Aku pulang ke rumah dari sekolah berseorangan.Tiada peneman.Memang kekok.Biasanya Emran pasti akan menemani aku.Haih..
Aku lihat sekeliling.Tabika tempat Ell belajar masih lagi teguh di situ.Tempat dimana aku dapat berjumpa dengan Ell sejurus mengenalkan aku pada ibubapa mertua aku sekarang.
"Hai,Maira!"
Aku lihat ke sebelah aku.Ayiz memberi senyuman manis kepada aku.Sangat rupawan wajahnya namun masih tak boleh melawan ketampanan Emran.
"Hai,Ayiz"senyuman kelat aku beri.Terngiang-ngiang lagi memori tatkala dia meluahkan rasa hatinya kepada aku.Aku masih lagi kekok.
"Kenapa jalan sorang-sorang?Emran mana?"Ayiz berjalan dan memandang wajah aku dengan setia.
"Emran ada hal"Sejujurnya aku tak tahu Emran di mana.Di rumah? Masih di sekolah? Entah.
"Aik? Takkan lah ada hal sampai tinggalkan isteri dia?Kauorang gaduh eh?"Ayiz cuba mengorek rahsia rumahtangga aku.
Aku tidak menoleh langsung ke wajahnya.Aku tak sudi memandangnya.Kaki ku mengorak langkah besar.
"Taklah"
"Yelah tu.Kalau awak ada masalah,bagitahu saya.Saya tahu awak perlu tempat untuk luah perasaan"Ayiz tersenyum lebar.Masih cuba untuk mencipta ayat-ayat manis yang boleh menundukkan Maira.
Saya-awak? Apa dia merepek ni?
"Tak apa.Saya tak ada masalah"Aku masih lagi cuba menghalang lidah dari membocorkan rahsia.
"Maira"Ayiz menarik lengan aku dengan kuat hingga aku terhenti berjalan.
Aku pandang wajahnya lalu merentap tangan sekuat mungkin.
"Kau nak apa?! Tak payah nak pegang-pegang boleh tak?"tengking aku kepada Ayiz.Dahlah geram dengan Emran tak habis lagi,ditambah pula dengan Si Ayiz ni.
"Kenapa kau tak boleh nak terima aku? Aku ni lagi better dari Im! Aku ni boleh jaga kau elok-elok! Aku boleh teman kau balik sekolah setiap hari.Kenapa Im juga yang kau pilih?"Ayiz memandang tepat mata aku buatkan aku berdebar.Jelas kekecewaan di wajahnya.
"Dia tu jodoh aku.Dia boleh jaga aku.Aku tahu.Sorry! But aku just anggap kau kawan aku je!"Aku menerangkan perkara sebenar itu.Ye..itulah kenyataannya.
Wajah Ayiz mula berubah.Wajahnya kemerahan seperti marah.Urat tegang kelihatan di lehernya.Aku takut.
Dia menggenggam lengan aku dengan kuat lalu menarik aku ke dalam semak.
"Ayiz! Lepaskan akulah! Sakit kau tahu tak?!"Aku merentap tangan aku dan menahan kaki aku dari bergerak.Tapi apalah kudrat aku untuk melayan dia?
Dia menolak aku hingga aku terjatuh di atas rumput-rumput panjang di dalam semak.Ayiz mendekati aku.Aku hampir menggigil ketakutan.Matanya menunjukkan kemarahan dan juga nafsu.
Aku cuba berdiri dan melarikan diri tapi ditarik lengan aku kembali dan mengenggam lengan aku kuat.
"Ayiz! Lepaskan akulah! Kau ni dah kenapa?!"Aku meronta-ronta minta dilepaskan.Air mata akhirnya jatuh juga.Aku amat berharap apabila dia melihat aku menangis,dia akan melepaskan aku.
Tapi,hampa.Tudung aku ditariknya dengan kasar hingga tudung aku sedikit terkoyak.Mahkota di kepalaku yang aku jaga dari penglihatan bukan mahramku telah dilihat olehnya.
"Baik kau diam Maira! Ini balasan untuk kau sebab tolak aku! Apa yang ada dekat Emran pun aku tak tau! Sampai aku ni pun kau tak nak pandang!"Ayiz menengking tepat ke wajah aku.
Aku takut.Menggigil satu badan aku akibat jeritannya.Air mata yang dari tadi turun semakin galak mengalir.Rambut aku sudah pun serabai.Beg sekolah aku entah ke mana.Diwaktu ini aku amat berharap yang Emran ada bersama aku.Aku berharap dia akan datang menyelamatkan aku dari binatang di hadapan aku ini!
Tapi..bayang-bayang Emran pun tidak kelihatan.Apatah lagi tubuhnya?
"Lepaskan aku Ayiz..Aku merayu dekat kau.Tolonglah lepaskan aku..Aku nak balik.."Aku merayu sepuasnya di hadapan Ayiz.
Aku mengharapkan dia bakal sedikit terusik dengan rayuan aku,tapi..dia gelak.
