Cuti sekolah seminggu dah hampir habis.Aku dan Emran dah jadi suami isteri selama 6 hari.Buat masa sekarang,tiada lagi cinta yang berputik.
Aku tak tahu kenapa aku susah untuk mencari cinta? Aku susah untuk menerima cinta.Mungkin disebabkan keadaan keluarga aku,membuatkan aku susah mempercayai kebaikan orang lain.
Memang tak dinafikan Emran baik.Dia seorang kawan yang nakal dan memahami.Tapi...tiada timbul sedikit pun rasa kasih kepada dia.Betulkah dia jodoh aku? Atau hati aku masih lagi tertutup menerima orang dalam hidup? Aku tak tahu.
Hari ni Mama dan Papa serta Ell keluar ke rumah dan pergi ke Singapura.Ada hal perniagaan katanya.Pada mulanya,papa mempelawa kami.Tapi mengenangkan yang kami perlu ke sekolah,kami hanya menolak.Mereka pergi dalam 4 hari.Ell tak perlu risau kerana guru tabikanya membenarkan ketiadaannya.
Emran pun aku tak tahu di mana sekarang.Dia keluar ke dia mandi ke? Aku tak tahu.
Aku lihat rumah besar ini.Rumah ini terlalu besar hingga aku pun belum melawat ke seluruh rumah ini.So,di pagi hari Ahad yang seindah mentari ni,jom kita buat lawatan sambil belajar di rumah sendiri!!
Aku bergerak ke tingkat bawah.Ruang di bawah ni memang besar. Besar dia tu macam dewan! Ada ruang tamu di bahagian depan.Di bahagian tengah ada ruang makan.Di bahagian belakang ada ruang dapur dan tandas.Bilik? Tak ada.Bilik dekat tingkat atas.
Aku mendaki tangga ke tingkat dua pula.Walaupun ada lif,sengaja aku guna tangga.Bersenam dalam rumah?Boleh je!
Sampai sahaja di tingkat dua,ada banyak bilik.Ada satu ruang untuk menonton televisyen.Dalam bilik pun ada televisyen,tapi keluarga ni lebih suka berkumpul beramai-ramai untuk menonton televisyen.Di tingkat dua ni ada bilik tidur aku dan Emran di sebelah kanan.Disebelah kiri pula bilik Ell.Di sebelah bilik Ell ialah bilik mama dan papa.
Ada beberapa bilik lagi di tingkat dua itu.Ada bilik bacaan atau aku panggil library.Sebab bila masuk je,semua mesti diam.Automatik! Ada lagi satu bilik pejabat.Bilik untuk mainan anak patung Ell dan lagi satu ada satu bilik dengan ruang besar macam ruang tamu untuk sidai kain.
Fuh!! Penat weh lawatan ni! Sekarang aku menuju ke tingkat tiga.Dalam rumah ni,hanya tingkat tiga je aku belum teroka lagi.
Tingkat 3 ini lebih kecil dari tingkat dua.Ada lebih kurang 4 bilik dan satu balkoni besar.
Di balkoni itu ada satu bilik tertutup.Aku pun melangkah ke situ.Masuk sahaja bilik itu,buatkan aku rasa nak melompat! Bilik itu penuh dengan pokok-pokok bunga dan tumbuhan.Ini bukan bilik tapi kawasan khas untuk tumbuhan!
Selepas itu,aku menuju ke satu bilik.Aku tak tahu.Ada satu perasaan yang membuatkan aku patut buka pintu ni dulu.
Aku pun buka perlahan-lahan.Telinga aku dapat menangkap bunyi alat muzik.Tak silap aku bunyi gitar.Aku buka pintu itu hingga terbuka luas.
Ada satu tubuh yang merenung aku di situ.Dia merenung aku dengan mata yang garang.Mungkin marah kerana aku masuk tanpa kebenaran?
"Eh? Im..sorry"Aku mahu keluar semula.Aku rasa Emran tak selesa lihat aku ada di sini.Baru sahaja aku mahu menarik tombol pintu,ada tangan menarik aku masuk.
"Eh? Kenapa kau bawa aku masuk pula ni?"Aku lihat Emran hanya menarik aku lalu menutup pintu itu kembali.Dia menyuruh aku duduk di sofa empuk yang ada di situ.
Aku melihat sekeliling bilik itu dengan kagum.Segala peralatan muzik ada di situ.Ada piano besar.Ada beberapa gitar yang aku pun tak tahu berapa harga dia.Ada set dram.Ada microfon.Dah macam studio band pulak.
"Im..kau memang suka duduk sini ke?"Aku mula menunjukkan yang aku teruja.Gila kau! Aku pernah impikan bilik macam ni,tapi aku tak pernah beritahu sesiapa pun.Termasuk arwah ayah.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...