Selesai membersihkan badan,aku dan Emran turun ke tingkat bawah.Sekarang dah pukul 9 pagi.
"Good Morning pengantin baru.Baru turun?"Dato Fahri pula menegur apabila kami menuju ke meja makan.
Aku hanya tersenyum.Masih kekok sebenarnya.Ye lah,hari pertama bermalam dekat rumah ni.
"Mai..Im,lambat bangun? Buat apa?"Datin Seri pula mengusik.
Buat apa? Tidur la.Apa lagi kan? Eh? Jangan-jangan mama fikir...........
No!! Memang tak okay?
"Sayang,awak nak makan apa?"
Aku tersentak.Terasa pelik pula Emran memanggil aku 'sayang'.
"Errr..mihun je lah"Sempat mata aku melirik ke arah Dato Fahti dan Datin Seri.Nampaknya mereka tersenyum.
Ooo..kau nak main game ye Im? Okay..Let's play a game!!
"Awak...awak nak makan apa?Meh saya letakkan"Aku mendekatkan diri aku ke arah Emran yang hanya ada di sebelah aku.
Lengan Emran dipaut olah tanganku.Nampak macam gedik.Tapi..apa aku kisah? Suami aku kan?
"Errr....saya pun nak mihun"
Aku mengambil pinggan Emran lalu dicedokkan mihun untuknya.Tapi,aku tak terus menberi pinggan itu kepadanya.Aku mencapai garfu lalu dicedokkan dan disuapkan ke mulut Emran.
Emran nampak tercengang.Dato Fahri dengan Datin Seri dah tersengih.Haa...kau nak main game kan? Aku pun join ler..hahaha.
»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»
Emran tercengang melihat sikap manja Maira.Serius,dia tak pernah lihat Maira macam tu.Garfu yang disuakan kepadanya di lihat.Niatnya tadi hanya untuk mengaburi mata kedua ibubapanya tapi tak sangka sampai macam ni tindak balas Maira.
Segera Emran membuka mulutnya.Garfu tadi sudah pun selamat masuk ke dalam mulutnya.Maira menguntumkan senyuman kepada Emran.Emran terkedu.Hatinya sering kali tak keruan melihat senyuman Maira.Haish!
"Sayang,look at me.Nah"Emran pula menyuakan sudu kepada Maira.Tanpa membuang masa,mereka berdua saling suap-menyuap.
Perilaku mereka itu membuatkan Ell yang baru turun berasa pelik.
"Kenapa abang dengan Kak Mai main suap-suap mama? Ell pun nak mama suap juga"Muka cemberut Ell mula kelihatan.
Maira dan Emran hanya ketawa melihat Ell.Jealous lah tu!
"Ala Ell..abang dengan Kak Mai kan husband and wife.Boleh la main suap-suap"Maira cuba memujuk satu-satunya adik iparnya itu.
"Ell suruh mama suapkan.Abang nak suap Kak Maira.Kan,sayang?"Emran pula berbicara.
Maira hanya mengangguk tanda setuju.Dalam hati,dia dah terkekek-kekek gelak.Budak kecil pun tahu jealous!
"Dahlah! Ell tak nak kawan abang hari ni!"Ell memalingkan mukanya menghadap mama.
Kami semua ketawa melihat karenah Ell itu.Haih..comel sungguh!
»«»«»«»«»«»«»»»»»«»«»«»
Aku memerhati kolam ikan di hadapanku sambil duduk di pondok.Tempat ni dah rasmi jadi tempat lepak aku dah.Aku mula memikirkan masa depan aku.Adakah Aku akan habiskan hidup aku dengan Emran? Bolehkah perasaan cinta tu hadir? Aku langsung tak ada perasaan pada Emran.Tapi..Emran,aku tak tahu.Mungkin sama saja seperti aku.
Tak mungkinlah sikap sweet dia tu menunjukkan yang dia cintakan aku?Aku tahu kami berdua kahwin atas dasar terpaksa.Dia pun mesti ada gadis impian yang mahu dia kahwini.Yang aku pasti bukan aku.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...