Part 15

6.7K 296 0
                                    

Emran jadi risau.Dari tadi dia cuba call,mesej dan whatsapp Maira.Namun dia langsung tidak mendapat jawapan dari gadis itu.Tambah pula apabila gadis itu off kan telefonnya.

"Maira..answer me please!"

Emran dah mula kusut.Sejak kes Fara menghina Maira pada petang hari itu,Maira langsung tidak membalas panggilan fon dari Emran.Fara ni pun sakit! Dah kenapa nak kata Maira pelacur pulak! Dasar mulut puaka!

"Arghh!!!!!!"

Emran menjerit sekuat hatinya.Dia tak kisah biliknya yang dah tunggang terbalik itu.Dia rasa bersalah.Dia menyesal kerana tidak menghalang perbuatan Fara.Selalunya,dia yang akan selamatkan Maira.Tapi..tadi dia tak ada di tempat kejadian.

"Im! Kenapa menjerit ni?!"Kedengaran suara Datin Seri menjerit dari luar.

Pintu bilik yang tak berkunci di buka.Bilik anaknya yang berselerak itu dipandang dengan mata membulat.

"Ya Allah! Im,apa dah jadi ni?!"Datin Seri meluru ke arah anaknya yang sedang duduk di atas katil sambil meraup muka.Ell yang ada di sisinya dipegang erat.

"Ma..Ell takut.Abang marah..."Si kecil itu sudah mahu menangis.Dia yang mendengar abangnya menjerit.Suara abangnya yang lantang membuatkan dia berasa takut.

"Shh..dah dah sayang.Jangan menangis"Datin Seri mengelap air mata anak bongsunya itu.Ell terus menahan diri dari menangis.Dia kuat.Dia gadis kecil yang kuat.

"Im..ada apa ni? Kenapa jerit-jerit? Sampai Ell pun takut"Suara lembut Datin Seri membuatkan hati Emran sedikit terubat.

Tangan Datin Seri mengusap belakang anaknya.Dia tahu anaknya ada masalah.Anak lelaki dia hanya seorang,sudah pasti dia terlalu tahu tentang Emran.

"Mama..Im risaukan Mai.."akhirnya keluar juga apa yang terbuku di hati.

Datin Seri hanya tersenyum.Anaknya ini semakin menghargai orang sekeliling.

"Tak apa lah Im.Mama tahu kamu masih lagi keliru.Jangan menjerit lagi tahu? Nanti solat,doa banyak-banyak"Kepala anaknya diusap penuh kasih.

"Ell.."Emran menarik tangan adiknya sebelum adiknya mengikut Datin Seri keluar.

"Abang minta maaf tau?"Tangan Emran menggosok sedikit kepala Ell.

Ell tersenyum kecil.Diciumnya pipi kanan Emran.Dia tak ambil hati tentang apa yang abang dia buat.Sayangnya kepada Emran tak pernah kurang.

Emran hanya memerhati sehingga Datin Seri dan Ell keluar.Erman mengeluh kecil.Mai..kau okay tak?
»«»«»«»«»«»«»«»««»«»««««««
Aku tak kuat! Aku selamanya tak kuat! Kenapa dia perlu hadir dalam hidup aku?! Kenapa dia datang waktu aku tak perlukan dia?! Kenapa?!

*Flashback*
Aku berjalan laju masuk ke rumah.Kata-kata Fara tadi dah pun aku lupakan.Aku tak mahu otak aku serabut berfikir tentang nenek kebayan tu! Huh!

Aku membuka kasut sebelum memasuki rumah.Sempat aku melihat ada sepasang kasut asing di sini.Hmm..Kak Saufa beli kasut baru lah tu..

"Assalamualaikum..."Mata aku tertumpu pada seorang wanita yang bertudung labuh dan berjubah.Siapakah gerangan wanita ini?

Siap berpurdah lagi wanita ini! Kawan Kak Saufa la ni..Aku terus bersalaman dengan wanita itu.Wanita itu seperti terkejut melihat perbuatan aku.Err..salam pun tak boleh ke?

"Mai..ni..ibu.Datin Shaira.."Mata aku membulat mendengar kata-kata Kak Saufa.Ibu? Ibu yang kandungkan aku? Tak mungkin..

"Impossible la kak..Akak ni suka buat lawak"Aku tergelak kecil dengan tak ikhlas.

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now