Part 38

6.7K 255 10
                                    

P.O.V Maira
Emran memandang aku dengan tajam.Kemudian,dia mengalihkan pandangan ke arah Fuad pula.Wajahnya semakin bengis.Tiada riak risau.Hanya marah yang menggunung.

"Aku tak sangka Maira.Aku ingat kau ni perempuan yang baik.Tapi..tak sangka.Menyesal aku kahwin dengan perempuan lahanat macam kau!"Emran menengking aku sekuat hati.

Aku terkedu.Apa yang dia merepek ni? Apa yang aku dah buat sampai dia marah?

"Kau ni dah kenapa? Datang sini pastu nak tengking-tengking?! Kau tahu tak isteri kau tu sakit?!"Fuad membalas herdikan suami aku.

"Kau diam!! Lepas kau puaskan nafsu dengan Dhiya,isteri aku pun kau nak ke?!! Memang tak patut kau jadi kawan aku dulu!"Emran sudah pun menggenggam penumbuk.Aku tahu bila-bila masa sahaja penumbuk akan singgah di muka Fuad.

"Aku tak rogol Dhiya lah!!"Fuad mula mempertahankan diri.Dhiya? Siapa pula tu?

"Kau tak payah nak tipu aku lah! Dan kau! Maira..aku tak sangka kau sanggup biarkan dia ni nak rogol kau?!"Aku pula jadi mangsa tengkingan Emran.

Cadar katil aku genggam erat-erat.Cuba untuk mengerah tenaga.Aku tak mahu lemah.Aku tak mahu nampak lemah depan Emran!

"Apa yang kau cakap ni Im? Bila masa pula Fuad nak rogol aku?"

"Kau cakap tak? Habis tu ni apa dia?!"Emran menunjukkan gambar dari dalam telefon bimbitnya.

Gambar Fuad sedang mengangkat aku sewaktu aku tak sedarkan diri.Aku lihat si pemberi gambar.

Fara.Tak guna!

"Puas hah?! Aku nak kau ikut aku.Kita balik sekarang!"Emran menarik lengan aku.Jarum yang dicucuk pada tangan aku direntap kasar.

"Auchh!!"Aku menjerit dengan rentapan itu.Pedih sekali rasanya.

"Im! Kau buat apa ni?!"Faz menjerit lalu menarik lengan aku.

"Aku nak bawa dia balik!"

"Tapi,Maira masih lemah!"

"I don't care!"Emran menarik aku keluar.Air mata aku mengalir diperlakukan seperti orang tiada maruah.Ramai orang menjadi saksi drama aku dan Emran tadi.

Emran menolak aku memasuki tempat sebelah pemandu.Dia pula di tempat pemandu.Aku menjadi takut.Dia..bukan Emran yang aku kenal.Dia dah berubah.

"Ki..kita nak pergi mana ni?"

"Balik"

"T-tapi.."

"Aku kata kita balik!!"Dia memandu dengan mencengkam kuat stereng keretnya.Aku terdiam.Air mata makin deras mengalir.Aku penat.Penat menangis di hadapan manusia yang aku cintai.

P.O.V Emran

Aku tak tahu kenapa aku bertindak begini.Aku mengakui aku kasihan melihat Maira lemah.Tetapi,aku tak dapat mengawal rasa marah dan geram di dalam hati aku ni.Aku rasa ibarat aku dipermainkan sekali lagi.

Gambar yang Fara berikan menguatkan lagi tanggapan aku yang Maira sedang mempermainkan aku seperti Amira pernah lakukan.Aku kecewa.Berasa menyesal memperisterikan gadis ini.

Sampai sahaja di rumah,aku segera menarik lengannya mengikuti aku masuk ke rumah.Aku nekad! Aku tahu ini keputusan muktamad aku!

"Emran! Kamu nak pergi mana tu?!"Suara papa bergema.Ada aku kisah? Lantaklah!

"Maira! Kenapa menangis tu?!'Apa yang tak kena ni?"Suara mama pula seterusnya bertanya.Ell yang berada di ruang tamu diam membisu melihat aku menjadi garang.

Aku menarik Maira hingga ke bilik kami.Aku tekad.Maira isteri aku! Hanya untuk aku seorang!

"Im! Stop! Sakit tau tak?!"Maira menjerit kepada aku.Dia merentap lengannya hingga terlepas.

Aku mula berang.Terasa maruahku dicalar olehnya.Tak semena-mena aku angkat tangan kearah pipi putih Maira.

Pang!

Maira terduduk.Air matanya mengalir di pipi.Sebelah tangannya memegang pipi yang sudahpun merah.

"Kau tampar aku Im?!"Maira menjerit.

