Aku serius rasa nak pengsan sekarang ni! Rasa macam nak tampar diri sendiri je.
"Mai..pergi lah tidur kat bilik atas.Dekat bilik Im"
Gulp! Kata-kata Datin Seri aka mama tu memang menusuk terus ke jantung! Hadoii! Apalah nasib aku ni!
"Err...bi..bilik Im?"Aku mencubit peha sendiri.Janganlah tergagap pulak!!
"Yelah sayang.Bilik kita lah"Lengan Emran terus memaut tangan aku sebelum menarik aku ke tingkat atas.
Sempat juga aku melihat senyuman mama.Ahh!!!
Masuk sahaja ke dalam bilik,aku kaku.Aku tak ada tenaga nak bergerak.Seolah-olah kaki aku ni dah disimen ke lantai.Jantung dah tak boleh duduk diam.Kepala pula dah fikir macam-macam.
"Yang kau berdiri macam patung cendana tu buat apa? Meh la duduk sini"Emran menepuk-nepuk tilam di sebelahnya.Senyuman nakal dah terukir di wajah Emran.
Meremang bulu roma aku.Rasa macam tengok cerita seram versi live pulak!
Aku berjalan perlahan-lahan ke arah Emran.Aku duduk di atas katil,tapi jarak aku dan Emran memang jauh.
"Aik? Jauhnya?"Emran mengesot ke arah aku.Haduhhh! Tak suka betul rasa nervous tambah takut ni!
Aku pula mengesot melarikan diri.Sehingga aku berjumpa dinding.Alamak! Jalan mati! Habis lah akuuuu!
"Nak pergi mana tu sayang? You're mine.Remember?"Emran mula membelai rambut aku yang aku dah ikat.
Emran menarik wajah aku lembut.Aku mula cuak.Dia mendekatkan mukanya ke wajah aku.Semakin dekat..hingga aku tak sanggup membuka mata.Semakin dekat dan dekat..
"Woi!"
Aku membuka mata.Aku lihat Emran tersengih sambil mencapai tuala.
Aik? Tadi bukan dia nak kiss aku ke? Ke...aku je yang berangan?
"Kau ingat aku teringin ke nak kiss kau? Heh! Dah la aku nak mandi dulu!"Emran segera masuk ke dalam bilik mandi itu.
Muka aku dah membahang.Maluuu!!!! Kurang siuman punya suami!! Saja je nak bagi aku ni sakit jantung.Tapi ...aku lega.Nampaknya aku masih dara.Hahaha.
»«»»»«»«»«»«»«««»«»««
Emran keluar dari bilik dengan hanya memakai tuala di pinggang.Dia melihat Maira sudah pun enak dibuai mimpi.Hanya senyuman kecil yang terukir.Setelah memakai baju,dia mendekati Maira.
Wajah Maira yang putih itu diamati.Sebelum ni,dapat dosa kalau tenung Maira macam tu.Tapi,sekarang dah halal.So,nak buat apa-apa pun tak salah.
Rambut Maira dibelai.Rambut Maira memang hitam pekat.Rambutnya panjang hingga ke paras dada itu membuatkan Maira nampak begitu menawan.
"Maira..bangun..mandi"Emran mengoncang sedikit bahu Maira.
Maira menggosok matanya.Dia membuka matanya sedikit sebelum dia tersentak hingga kepalanya terkena kepala katil.
»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«"Haduhhh!"Aku menggosok belakang kepala aku yang terhentak kuat ke belakang tadi.
Terkejut aku bila tengok Emran betul-betul dekat dengan muka aku.Haa...ni lah padahnya.Sakit weh! Rasa macam boleh hilang ingatan.Kejap..nama aku...Maira.Ok.Nasib baik tak hilang ingatan.Fuhhh..
"Weh Mai!! Kau okay tak ni? Sakit ke?"Emran segera mengalihkan tangan aku yang sedang menggosok kepala aku yang sakit.
Tangannya pula yang menggosok kepala aku.Hembusan nafas dari mulutnya itu menyerap masuk ke dalam diri aku.Sungguh aku rasa sesuatu yang lain.Rasa...selesa dilayan sebegitu.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...