Part 12

6.9K 302 2
                                    

Aku rasa pelik.Sejak dari masuk kelas sampailah dah masa akhir ni,Emran tak berbual dengan aku pun.Biasanya,kalau tak berbual atau gaduh memang tak sah! Mungkin dia malu nak berhadapan dengan aku?

Aku lihat matanya hanya tertumpu dengan kata-kata Pn.Ellisa.Aku juga mahu fokus tapi..hati tak tenang selagi aku tak tahu punca Emran tak nak berbual dengan aku.Aku..ada buat salah ke?

Kedengaran bunyi loceng menandakan sudah tamat waktu persekolahan pada hari ini.Cikgu Ellisa sudah pun keluar meninggalkan kami yang masih lagi mengemas barang.

Laju sahaja Emran mengemas barangnya.Haih! Aku pun segera mengemas buku-buku yang ada.Belum sempat aku menghalang,Emran sudah pun berjalan keluar.Hish dia nih! Tak menyempat betul!

Aku terus mengejar Emran dari belakang.Sampai sahaja di depan pagar,tanganku direntap seseorang.

"Woi!"Aku lihat gerangan yang suka hati menarik tangan aku macam batang penyapu nih!

Nenek kebayan ni rupanya! Hish! Dia nak apa lagi? Kau tak nampak aku tengah kejar Murai nak terbang tu?

"Kau nak apa lagi? Aku nak balik lah!"

"Kenapa kau ikut Emran? Aku dah warning kau kan?"Muka Fara ni macam nak mintak penampar tahu?

"Suka hati aku lah! Yang kau ni dah kenapa? Kaki aku yang berjalan,so ikut suka aku lah!"Aku merentap kembali tangan aku yang dicengkam oleh Fara.Habis berkesan tangan aku, kuku dia yang panjang tu.Dah macam pontianak okay?

"Kurang ajar kau!"Fara menolak aku hingga aku jatuh ke tanah.Haduhh!! Jatuh peranakan aku! Bengong punya nenek!

"Woi! Sakitlah!"Aku menjerit sekuat hati.Apa aku kisah,bukan ramai orang pun kat sini.Semua dah balik.

"Mai! Kau okay ke?"Aku lihat Emran berada di belakang aku.Aku pula yang terpempan.Erk? Tadi bukan dia dah jauh ke?

"Hah? Aku okay.Minah ni je kut tak okay"Sinis aku balas kepada Fara.Mata Fara pula terbeliak melihat Emran membela aku.

Haa..mestilah dia bela aku.Aku ni bakal isteri dia tahu?!

"Im..minah kampung ni yang kacau I! Dia cakap dia nak cekik I! Sebab tu I tolak dia"Fara berkata sambil merengek manja.

Mata aku membulat.Aku nak cekik kau? Heh! Tak pernah terlintas dek otak aku tadi.Aku rasa aku nak tolak kau jatuh gaung tau? Biar hilang dari radar!

"Kau ingat aku ni buta ke Fara? Dari tadi aku perhati je korang berdua.Nampak sangat kau yang tolak Maira!"Emran merenung mata Fara dengan api kemarahan.

Aku pula dah nak tersenyum kemenangan dah sebenarnya.Hahaha.Padan muka kau nenek!

"Hish! U ni asyik nak bela budak kampung ni dah kenapa? Dia ni memang tak patut pun sekolah dekat sini! Sekolah ni khas untuk anak orang berada okay? Ayah kau pun tak ada Dato,ada hati nak sekolah sini? Hey,aku boleh tendang kau keluar dari sekolah ni,bila-bila masa okay?"Fara mula menendang aku sedikit.

Dalam hati ni dah membara je.Ada makan penampar dia ni karang!

"Fara,stop it! U tu yang tak layak kata macam tu dekat Maira! U jangan ingat daddy U tu Tan sri,so you will get anything? No!"Emran mula menengking.Aku pulak yang takut dengar Emran jerit macam tu! Garang gila weh!

Aku pula memang tak boleh nak bangun dari tadi.Kaki aku boleh pulak terseliuh.Memang lah boleh terseliuh,kalau minah ni tolak aku macam tolak lori!

"Im..betul apa yang I cakap.Her father doesn't have Dato title.So,what supposed she's in here? Entah-entah bapak dia ni pun macam dia jugak.Miskin and..of course orang kampung!"

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now