"Memang! Supaya kau tu sedar diri kau!'Kau tu isteri aku! Kenapa kau bagi maruah kau dekat orang lain?!"

"Aku tak bagi maruah akulah! Ayiz yang nak rogol aku,bukan Fuad!"Maira melenting.

Sudah semestinya aku tak mempercayai kata-kata Maira.Ayiz? Dia sepupu aku.Aku percaya ahli keluarga aku.Sedangkan Fuad? Dia orang luar! Disebabkan kes Dhiya,sampai sekarang aku tak percayakan dia!Sanggup dia rogol sepupu sendiri?!

"Kau tak payah nak backup sangatlah Fuad tu! Aku kenal dia dulu dari kau! Kau tak payah nak buat-buat kenal Fuad tu baik!"Aku menunjal dahi Maira.Aku mahu dia sedar aku ini suaminya!

Tiba-tiba Maira yang menangis tadi terdiam.Dia berhenti mengalirkan air mata.Hanya sisa-sisa air mata sahaja yang tinggal.Tiada riak sedih.Hanya wajah yang serius tanpa sebarang senyuman.

Maira berdiri.Aku terpempan.Aku ingatkan Maira akan terus menangis dan merayu pada aku.

"Kalau kau tak percaya dekat aku,it's okay.Aku pun tak perlu kepercayaan kau.Kau ingat aku ni hanya isteri kau yang boleh dipijak ke? Kau ingat kau tu suami,kau ada hak for everything? Huh!"Suara Maira mendatar.Aku terkedu.Serius aku tak tahu yang Maira akan menentang aku.

"Aku dah penat.Penat nak mengalirkan air mata depan kau.Waktu Ayiz nak rogol aku,mana kau? Waktu aku harap kau selamatkan aku,kau dekat mana hah?!"

"Sekarang,aku nak minta izin kau.Aku nak keluar dari rumah ni buat sementara waktu.Kau tak perlu cari aku.Aku tahu kau nakkan perhatian Amira.Kalau kau rasa aku ni isteri yang memalukan kau,kau ceraikan aku.Simple!"Aku menggenggam jari jemari aku.

Sesungguhnya aku terkesan dengan kata-kata Maira.Jelas kelihatan yang dia kecewa.Cerai? Tak mungkin aku akan kepaskan gadis seperti dia! Aku cintakan dia separuh mati! Tapi..tembok ego aku yang tinggi mencecah langit.

"Fine! Aku izinkan kau keluar tapi kau kena ingat! Aku takkan ceraikan kau!"Aku berkata dengan ego masih di dada.Aku tak mahu nampak lemah depan Maira! Ego dan ego.Dua-dua mahu menang.

"Thanks"Maira segera melangkah meninggalkan aku di bilik ini.Aku terduduk.Baru sekarang aku menyesalinya.Perlulah aku menghalangnya?Haruskah aku menarik balik kata-kata aku? Namun..semua itu sudah dihalang oleh ego..

P.O.V Maira
Aku kecewa!Kecewa dengan sikap Emran yang menuduh aku secara melulu!

"Maira! Kenapa dengan kamu berdua ni?"Papa setia bertanya apabila aku turun dari tingkat dua.

Senyuman hambar ku ukir.

"Papa..mama.Maira pergi dulu ye? Halalkan makan minum Maira.Maafkan salah silap Maira ye? Maira sayang papa,mama,Ell dan...Im."Kaki aku terus melangkah meninggalkan rumah agam yang besar itu.

Aku hanya membawa badan.Tiada langsung beg di tangan.Di dalam poket hanya ada sedikit duit dan juga telefon bimbit yang sempat aku selukkan.Walaupun kondisi aku lemah,aku takkan mengalah.Aku tetap nak jauhkan diri dari Emran!

Telefon bimbit aku keluarkan.Segera nama Faz aku tekan.

tutt..tut..ttut..

"Hello? Maira! Kau dekat mana ni?!"

"Aku dekat taman permainan dekat tepi sekolah rendah ni.Weh,tolong datang ambil aku.Aku penatlah"

"Okay! Kau tunggu kat situ.jangan pergi mana-mana.Aku datang sekarang"terus panggilan dimatikan.

Aku duduk di bawah pondok menunggu yang ada di situ.Aku terfikir sejenak.Betul ke keputusan aku ni?

Ahh! Persetankan segalanya! Emran dah tak perlukan aku.Dia ada Amira! Aku ini hanya kudis di badannya.Aku ini hanya isteri yang dia simpan.Ya Allah..berikan aku kekuatan..

__________________________________
Finally new update! Author saja nak try letak P.O.V hehe.

So,Adakah rumahtangga Maira akan semakin teruk? Alahai.author kesian dekat Maira.huhu..

Keep read and vote!

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now