Part 30

6.7K 249 7
                                    

Amira memandang gambar yang ada di dalam laptopnya.Gambar dia bersama orang yang tersayang.Orang yang membuatkan jantungnya bergedup kencang tatkala melihat si dia.

Emran Fakrimi.

Lelaki itu yang membuatkan hidupnya yang suram kembali ceria.Emran yang positif.Emran yang nakal.Semua tu membuatkan dia rindu kepada Emran.

"Kenapa aku ni bodoh? Kenapa aku sanggup menduakan dia? Sedangkan dia dah begitu sempurna untuk aku? Kenapa aku berpaling terhadap kasih sayang dia?!"Amira menjerit sekuat hati.

Dia menyesal meninggalkan Emran kerana Malik.Malik lelaki yang durjana.Dasar binatang! Amira tak dapat bayang bertapa dia rasa terhina tatkala Malik iaitu bekas tunangnya mahu merogolnya.Rasa dirinya diperlakukan bagaikan tiada maruah!

"Emran..awak dekat mana? Saya minta maaf sebab tinggalkan awak dulu.Saya terlalu ikutkan perasaan.Emran..saya cintakan awak"Air mata mengalir ketika kata-kata itu dilafazkan.Dia rindu akan Emran.Ya.Amira rindu Emran.

Ting!

Bunyi menandakan ada mesej masuk.Amira mengambilnya lalu membuka mesej dari Sophia.

"Beb! You pergi mana? Seminggu You tak datang class.Kenapa? I cari You merata dekat UITM ni!"-Sophia

Amira tersenyum kecil.Sophia kawannya sejak dia melanjutkan pelajaran ke UITM Shah Alam ini.Kawan yang juga sosial seperti dirinya.Playgirl terkenal di UITM ini.

"Beb,I think..I nak berhenti study"- Amira

"What?! Are you kidding me?! You jangan main2 Mira! I know you bru je putus tunang but takkan lah sampai stop study?"- Sophia

"Sophi..I'm not joking.Seriously,I just nak stop for a while.I nk hilangkan kusut dalam otak I ni.Bila I rasa I dh okay,I will come back.Alright?"- Amira

Hanya blueticks yang ditinggalkan oleh Sophia.Amira tahu rakannya itu pasti bersedih tentang rancangannya untuk berhenti.

Ringtone telefonnya pula berbunyi menandakan ada seseorang di talian.Amira segera mengangkat apabila membaca nama yang tertera.

"Hello? Baru kau nak call aku? Dah cukup lama aku bagi kau masa.Sekarang,dapat tak apa yang aku minta?"soal Amira dengan tegas.

"Relax girl! Aku dah dapat apa yang kau minta.So..jumpa sekarang boleh?"Seseorang di dalam talian itu pula membalas.

"Tempat biasa.3 petang"

"Okay.See you there"

Talian dimatikan.Amira tersenyum sinis.

Faiz memandang Datin Shaira di sebelah.Dia tak tahu apa.yang bermain di kepala wanita itu hingga melakukan keputusan ini.

"Ibu..ibu yakin ke?"

Datin Shaira.memandang Faiz lalu mengangguk sambil tersenyum.Faiz mengeluh.Dia amat berharap perkara positif yang akan mereka dapat.

Loceng rumah agam itu ditekan.Kelihatan seorang remaja lelaki membuka pagar.

"Ye..encik dengan puan cari siapa?"

"Betul ke ni rumah Dato Fahri? Bapa mertua Humaira Sufiyana?"Faiz mula menyoal.

Remaja lelaki itu seakan tersentak.Namun,cepat-cepat senyum diukir.

"Ye,betul lah tu.Err..ada apa ye datang sini?"

"Saya nak cari Humaira Sufiyana.Dia ada?"Datin Shaira bersuara.Walaupun dia tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya,namun dia yakin ini lah rumah yang dia cari.

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now