Part 9

7.2K 312 11
                                    

Emran menunduk sambil memakai kasut sekolahnya.Sekarang tepat jam 6.50 pagi.Dah menjadi rutinnya untuk bergerak keluar dari rumah tepat pukul 6.50.

"Im..Papa peliklah.Kenapa Im selalu jalan kaki pergi sekolah? Motor rosak ke?"Papa Emran,Datuk Fahri bertanya ketika mahu mencari kasut di rak.

Emran tersenyum.Papa tanya kenapa? Hehe..sebab Im dah ada 'matahari' dekat sekolah!

"Motor tak rosak pun.Saja je nak jalan kaki.Jalan kaki boleh buat badan sihat kan pa?"

Daruk Fahri mengangguk.Ada betulnya juga kata anak terunanya.

"Ell! Cepat la keluar! Lambat abang tinggal!"Laung Emran sebelum bergerak ke pagar hadapan.

Tergesa-gesa Ell berlari sambil membawa begnya.Dia sudah sedia tahu perangai abangnya yang tepati masa.

"Tunggulahhh!"Ell dan Emran menyalami tangan kedua ibubapanya lalu bergerak keluar.

Sepanjang perjalanan,Emran berasa aneh.Tiba-tiba dia rasa kosong.Walaupun Ell disebelahnya ini tak habis berceloteh,tapi dia rasa ada sesuatu yang kurang.Kenapa eh?

By the way..Mana Maira?
»«»«»«»«»«»«»«««»«»«
Aku melihat jam di tangan.Jam 7.00 pagi! Aku segera menyarungkan kasut.Sarapan dah aku tinggalkan.Kalau dah lambat pergi sekolah,memang sarapan pun boleh lupa.

Seusai menyalami Kak Saufa,aku berlari ke luar rumah.Sepanjang berjalan,aku berjalan laju.Kalau jalan slow? Minggu depan rasanya baru aku sampai sekolah.

Pagar sekolah! Kenapa lah pakcik ni nak tutup pagar awal sangat?! Baru je pukul....7.15 pagi?!!

»«»«»«»«»«»«»««»»«»««
Emran berasa gusar.'Matahari'nya belum lagi dia ketemu.Pelajar dalam dewan semakin ramai.Namun,tiada seorang pun yang menyerupai insan yang dia tunggu.Mana lah kau pergi ni Maira?

Tiba-tiba mata Emran tertacap pada satu tubuh yang berlari ke arah pagar.Senyuman kecil terukir.

"Pakcik! Ada budak nak masuk tu!"Segera tangan Emran menunjuk ke arah Maira yang berlari ke pagar.

"Fuh..selamat"Kata Maira sebelum meneguk sedikit air dari botol airnya.

"Selamat apebende? Nasib baik kau cepat,kalau tak..habislah kau!"

Maira menjeling ke arah Emran.Suka hati aku lah! Sibuk je Si Murai nih!

"Dah lah.Aku nak pergi dewan.Bubai!"Maira melambai tangan sebelum pergi.

Akibat asyik berjalan mengundur sambil berlambai tangan ke Emran,Maira terlanggar seseorang.Kedebuk! Punggung Maira akhirnya mencium darat.

"Aduhhhh!"Maira merungut.
Sakitnya! Gila kau tak sakit? Mau jatuh buah pinggang aku!

"Eh? Sorry Mai! Aku tak sengaja!"Bersungguh-sungguh Ayiz meminta maaf.

"Tak apalah.Biasalah tu.Setiap manusia mesti melakukan kesilapan kan?"Maira yang dari tadinya duduk,sekarang berdiri.

"Mai,kau okay ke?"tanya pula Si Murai.Nampak pulak Murai ni yang aku jatuh.

"Okay.Apa korang ni? Tak payah nak over caring sangat.Dah pergi buat kerja tu.Shuh shuh"Maira segera menghalau mereka berdua.Kalau terus macam tu,boleh jadi gosip.Dan..aku ni lah mangsa yang kena hadapi ketua fanclub Emran dan Ayiz.Tak sanggup weyh!

Emran memandang keadaan Maira yang berjalan perlahan-lahan.Ikut kan hati,mahu sahaja dia memapah Maira hingga ke dewan.Tapi,apakan daya? Dia bukannya muhrim Maira.
»«»«»«»«»«»«»«»«»»
What?! Tukar tempat?! No!!!!!!

Hari ni aku sakit hati gila dengan guru kelas aku nih! Pn.Wati suruh kitaorang tukar tempat duduk.Okay,benda tu tak mendatangkan stress pun.Tapi...dia tukar jadi 2 meja.And.....aku kena duduk sebelah burung Murai! Aghh!!

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now