Part 25

6.8K 272 8
                                    

Emran melihat Maira yang sedang khusyuk menonton drama di tv.Hatinya meronta ingin berbual dengan Maira.Semakin lama dia tinggal berduaan dengan Maira,semakin rasa sayang itu hadir..

Sayang?! No! Just simpati okay?

"Maira"

"Hmm"Maira membalas tanpa melihat wajah Emran.Drama Tundukkan Playboy Itu ni merupakan favourite Maira.Muka Hafidz Roshdi yang handsome tu yang buatkan Maira tak boleh skip cerita ni!

"Mama dengan papa stay sana lagi 2 minggu"

"Haa?!"Maira terkejut.Dua minggu?! Nak buat apa?!

"Kau ni janganlah terkejut sangat! Papa ada hal dekat London.Nak tak nak,we will be together for 2 weeks"Emran terus duduk di sisi Maira.Televisyen di hadapannya ini ditonton seketika.

"Ala..Aku rindu Ell"Sebenarnya itu sekadar alasan.Maira tak nak duduk dengan Emran berdua lagi! Sebab bila berdua dengan Emran,mesti Maira akan terkena angau.

"Eleh..kau suka kan duduk dengan aku? Mengaku je lah Mai"Emran tersenyum kecil.

"Iee! Suka? Tolonglah!'Sekelumit pun tak ada eh? Kau jangan nak perasan tahap gaban sangat!"Maira menjeling Emran dengan tajam.Mamat ni memang nak makan penumbuk sulung aku rasanya!

Emran hanya tersenyum kecil.Haih..Maira..Maira.Macam budak-budak!

Mata Maira terus memandang ke arah drama tadi.Haih..handsomenya Hafidz Roshdi! Melting betul!'Tambah lagi kalau mata dia dengan senyuman dia tu!

Tapi..Emran? Hmm..dia ni ada jugak iras Hafidz Roshdi.Senyuman dia tu macam Hafidz Roshdi.Harris J pun ada sikit.Eh? Boleh pula aku pergi analisis muka dia? Tak patut..tak patut..

"Aku tahu lah aku ni handsome tapi tak payah lah kau asyik tenung muka aku"Suara garau Emran membuatkan Maira kembli ke alam nyata.Alamak!'Kantoi! Maluu!!!

"Kau jangan perasan eh? Aku...aku pandang pokok kat luar bukan muka kau"Gelabah punya pasal,bedal je lah!

Emran tersenyum.Hatinya berdegup kencang tatkala mata bulat Maira merenungnya tanpa berkelip.Sedikit sebanyak hatinya hampir tergoda dengan Maira.

Datin Shaira melihat gambar di dalam album itu.Setitik air mata jatuh di atas gambar itu.Gambar kenangan dia bersama si suami,Kamil Irsyat.

Sungguh dia tidak menyangka pemergian suaminya itu membuatkan anak bongsunya membenci dirinya.Dia menyesal.Tersangat menyesal kerana mengikut kata-kata daddynya,Tan Sri Idham.

Hanya kerana dia mahu berkahwin dengan En.Kamil,daddynya menghalang.Katanya tak setaraf.Namun,Datin Shaira tak peduli.Walaupun ayahnya mengugut tentang harta,dia tak ambil kisah.Dia tahu berkahwin dengan En.Kamil adalah kebahagiaan yang dia cari selama ini.

Dia berkahwin dengan En.Kamil selama hampir 22 tahun.Ketika berumur 18 tahun,Datin Shaira membuat keputusan untuk berkahwin dengan En.Kamil selepas pertemuannya di masjid.

Tan Sri Idham menentang sekeras-kerasnya,Namun,ketika usianya mencecah 38 tahun,ketika itu Maira sudah berumur 15 tahun,Tan Sri Idham mengugut mahu membunuh Maira dan juga suaminya jika Datin Shaira tidak bercerai.

Disebabkan tak mahu kehilangan orang yang tersayang,Datin Shaira terpaksa berlakon seperti dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain padahal lelaki itu adalah bodyguardnya.

Sungguh dia menyesal kerana tidak memohon maaf kepada suaminya.Dia menyesal kerana membiarkan anaknya salah faham dan terus membencinya.Dan..dia paling menyesal kerana tidak dapat melihat wajah insan yang disayangi dan dicintainya untuk kali terakhir kerana daddynya menghalang.

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now