"Amira.Dia pernah jadi girlfriend Im suatu hari tu.Im memang cinta sangat dekat Amira.Memang tak hairan sebab Amira memang baik orangnya.Tak pernah sombong"
Aku mengangguk.Amira memang tak sombong.
"Waktu tu diorang couple senyap-senyap.Tapi aku tahu everything Maira.Aku bestfriend dia waktu tu.Memang sedih bila dia dah jauhkan diri dari aku"
"One day,Im dengan Amira mula pecahkan rahsia.Semakin lama,sekolah kecoh dengan berita itu.Ramai yang mula iri hati.Tapi yang paling bengang is Fara"
"Wait! Kenapa Fara pula yang nak bengang?"Aku mula keliru.Ini seperti cerita yang tiada kesudahan.
"Haa..Fara dulu bestfriend Amira.Amira tahu Fara suka Im.But..too late.Im dah pilih Amira.At that time,Fara dah mula jauhkan diri dari Amira.Dia dah isytihar dia tu musuh Amira.Tiba-tiba Amira berubah.Dari seorang yang ayu,sopan..dia jadi sosial.Ada pasangan sana sini.Pergi night club setiap hari.Ada orang nampak yang Amira tu...err..pernah..pernah.."Faz mula tergagap.Alamak! Terlepas cakap pula!
"Pernah apa?"Zana juga menyampuk.
"Pernah..buat perkara tak senonoh dengan..."
"Dengan Im?!!"Aku menjerit.Kalau betullah dengan Im,memang aku tak percaya dah lelaki tu!
"Hoi! Bukanlah! Ada senior tu tapi aku tak kenal siapa"Aku mengangguk.Nasib baik bukan Im..Fuhh
"Then,Amira jumpa anak Tan Sri.Budak tu baru pindah ke sekolah ni.Disebabkan budak tu,dia tinggalkan Im.Kalau kau tengok keadaan Im waktu tu,memang sedih.Mama dia suruh aku pujuk dia.Lama-lama dia boleh terima semua tu.Amira terus berhenti sekolah bila papa dia tahu perangai dia.Terus dia dihantar belajar dekat Amerika"
"Tapi..aku tak tau kenapa dia datang balik"
Aku terdiam.Hati ini mula bertenang mendengar penjelasan Faz.Tapi..kenapa mereka berpelukan? Perlu ke? Harus ke?
"Tapi..mesti Im pilih dia kan? Mestilah dia sayang first love dia"Aku menundukkan wajah.Aku yakin Emran masih sayangkan Amira.
Faz dan Zana terdiam.Mungkin tak mahu membiarkan aku semakin kusut.Air mata turun perlahan-lahan.Dugaan apa ini ya Allah?..
"Please Im..I still love you!"Amira merayu kepada Emran.Sungguh dia menyesal meninggalkan lelaki itu.
"Senang je kau cakap macam tu?Lepas kau dapat anak tan sri tu,terus aku ni kau buang.Sekarang kau nak aku terima kau?!!"Emran menengking sekuat hatinya.
"Please Im! Forgive me! I terlalu buta waktu tu.I terlalu inginkan perhatian.Please Im..Kita getback.Mulakan hidup macam dulu.."tiba-tiba Amira memeluk Emran.
Emran tergamam.Terkejut dengan perbuatan Amira.Tubuhnya kaku tak mahu bergerak.Amira menangis di bidang dadanya.Tapi..Emran semakin rasa terbuai.Rasa selesa apabila Amira memeluknya..
"Weh! Maira pengsan!"
"Ala..tumbang dah pelari favourite aku!"
"Cikgu!'Ada budak jatuh!"
"Humaira Sufiyana ke tu?!"
Emran tersentak.Nama isterinya sedang menjadi sebutan orang.Ditolaknya Amira jauh ke depan.Kakinya mengorak langkah ke arah orang ramai berkerumun.
"Maira!!"
Emran memejam matanya kuat.Ingin lupakan perkara yang terjadi tadi.Adakah Maira tersinggung? Ya Allah..jika betul,aku lah hambamu yang paling hina..
"Im.."Emran terus mendongak.Wajah Faz dan Zana kelihatan.
"Kitaorang nak balik dulu.Kau pergilah teman Maira.Dia dah tidur lepas makan ubat tadi"Emran mengangguk.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...