Part 5

7.5K 326 5
                                    

Aku mula berjalan kaki dari sekolah untuk pulang ke rumah.Disebabkan nenek kebayan tadi tu,dah ramai student balik.Kalau tak,mesti ramai yang tengah jalan kaki.Tak ada la aku takut sangat.Sekarang ni dah tak ada orang.Haih..nak buat macam mana..Nasib badan..

Ketika aku berjalan dengan terik mentari atas kepala,Aku terdengar suara tangisan.

Gulp! Siapa pula tu? Astagfirullah..Jauh kan lah aku dari makhluk-makhluk yang lain ya Allah..

Mula-mula aku ingat nak jalan je,tapi aku ternampak ada budak kecil menangis di tepi pondok menunggu yang memang ada dekat area nak balik rumah aku ni.

Aku mendekatinya.Entah kenapa aku just jalan je dekat budak tu.Maybe aku kesian budak tu nangis.Lagipun budak tu confirm manusia! Dia pakai uniform tabika.Hehe

"Ehh? Kenapa adik nangis ni?"Aku duduk bagi menyamai ketinggian aku dan budak kecil disebelahku ini.

Budak itu melihat muka aku.Tiba-tiba dia memeluk aku dengan erat.Eh? Kenapa pula budak ni peluk aku?

Budak itu menangis dipelukkan ku.Tangan aku tak berhenti menggosok belakang gadis kecil ini.

Setelah nangisnya sedikit reda,aku mula bertanya.

"Nama adik siapa?"Aku mengelap air mata di pipinya.Nampak macam takut sangat.

"Nama saya..Ellrina Fasha"

Aku mengangguk.

"Panggil apa?"

"Ell .."

"Kenapa Ell menangis ni?"

"Abang...abang..tak..am..ambil Ell..."Gadis kecil itu mula menangis.

"Abang tak ambil? Rumah Ell dekat mana?"

"Rumah Ell dekat Taman Sri Damai"

Kening ku terangkat.Dalam diam aku tabik la budak kecil ni! Dia boleh ingat alamat rumah dia! Kalau aku,aku main tunjuk je mana-mana pun.Kejap.Taman Sri Damai..

"Eh? Akak pun duduk kat sana juga! Jom akak teman Ell balik rumah eh?"Mata budak itu terus membulat.Iee!! Cutenya!

"Nama kakak siapa?"
Aku tersenyum kecil.Budak kecil ini petah berkata-kata.

"Nama akak..Humaira Sufiyana.Ell panggil akak,Kak Mai je lah"

Aku pun memimpin tangan gadis kecil itu.Alahai..comel je tangan!
Budak itu pun seperti merelakan sahaja tangannya dipegang.

Dalam hati aku terdetik,budak ni..kalau orang jahat datang nak culik,mesti senang.Nasib baik lah yang datangnya aku.Yang baik lagi cun ni.Acewahhh!!

Sepanjang perjalanan,Mulut Ell tak berhenti bercerita tentang itu ini.Aku ni melayan sahaja celotehnya itu.Dia cerita pasal sekolah,pasal family.Tapi,aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.

"Kak Mai! Tu rumah Ell!"Ellrina berlari ke arah rumahnya.

Mata aku membulat melihat rumah yang macam istana ni.Wow! Dasyat! Halaman rumah luas,rumah 3 tingkat,kereta mewah berderet!This is superb!

"Kak Mai,jom jumpa Pakcik Wahab.Pakcik Wahab tu security guard"Ell menarik tangan aku ke arah pondok jaga di tepi rumahnya.

Mak ai! Ada security guard?! Ish,kau ni Mai! Mestilah ada.Kalau tak,free je perompak masuk.Huh!

Sampai sahaja di hadapan pondok itu,Pakcik yang bernama Wahab melihat aku.

"Ye,ada apa cik adik datang ke sini?"Wahh! Cik Adik? Boleh la..

"Saya datang nak hantar anak tuan rumah ni.Ell namanya"

"Ell? Mana dia tak nampak pun?"

Aku segera mendukung Ell.Memang la tak nampak,Ell ni kecil dan pendek aja budaknya.

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now