Part 45

8.5K 272 8
                                    

Hari ini hari terakhir sekolah.Tak sangka kan? Banyak dah aku lalui.Sekolah baru,suami,rakan,kehilangan keluarga.Haih..STPM dah berlalu.Hari ni kami semua berjumpa untuk buat kenangan terakhir.

"Sayang.Dah siap?"Aku mengangguk.Tangan Emran yang dihulur kepada aku, aku sambut.Semuanya pasti sudah berada di sekolah.

Sepanjang perjalanan aku termenung.Adakah aku akan merindui sekolah ini? Macam mana dengan masa depan aku? Aku nak sambung belajar di mana? Aku mahu cari pekerjaan apa?Adakah aku akan bergelar ibu?

Err..yang terakhir tu,agak sensitif.So,aku tak nak fikir.

Sesampai sahaja di sekolah,Aku dan Emran menuju ke dewan sekolah.Pihak sekolah membenarkan pelajar tingkatan 6 membuat jamuan di situ.Malam ini,semua memakai pakaian yang grand.

Ada yang memakai dress pendek.Ada yang pakai jubah.Si lelaki pula,memakai suit lengkap.Ada juga yang memakai kemeja biasa.Baju melayu juga ada!

Aku hanya memakai dress labuh yang dibeli bersama Emran semalam.Dress berwarna pink pastel.Warnanya sangat lembut dipadankan dengan shawl berwarna kelabu.Aku memakai heels yang tidak terlalu tinggi.Itu pun setelah dipaksa Emran.Puas aku bertekak dengan dia semalam.

Emran kelihatan segak menggayakan suit hitam bersama kemeja berwarna pink di dalam.Sepatutnya kelakar melihat lelaki memakai pakaian berwarna merah jambu.Tetapi,Emran kelihatan sangat comel! Aku juga yang memaksanya memakai pink.Hahaha.

"Wow! Lawanya kau Maira!"Aku lihat Zana sudah menjerit sambil mendekati aku.

Zana nampak ayu berpakaian serba ungu.Jubah yang dipakainya itu kelihatan sangat sesuai dan tidak mengikut bentuk badan.Tudung pink yang dipakai menyerlahkan lagi kecantikan yang dia miliki.

"Kau lagi cantik! Eh? Faz mana?"Mata aku meliar mencari gadis tinggi itu.Sempat pula mata aku terpandang Amira dan Fara.Dah jadi geng lah kut.Sejak kena dengan aku haritu,diorang dah tak berani nak kacau aku dengan Emran.Look who's the boss now!

"Tu"Zana menunjuk ke arah sebuah meja VVIP di tengah dewan.Di situ ada Faz,Fuad dan juga seorang jejaka yang aku baru kenali bernama Danish.

"Hai bro! You looks so pink!"Tegur Fuad kepada Emran.Merah padam wajah Emran mendengar gurauan itu.Dijelingnya Fuad tajam.

"Kau ni memang nak kena kan Fuad!"Emran terus menumbuk manja perut Fuad.Tawa Fuad menggeledak.Begitu juga kami semua.

"Eleh,korang lagi sweet.Sama ungu pula tu!"Aku cuba mengumpan Fuad dan Zana.Siapa sangka rupa-rupanya mereka berdua ni bercinta senyap-senyap?!

Zana mencubit kecil lengan aku.Malunya jelas kelihatan.Wajah Fuad juga sudah merah tapi sedaya upaya dia membuat wajah selamba.

Faz kelihatan manis mengenakan dress berwarna biru.Tudung yang berwarna biru juga turut disertakan sekali.Dan sudah tentu warna dressnya sama dengan Danish.Minggu depan mereka akan melangsungkan majlis pertunangan.Rupa-rupanya,Danish merupakan anak pengetua sekolah ini.

"Dah! Apa lah korang ni! Cuba tengok aku dengan Danish.Chill je pakai baju sama"Faz mengangkat keningnya kemudian ketawa kecil.

Semua membuat muka menyampah dengan kata-kata Faz.Danish pula masih tersenyum manis.

"Eh? Jom ambil makanan.Lapar lah"Emran ,orang pertama yang mengajak makan.Kami semua berdiri dan mengambil makanan di buffet hujung dewan.

Selesai makan,kami memulakan sesi selfie! Well,kami perempuan.So..faham-faham je lah.

"Wait,apa yang diorang bertiga buat dekat atas tu?"Faz bertanya selepas melihat Emran,Fuad dan Danish di atas pentas.Terus kami bertiga duduk menghadap pentas.

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now