Aku masih tak percaya!Itu ke resolution tentang masalah ni? Kenapa mesti kahwin?
Aku baru je umur 18 tahun dan..masih lagi bersekolah! Apa pandangan orang lain nanti? Mesti diorang kata aku ni gatal nak kahwin.Baru je habis SPM dah nak berlaki,STPM pun tak lepas!
Tapi..yang paling menyeksakan aku..dia! Si Murai tu bakal suami aku?! Kenapa dia? Haruskah dia?
*Flashback*
Kak Saufa tersenyum tatkala Dato Fahri,kawan baik arwah ayah menghubunginya."Assalamualaikum uncle! Kenapa call Aufa ni? Urgent ke?"
"Waalaikumusaalam.Uncle nak bincang pasal Im dengan Maira"
"Im dengan Maira?Kenapa tiba-tiba pulak ni uncle?"
"Uncle ingat..uncle nak langsungkan majlis bulan dua ni"
"Eh? Awalnya! Saya tak cakap lagi dengan Maira.Saya takut dia terkejut"
"Uncle nak langsungkan cepat.Sebab uncle nak Im tu cepat ada rasa tanggungjawab.Nanti Im tu yang akan ambil alih company uncle"
"Nanti Aufa cuba ye uncle.Aufa cuba nasib.Harap Mai setujulah"
*End Flashback*"Mai..Mai janganlah marah akak.Kak just cakap je"Sejujurnya Kak Saufa risau.Bila dia cakap tentang kahwin,adiknya itu macam hilang arah.
"Akak..Mai rak ready lagilah akak.Mai still sekolah.Nak berdikari? Jauh lagi kak,inikan nak kahwin.Kahwin tu tanggungjawab besar kak.Mai ni masih lagi budak yang tak matang"
Kak Saufa menggosok belakang adiknya.Dia tahu adiknya itu bimbang.
"Ye..akak tahu Maira.Tapi..ini je jalan terbaik untuk Mai.Bila Mai kahwin dengan Im,Sekurang-kurangnya boleh mengelakkan maksiat bila Uncle Fahri dengan Mama Seri jaga Mai"
Aku mengeluh.Aku tahu memang tak ada jalan lain dah.Tapi..perlu ke Murai? Huh!
"Mai..Mai just tak ready.Tambah pulak majlis kahwin akan langsung bulan depan.Lagilah Mai nak kena heart attack!"Jujur aku cakap,aku memang takut.
Kecut perut aku dengar Kak Saufa ungkit pasal kahwin.Aku tak kisah jika dijaga oleh Uncle Fahri dan Mama Seri.Tapi..yang tak bolehnya..aku akan kahwin dengan Im! Ala......
"Akak pun terkejut bila dengar Uncle Fahri nak langsung bulan dua ni.Tapi,akak setuju sebab akak dengan abang kena gerak ke Paris bulan tiga nanti"
Aku terdiam.Kenapa jalan hidup aku macam ni? Haih..
"Okaylah akak.Mai..Mai setuju.Kalau perkara ni elok bagi akak,perkara ni elok bagi Mai jugak.Mai sayang akak tau!"Aku memeluk badan runcing Kak Saufa.Kak Saufa membalas pelukan ku.Aku buat semua ni hanya kerana Kak Saufa dan Abang Yad yang dah jaga aku hampir 3 tahun selepas kematian ayah.Aku sayang diorang berdua.Sekarang aku wonder..Macam manalah masa depan aku nanti?
»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«
Kahwin? Maira? Im..Maira? Suami isteri? Ya Allah..
Emran meraup mukanya.Ya.Dia mengaku memang dia ada rasa sedikit minat kepada Maira.
Wait..aku cakap aku minat dia? No! Aku just anggap dia macam Teman tapi mesra okay?
Kahwin dengan Maira bukanlah salah satu impian Emran.Tapi,kehadiran gadis itu,sedikit sebanyak mengubah warna hidupnya.
"Im.."Datin Seri tersenyum sambil memasuki bilik anak lelakinya itu
"Mama..kenapa ni?"
"Mama tahu hati anak mama ni runsing..kan?"
Emran menundukkan wajahnya.Dia tahu ibunya selalu tahu isi hatinya.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...