Part 29

6.7K 280 14
                                    

Perasaan aku dah bercelaru.Aku buntu.Macam mana aku nak buat ni?!Si Emran ni pun sama! Memandai je pergi tukar Kelab aku.Sekarang aku nak buat apa?! Mati weh!

Serius.Aku kekok gila masuk kelab ni.Dah la diorang semua pandai main semua alat muzik.Cikgu pula selamba je suruh kitaorang main alat muzik untuk aktiviti perjumpaan hari ni.

"Maira! Jom lah join main!"pelawa Faz.Aduh Faz!

"Tak apa lah.Korang main je.Aku duduk sini.Not in the mood lah"Aku cuba mengelak.Kalau aku join pun,bukan aku boleh main.Hmph!

"Okay.Kitaorang pegi dulu okay?"Aku hanya mengangguk lalu melihat mereka berlalu ke arah studio yang di penuhi dengan alat muzik.

"Woi perempuan!"Aku tersentak.Manusia celah mana yang tak ada belajar adab ni? Nak aku tolong ajarkan balik tak?

"Kau pun masuk kelab ni ke? Ops! Layak ke kau? Kau pandai ke main alat muzik? Heh! Daripada kau masuk kelab ni,better kau pergi masuk kelab budak nerd kat sana tu! Kat sini,budak hot,kaya and of course handsome or pretty yang boleh masuk.Kau? Dah la kampung! Fesyen macam zaman jepun! Kau ni memang tak ada taste eh? Taste kau memang teruk!"

Aku yang dengar ni dah panas punggung.Tangan aku ni pun dah gatal sangat nak bagi minah ni makan penampar.Fara ni memang tak puas hati dengan aku je ke? Dengan orang lain kemain kau eh,lembut aje bercakapnya.Dengan aku? Macam aku ni Cinderella and kau Mak Tiri aku!

"Assalamualaikum Cik Nurina Farasyin.Nama kau tu memang tersangat indah.Sedap sahaja mendengar nama kau tu.Tapi..haih..malangnya perangai kau tak seindah nama kau tu.Muka? Lawa,cantik.Badan pun macam model.Tinggi? Memang sesuai nak jadi Miss Universe! Tapi sayang..mulut kau tersangat tajam.Hati kau busuk"

Haa..makanlah kata-kata ku yang bercap kaki tiga itu! Laser ke tak laser?

Fara mengetap bibir.Marah lah tu! Ceh..

"Kau tak boleh nak kutuk aku eh?! Kau tu tak layak! Taraf kau sama dengan pembantu rumah aku je.Tak ada beza!"Fara menengking.Sakit hatinya dikritik oleh gadis yang dianggap musuh ini.

What?! Orang gaji kau je taraf aku?! Haih..nasiblah aku ni kuat juga.Hati ni tak ada lah rapuh sangat.Kalau tak,dah masuk wad sakit jiwa dah sebab minah diva ni!

"Well..tak apalah Cik Fara.Mungkin Cik Fara kena tenangkan hati dan fikiran tu.Banyak hasutan yang Cik Fara kena elak.Banyakkanlah bersolat ye Cik Fara.Saya yakin.Cik Fara akan menjadi insan yang sempurna dimata Allah suatu hari kelak.Assalamualaikum"Aku terus berlalu selepas memberikan senyuman gula kepada Fara.

Sempat juga telinga aku mendengar jeritannya menyebut "Tak guna!".Whateverlah nenek kebayan!

Sedang hati aku membebel,aku tak perasan di hadapan aku ada seseorang.Dan semestinya berlaku perlanggaran.

"Sorry! Sorry sesangat tak sengaja!"Panik! Entah anak menteri mana aku pergi langgar ni! Mati aku!

"Sayang"Dia berbisik kepada aku.Dahi aku berkerut.Hati aku je..or aku memang dengar dia panggil aku sayang?

"Sayang,pandanglah sini"Aku terus mendongak.Si jejaka itu tersenyum manis kepada aku.Kalau minah lain nampak ni,confirm melting!

"Sayang minta maaf beria tu dah kenapa? Mesti tak fokus ni.Ada problem?"Emran mula berbual dengan aku secara berbisik.

Aku memutarkan bola mata aku ke atas tanda menyampah.Lalu aku menunjukkan Fara yang berada tak jauh di belakang.
Emran mengangguk.Faham? Bagus betul suami aku ni!

"Kau dah dengar ke Puan Linda cakap apa tadi?"

"Puan Linda? Tak dengar pun?"Dahi aku berkerut.

"Memanglah tak dengar kalau kau asyik bergaduh dengan minah sotong tu!"Ketawa aku meledak bila Emran panggil Fara,sotong!

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now