Kenapa? Kenapa ramai sangat saudara yang tolong ni? Banyak sangat ke benda nak kena buat?
Aku pula yang pelik.Esok adalah majlis akad nikah aku dengan Emran.Sekarang ni aku tengok,ramai gila saudara Emran ni tolong.Aku nak tolong diorang tak kasi.Haih..
Aku ingatkan majlis kahwin aku dengan Emran ni just cincai je.Tapi..tak sangka pulak sampai diorang nak buat kat hotel! Gila ah! Tapi,diorang just jemput saudara terdekat je.So,tak adalah aku malu sangat nanti.
Faz dengan Zana? Aku tak ready lagi nak bagitahu diorang.Tapi..aku tak nak sorokkan nanti diorang kecil hati pula.Aku akan cari masa yang sesuai nak bagitahu diorang.
Sekejap lagi akan ada majlis berinai.Aku pun tak paham lah kenapa nak inai-inai ni? Sejujurnya aku ni bukanlah peminat inai.Sekarang ni aku ada dekat rumah Emran.Aku tak nak pulak saudara mara ni tahu rumah aku dengan Emran dekat.
Disebabkan Kak Saufa dah pergi masuk group datin-datin tu,so..aku pun apa lagi? Pergi duduk dekat tepi kolam ikanlah.Walaupun malam tu memang gelap,tapi aku still boleh nampak ikan melalui lampu dengan kolam tu.Damai!
"Hai,Mai!"Aku lihat disebelahku.Yup,bakal suami aku ada dekat sini.Kuat agaknya jodoh aku dengan dia ni sampai kat mana-mana pun boleh jumpa.
"Hai.."Aku hanya memandangnya sekilas lalu memandang semula ikan-ikan itu.Malas pulak layan burung Murai malam-malam ni.
"Kau buat apa dekat sini?Kau tahu tak semua tengah cari kau?Aku juga lah yang volunteer pergi cari kau"Aku hanya memandang Emran dengan muka tak ada perasaan.Serius I'm not in a mood.
"Ala..bukannya ada makcik inai tu pun lagi.Sebab tu aku lepak sini je.Tenang.Tak ada orang"Bebas.Yes! Bebas dari lautan manusia dalam rumah Dato Fahri tu!
Emran mengambil tempat disebelahku.Dia hanya berdiam seperti aku.Mungkin fikir pasal masa depan.Maybe la..
"Kau tak nervous ke Maira?"
Aku hanya termenung.Walaupun aku beriak tenang tapi dalam hati aku ni dah nak pengsan sebab nervous.
"Gila kau! Nervous sangat ni!"Aku mula menjerit kecil.Aku perasan ada senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu.Haih..dari tepi pun jadi ke Maira?
"Aku..nervous"Aku memandnag Emran.Emran hanya menundukkan wajahnya.Aku tersenyum.
"Ye..aku tahu.Kita sama je Im.."
"Maira.."
"Ye?"
"Kau..serius setuju nak kahwin dengan aku? Kau tak menyesal?"
Gulp! Kenapa soalan dia ni macam..aku tak sepatutnya kahwin dengan dia? Or..dia nak kata dia tak sangka aku setuju?
"Habis tu,kau nak aku buat drama ke? Lari dari majlis? Aku setuju nak kahwin dengan kau.Dan aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat.Sebab? Sebab aku dah jumpa destinasi aku.."
Emran memandang Maira yang masih merenung kolam.Apa maksud Maira? Destinasi? Apa yang dia maksudkan?
"Apa yang kau maks..."
"Eh? Im,jom masuk.Mak Andam dah nak berinai tu"Aku segera berlari masuk ke rumah.Kenapalah mulut aku ni?!
»«»«»«»«»«»«»«««««»«»««««"Mai! Dah siap belum? ke..tengah membuta lagi? "
Dari jauh lagi aku dah dengar suara Kak Suafa menjerit dari bawah.Nak kata membuta? Menipulah! Aku tersedar pukul 5.00 pagi tau sebab nervous punya pasal! Hish!
Aku terus masuk ke dalam bilik air lalu membersihkan diriku.Setelah membersihkan diri,aku lihat baju nikah yang tergantung di almari.
Baju putih yang dipilih Emran itu memang lawa.Tersangat lawa.Harga dia pun lawa jugak.Heheh.
