"Woi! Bangunlah pakcik! Cepat mandi! Pergi sekolah!"Puas aku menjerit dekat Emran ni.Tapi,dia tidur mati ke apa?
Aku menggoncang badannya sekuat hati.Aku tahu dia sengaja.Ieee!!!!
"Emran Fakrimi Bin Dato Fahri!!!!"Aku menjerit lagi di telinganya.Muka aku dan wajah Emran ketika itu memang tersangat dekat.Tapi aku tak peduli.Sakit hati!
Tiba-tiba Emran menarik tangan aku.Tak semena-mena aku dah pun berada di pelukannya.
Aku terkedu.Aku terdiam.Semuanya berlaku terlalu cepat.Tak sempat aku nak hadam.Emran memelukku erat seolah-olah aku mahu pergi.
"Kau ni dah kenapa Im? Cepatlah! Nanti lambat nak pergi sekolah lah!"Aku cuba menolak lengan yang memelukku itu.Tetapi gagal.Tambahan lagi apabila Emran mengeratkan pelukannya.
Aku dah terkunci.Apalah kudrat aku sebagai wanita untuk melawan dia? Aku dah tak boleh bergerak.Akhirnya aku berhenti meronta dan membiarkan saja.
Tiba-tiba aku rasa baju di bahu kanan aku basah.Di situlah juga tempat Emran menyembam mukanya.Aku jadi terkejut.Dia menangis ke?
"Im..kenapa dengan kau ni? Aku ada buat salah ke?"Aku mahu melihat mukanya tapi tangannya mengeratkan lagi pelukan hingga aku tak dapat menggerakkan tangan.
Aku hanya mengeluh.Aku ingatkan perempuan sahaja boleh berubah emosi,rupanya lelaki pun boleh.Tangan aku teragak-agak mahu membalas pelukannya.Tapi..melihat Emran menangis,aku memeluknya juga.Aku menggosok belakang badannya.
"Shh..shh..Dah..Jangan nangis"
Itu sahaja aku mampu ucap.Aku hanya membiarkan dia melepaskan segalanya di bahu aku ini.Itulah yang isteri perlu lakukan.
Selepas beberapa minit Emran menangis,dia berhenti menangis.Tetapi pelukannya masih erat.Ibarat dia tak mahu melepaskannya.
"Im..kenapa kau nangis ni? Sorry kalau aku ada buat salah.Kau janganlah nangis lagi.Aku risaulah"Jujur aku berkata.Aku risau.Aku risau lihat Emran menangis sebegini.
Dia melepaskan pelukan tanpa banyak bicara.Dia menatap wajah aku.Matanya yang redup itu merenung tepat ke dalam anak mataku ini.Muka aku dah membahang.Tetapi semuanya hilang bila aku lihat mata dan hidungnya merah.
"Kenapa kau nangis ni? Jawablah soalan aku"Lembut aku bertanya.Risau juga aku dengan dia ni.
Dia mengukir senyuman.Tangan aku digapainya lalu dibawa ke bibirnya.Aku hanya merelakan sahaja.Mungkin hatinya masih lagi bersedih tentang sesuatu.
"Maira.."
"Ye Im"
"Kau..sayang aku tak?"
Aku terdiam.Ibarat ada peluru yang ditembak mengenai kepala ku.Aku buntu.Aku nak jawab apa? Kalau aku kata aku tak sayang,aku takut dia kembali bersedih.Kalau aku kata aku sayang,aku menipu diri aku sendiri.Tapi...adakah aku mula sayangkan dia?
Mata Emran merenung tepat ke dalam anak mata aku.Aku tak boleh berdiam diri.Semakin lama semakin bahaya.
"A..aku..aku s..ssa..ssayang"
Ada senyuman terukir di bibir Emran.Kenapa?
"Thanks"Itu sahaja yang dia balas.Aku mula keliru.Itu je? Dia menangis dekat bahu aku sebab itu je?
"For what?"
"Sebab cuba bagi aku happy,padahal aku tahu hati kau masih lagi belum sayangkan aku kan? Tak apalah Maira.Aku akan tunggu"Emran bangun lalu menuju ke bilik mandi.
Aku masih lagi terpinga-pinga.Tapi..kenapa aku rasa hati aku perit sangat bila dia kata macam tu? Ibarat aku ni ucap sayang dengan tak ikhlas.Adakah aku ikhlas? Aku rasa sebersalah.Kenapa? Kenapa aku perlu berlawan dengan perasaan ni semua?
»«»«»«»«»«»«»«««»«»«««»«
Emran berjalan masuk ke pintu pagar sekolah.Semua mata di situ memandang dengan rasa terkejut.Yelah,ketua pengawas datang lewat ke sekolah buat pertama kalinya!
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...