"Kau nak aku lepaskan kau? Hahaha! Kalau ikan dah ada depan mata,takkanlah kucing nak tengok je?"Ayiz mengemaskan pegangannya pada tangan aku.Posisinya berada di atas aku.Dia bersedia untuk 'makan' aku bila-bila masa sahaja.
Tidak! Aku tak sanggup! Biarlah aku mati sekalipun,aku takkan benarkan maruah aku dimamah manusia sekejam dia!
Ayiz mendekatkan wajahnya ke wajah aku.Matanya melekat di bibir aku.Aku takut.Aku tak mahu perkara ini terjadi.Perkara yang aku cuba pertahankan dengan didikan arwah ayah.Ayah! Tolong Maira! Ya Allah! Selamatkanlah aku!
"Tolong! Tolong!"aku berteriak sekuat hati.Berharap ada orang lalu dan membantu aku.
"Kau diam!!"Ayiz menengking aku.Tapi,aku tak peduli.
"Kau ni kejam! Dasar jantan tak guna!"Aku meronta sekuat hati.Pegangannya pada lengan aku semakin kuat.Dia menggenggam ibarat mahu aku terkunci.
"Aku kata DIAM kan?!!!!!"Pipi aku menjadi mangsanya.Terasa pijar pipi aku ditampar lelaki itu dengan kuat.Ayiz di hadapan aku ni bukan Ayiz yang aku kenal.
Kepala aku menjadi pening.Mata aku juga kabur.Aku tak dapat nak bersuara dan memekik seperti tadi.Ayiz memulakan operasinya setelah aku lemah.Baju sekolah aku direntap kasar.Aku cuba menghalang namun aku tak berdaya.Tamparan mautnya tadi memberi impak besar kepada diri aku.
"Ayiz! Stop it!"Aku dapat lihat belakang Ayiz ditarik dan seseorang sedang menumbuknya.
"Bodoh! Apa kau buat ni sial?! Kau tak tahu dosa ke?! Kau gila ke hah?!"Bukan sekadar tumbuk,disepak dan dibelasah Ayiz secukupnya.
"Dulu kau rogol Dhiya sampai dia mati! Lepas tu kau tuduh aku sampai Im pun tak percaya kat aku! Aku masuk penjara 5 bulan! Semua sebab fitnah kau,binatang!"aku terpempan.Aku tahu suara itu.Aku kenal pemilik suara itu.
Fuad.
Aku membuka mata perlahan-lahan.Kepala aku terasa berat sekali.Aku lihat sekelilingku.Putih.Dan aku benci bau ini.Aku tahu hanya tempat ini yang akan berbau ini.
Hospital.
"Mai,kau okay?"Zana duduk setia disisi aku.Aku hanya mengangguk.Tiada tenaga mahu memberi senyuman.
"Siapa bawa aku datang sini?"Aku bertanya kepada Zana.Tangan aku yang dicucuk jarum aku lihat.
"Fuad.Pastu dia call aku dengan Faz datang sini"Aku baru teringat.Ya..Suara Fuad yang aku dengar sebelum aku tak sedarkan diri.
"Fuad ada bagitahu apa-apa tak kenapa aku masuk hospital?"
Zana mengangguk.
"Ada.Dia kata Ayiz nak rogol kau.Betul ke?"Zana memandang wajah aku dengan simpati.Aku hanya mengangguk dengan sayu.
"Ya Allah..Dia tu memang binatang! Dia sempat buat apa-apa tak dekat kau?"Zana masih lagi setia mengambil berat tentang aku.
"Tak.Alhamdulillah..tak jadi apa-apa"senyuman hambar ku ukir.
"Im tau tak?"
Aku terdiam.Emran.Aku mengharapkan dia menyelamatkan aku tapi dia tidak muncul.Dia hilang.Bahkan Fuad pula yang sentiasa membantu aku.Aku kecewa.Kecewa dengan sikap dia.
"Tak..Entahlah Zana.Aku tak tahu.Dia macam dingin dengan aku"aku memandang ke arah dinding.Air mata aku hampir bergenang teringatkan Emran.
"Sabar ye Maira.Ini dugaan untuk kau"Zana menggenggam tangan aku menyalurkan semangat.
"Maira,kau okay?"Fuad menyapa setelah memasuki wad aku.Aku mengangguk dan tersenyum.Aku lihat Faz berada di sisinya.
"Aku harap kau tabah ye Maira.Ayiz tu memang teruk"Faz juga tidak lupa memberi semangat.Aku angguk juga.Alhamdulillah..masih ramai yang ambil berat tentang aku.Aku bersyukur Ya Allah..
Tiba-tiba bunyi pintu wad dibuka dari luar dengan kasar.Semua orang terkejut lalu melihat ke arah pintu.
"Emran?!!"
___________________________________
Maaf akan ke'typo'an saya..Hiks!
Atau ....sorry sebab part ni mengarut(bagi saya lah)
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...