Aku mula menyarungkan dress itu ke badan.Hmm..lawa jugak aku ni.Hahahha! Sekali sekala puji diri sendiri,tak apa kan?
Aku lihat bilik ini.Aku tatap sekelilingnya.Haih..goodbye my room.Aku akan merinduimu selaluuu...Huhu.Memang la aku akan rindu sebab lepas ni,aku straight akan pindah rumah Emran.Kak Saufa pula lepastu pindah Paris.Memang aku tak akan jejak lagi lah rumah ni.Huhu!!!!
"Mai! Dah siap belum? Ni Mak Da dah datang nak makeup"
"Dah"Aku memulas tombol pintu itu lalu membenarkan Mak Uda atau Mak Da masuk ke dalam.
"Lawanya bakal pengantin ni! Muda sangat ni! Umur berapa?"
Alamak! Orang puji lah! Control cun!
"Err..18 tahun"
"Ohh..Baguslah kahwin muda-muda ni.Mak Da dulu pun kahwin muda juga.Bahagia.Tapi..yelah.Umur suami tak panjang.Sakit tua"
Aku mengangguk.Mak Da ni macam nak doakan bakal suami aku ni mati cepat pulak? Eh? Mintak simpang malaikat 44!
"Sabar ye Mak Da.Saya pun tak sangka kena kahwin awal macam ni.Pilihan keluarga sebenarnya"
Mak Da mengangguk sambil mula menconteng muka aku.Fuh! Menconteng! Hahahaha.
"Haa..dah siap! Mak Da turun dulu ye? Nanti bila dah nak gerak masjid, Mak Da panggil"
"Baik Mak Da.Terima kasih makeup!"
Kata aku sebelum Mak Da menutup daun pintu.Haih..tak sangka aku nak kahwin dah.Dengan spesies burung pula tu! Esotik!
"Mai.."
Aku lihat di muka pintu.Aku lihat Kak Saufa tersenyum lalu masuk ke dalam bilik itu.
Kepala ku diusap olehnya.Lalu dia memeluk ku.Sungguh erat pelukannya.
"Mai..Akak tak sangka Mai akan jadi isteri orang.Kejap je masa berlalu.Akak rasa,akak baru je nampak Mai main lari-lari depan rumah semalam"
Kak Saufa menangis.Aku juga mahu menangis.Tapi ditahan.Makeup aku pun perlu dijaga juga.Nanti lambat pula pengantin nak siap.
"Akak janganlah nangis.Nanti Mai nangis habis makeup.Sian Mak Da nak kena makeup balik"Aku mengusap air mata Kak Saufa dengan jari ku.
"Akak..nak pesan dekat Mai.Jadi isteri ni senang je.Kena taat suami je.Tapi,kita kena jaga maruah suami,nama suami.Kalau suami ada masalah,kitalah yang kena tolong dia.Kita lah yang pemberi semangat.Akak tahu Mai punya dugaan mungkin lebih besar kerana Mai masih bersekolah,tapi Akak percaya Mai boleh galas tanggungjawab ni.Mai budak yang berani.Adik yang manja,mengada-ngada.Tak sangka lepas ni kita dah tak boleh together-gether dah.Mai dah nak jadi milik orang lain.Bukan Akak dah"
Aku memeluk Kak Saufa erat.
"Terima kasih Akak.Terima kasih sebab jaga Mai sepanjang 3 tahun.Terima kasih sebab selalu ada dengan Mai,tak kira Mai senang atau susah.Terima kasih jadi pengganti ayah untuk Mai.Mai sayang akak sangat-sangat tau?"Aku nak menangis.Serius nak nangis!
"Dah jom gerak.Nanti lambat pulak Mai tukar status"Aku tergelak kecil lalu mengikut sahaja Kak Saufa.
Kak Saufa je lah pengubat duka dan lara aku.Aku harap suami aku nanti macam Kak Saufa yang sanggup jaga aku..Tapi..sanggup ke Emran layan karenah aku yang tak menentu ni?
Hurmm..
________________________________
Hai guys!! Part kali ni pendek cikit dari biasa.Selalunya saya buat 1000+ words tapi hari ni 900+ je.Hohoho!Sebab? Sebab tak nak tamak pergi letak semua idea dekat part ni.Hehe.Kejam tak?
Mana adalah! Korang..keep read and vote tau! Nanti saya lagi semangat nak update laju-laju!
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...