Part 23

6.7K 295 5
                                    

Maira dan Emran masuk ke dalam rumah setelah pulang dari sekolah.Dalam rumah ni hanya ada mereka berdua je.

Masuk sahaja di ruang tamu,mereka berdua berlari naik ke atas.Sebab apa berlari? Berebut bilik air lah jawabnya..

"Im!! Aku nak mandi dululah"Maira menjerit apabila Emran menghalangnya dari masuk ke bilkk mandi.

"No!! Aku dulu!'Aku lelaki so,aku dulu!"

"Mana boleh! Ladies first remember?!"

"Aip! Mana boleh lawan cakap suami!"

"Mana boleh tak bagi permintaan isteri?!"

"Eh? Syurga kau bawah tapak kaki aku.Ingat tu!"

"Hish! Finelah!"Maira menghentak kaki lalu pergi ke bilik tetamu di sebelah.Kalau tunggu Emran mengalah? Heh! Tak akan wehh.

Emran dah tersengih melihat Maira keluar dari bilik.Nak buat macam mana? Mereka ni suami isteri.Sepatutnya matang.Tapi,kahwin awal punya pasal,perangai budak-budak tu tak habis lagi.

Selepas 15 minit mandi,Maira turun ke tingkat bawah.Emran? Kan dia mandi setengah jam.Huh!

Baju sukan dah tersarung di badan.Tudung hitam sahaja masih belum.Maira menuju ke dapur.Kena lah masakkan untuk suami.Suami kita lapar balik sekolah.Habistu aku ni? Bukan dari sekolah jugak? Haih..saborr je lah.

Setelah memikir,Maira membuat keputusan untuk memasak nasi goreng.Nasib baik nasi dia dah masak pagi tadi sebelum pergi sekolah.Maira pun memotong bawang dan segala bahan yang mahu dicampurkan dengan nasi goreng itu.

Emran yang baru turun dapat bau nasi goreng isterinya itu.Dia mengintai ke dapur.Ooo..masak rupanya.Tunggu kau!

Emran berjalan perlahan-lahan ke belakang isterinya.Amboi..khusyuk betul.Tangannya dah berada di posisi.Satu..Dua...Tiga!

"Bahhh!!!"

Emran menepuk belakang Maira hingga gadis itu menjerit.Namun,jeritan Maira bertukar menjadi lain.Memanglah bertukar,kalau jarinya terhiris dek pisau.

"Auchh!!!"Maira mengibas-ngibaskan tangannya.

Emran yang panik terus menarik jari Maira lalu dibasuh menggunakan air di sinki.Maira terus terdiam.Dia terkejut apabila ada orang yang mahu menolongnya.Dah lama dia tidak dilayan sebegitu rupa.Waktu arwah ayah ada dulu,dialah yang buat macam ni waktu Maira terhiris jari.Sejak ayah dah tak ada,Maira dah tak rasa semua ni.

"Sorry Mai..Aku tak sengaja"Emran mengusap jari Maira yang terluka tadi.Dia benar-benar rasa bersalah.Niatnya tadi hanya untuk membuat isterinya terkejut.Tapi..tak perasan pula isterinya itu sedang potong bawang.

"Hish kau ni! Nasib baik aku ni kuat! Kalau aku lembik,dah lama dah aku pengsan.Tapi,tak apalah.Aku tak marah pun"Maira sempat tersenyum.Entah dia tak rasa nak marah pun.

"Kau serius ke? Kau tak marah aku?"Emran rasa nak menampar pipinya.Macam tak percaya.

"Iye..Tapi! Ada dendanya"Maira mengangkat keningnya sambil tersengih.

Emran hanya menggeleng kepala.Macam-macamlah isteri aku ni.

"Apa dia?"

"Tolong aku masak nasi goreng.Disebabkan jari aku terluka.So,kau diarahkan untuk memotong segala bahan-bahan ni"Maira dah tersenyum melihat muka tak puas hati Emran.Dia tahu Emran tak nak buat.Tapi,denda tetap denda.Hahaha!

Setelah penat bergelut di dapur,dapat juga mereka makan tengahari.

Selesai makan,masing-masing berlari keluar rumah kerana baru sedar jam dah menunjukkan pukul 2.50 petang!

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now