Cahaya mentari memancar lalu menyuluh mata aku.Kelopak mata aku menutup.separuh mata apabila cahaya itu betul-betul mengenai tepat pada anak mata hitam aku.Ada satu figura di hadapan aku.Figura itu yang membuka kain langsir yang tebal itu.
"Good morning,sayang.Let's have breakfast"Emran tersenyum lalu membawa sedulang makanan dan minuman.Aku tahu apa di atas dulang tu.
"Ala..abang"aku geleng-gelengkan kepala aku.Bibir aku muncungkan tanda protes.Dahi aku sudah berkerut seribu.
"Sayang.."Emran meletakkan dulang itu di atas meja sebelah katil.Dia melabuhkan punggungnya di sisi katil.
"Dari malam semalam sayang tak jamah apa-apa.Lepas solat subuh tadi,sayang muntah.Lepastu terus tidur.Sayang kena makan juga"Emran bermain dengan jari jemari aku.Aku bukan mahu membantah cakap suami tapi aku memang tak ada selera.
"Abang,Maira tak ada selera.Maira takut nanti muntah lepastu abang yang kena cuci.Maira tak nak susahkan abang"Aku pandang wajah Emran.Wajahnya masih sama.Sama dengan lelaki yang aku kenal tahun yang lepas.
"Tak.Sayang tak susahkan abang pun.Sayang dah kandungkan anak kita,itu pengorbanan yang cukup besar dah.Sekarang,tugas abang jaga sayang.Makan eh? Sikit je"Emran masih lagi cuba memujuk aku.Okaylah,aku cair.Sikit.
"Maira try eh?"Emran mengangguk lalu mengambil semangkuk bubur.Aku pasti dialah yang masak bubur tu.
Sesudu bubur disuakan ke dalam mulut aku.Aku meneguk liur.Banyak dah masakan Emran yang aku makan dan luahkan semula.Aku tahu itu pasti menggores hati dia.Ya Allah,kali ini janganlah biarkan jadi lagi macam tu.
Aku membuka mulut aku sedikit.Bubur itu masuk ke dalam mulut aku.Aku pejamkan mata rapat-rapat sebelum menelannya.
"Sayang,okay tak?"
Perut aku rasa tak enak.Tekak aku rasa kembang.Aku tahu benda ni akan jadi.Dan..
"Werkk!"
I did it! Again!
"Keluarkan sayang.Jangan tahan"Emran menggosok belakang badan aku.Gosokkan dia membuat aku berasa sedikit lega.
Setelah memuntahkan segala isi perut aku ke atas selimut,Emran mengambil selimut itu lalu membasuhnya di tandas.Sayu mata aku melihat dia membersihkan kekotoran itu.Sanggup dia menjaga aku tanpa henti sepanjang aku mengandung.Tak pernah sekali pun aku dengar dia mengeluh mahupun memarahi aku.
Mata aku rasa berair.Muka aku berasa panas.Tak lama selepas itu,air mata tumpah ke pipi.Emosi aku sering kali tak stabil.Aku cuba juga mengelakkan emosi yang tak menentu ini.Tapi gagal!
"Eh? Kenapa sayang menangis ni?"Emran segera menghampiri aku lalu duduk di sisi katil.Aku terus menyembamkan kepalaku di atas bidang dadanya.Tangannya automatik memeluk badan aku dan mendekatinya.
"Sorry.Maafkan Maira.Maira selalu menyusahkan abang"air mata aku tumpah lagi.Aku rasa seperti isteri tak berguna.
"Shh..dah banyak kali abang cakap.Sayang tak pernah menyusahkan abang.Jangan fikir macam tu dah.It's not good for our baby"Mendengar Emran berkata begitu,terus tangis aku semakin kuat.Habis lencun bajunya akibat air mata aku.
"Aik? Orang pujuk,dia makin galak menangis pula.Sayang,sayang"Emran menggosok lembut kepala aku.Sungguh aku tenang berada dekat dengannya.
Dia masih lagi menggosok kepala aku hingga aku tertidur.
"Abang dah makan ke belum?"Tanya aku sesudah turun dari tangga.
Pertanyaan aku tidak berjawab.Aik? Mana suami aku ni? Lari dari rumah ke apa? Atau kena culik dengan bunian? Maklumlah handsome sangat!
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...