara Asyraf pula sudah berumur 3 tahun.Sudah ada dua insan yang menceriakan hari-hari aku.Pasti setiap hari aku berasa bahagia melihat mereka.
Tiba-tiba mata aku ditutup menggunakan sepasang tangan.Aku mula mengukir senyum setelah beberapa saat terkejut.Mengikut bau badan yang maskulin itu,sudah tentu aku tahu siapa.Hampir 7 tahun aku hidup dengannya.
"Abang,kan?"
"Aik? Macam mana sayang tahu ni?"Emran melepaskan tangan lalu duduk di sebelah sambil memeluk bahu aku.
"Siapa lagi yang suka buat macam tu selain abang"Aku mengukir senyum tipis.Emran hanya tersengih.Aku merenung wajahnya.
Dia..aku anggap dulu seorang ketua pengawas yang banyak songeh.Budak baru pun dia nak denda.Ish ish ish! Sejak tu aku bagi nama gelaran iaitu..
"Murai"tanpa aku sedar bibirku mengucapkan perkataan itu.
"Hah? Murai?"Emran melihat wajah aku dengan kerutan di dahi.Ketawa aku mula pecah.
"Tak ada apa-apa lah,abang"aku memegang kedua belah pipi suami aku.Suami tercinta aku.
"Sayang ni suka bagi abang tertanya-tanya tau.Come on,let me know"Emran memuncungkan sedikit bibirnya.Aku tersenyum manja sambil mencubit bibirnya.
"Mengada,kan?"Aku menjeling manja ke arah Emran.Tiba-tiba Asyraf menarik hujung baju aku.
"Huh? Kenapa Asy?"Asyraf memandang aku dengan mata bulatnya.Tiba-tiba dia tersenyum memandang aku.Senyumannya memang persis Emran.Senyuman yang aku dambakan setiap hari.
"Ibu,yeman Asy mayin at syitu(teman Asy main kat situ)"Asyraf menarik tangan aku pula.Aku lihat ke sisi.Aik? Hilang pula si baba diorang ni?
Aku mengikut sahaja langkah kecil itu.Tangannya yang hanya sebesar separuh tapak tanganku memegang aku erat.
Sampai di tengah rumput itu,Hayra dan Asyraf berdiri di hadapan aku.Mereka tersenyum hingga menampakkan gigi yang baru sahaja tumbuh.
"Kenapa ajak ibu berdiri dekat tengah laman ni?"
Tiba-tiba,bagaikan magis,keluar 2 kuntum bunga ros berwarna merah dari belakang mereka lalu ditujukan kepada aku.Aku menutup mulut kerana tidak menyangka akan kejutan ini.
Tidak lama kemudian muncul pula sejambak bunga ros yang lebih banyak.Datangnya dari...si pemilik hati,Emran.
Air mata sedikit bergenang di tubir mata.Terharu sungguh apabila 3 orang insan yang menjadi penyeri hidup membuat kejutan seperti ini.
Aku menyambut jambangan bunga itu dengan senyuman.Emran tersenyum melihat aku gembira mendapat jambangan bunga itu.Walaupun aku tidak menyatakannya,perbuatan dan riak wajah sudah cukup.
"Asy,jom mayin at syane.Biar Ibu ngan baba.Jom"Hayra menarik tangan adiknya ke arah pondok yang berdekatan.
Melihat anak-anak sudah menjauh,Emran mendekatkan diri.Sekeping kad bersampul merah diberi kepada aku.Aku menyambutnya.
"Apa ni?"
"Bukalah"
Aku membuka sampul itu lalu sekeping kad itu aku buka.Aku baca isi di dalamnya.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...