P.3
"Maira,nanti aku call kau tau.Jangan lupa save number aku ehh?"Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata Zana.Panggilannya kepada aku juga sudah berubah.Tapi aku tak kisah,aku lagi suka.
Zana pulang dengan bas.Faz pula menaiki motor.Aku ni balik dengan Kak Saufa lah.Siapa lagi?
"Mai,kau confirm tak nak tumpang dengan aku?"Tanya Faz untuk kesekian kalinya.
Aku menggeleng.
"Tak apa lah.Lagipun aku dah janji dengan akak aku nak tunggu dia.Karang dia cari aku nanti macam mana?"Faz mengangguk.
"Kalau macam tu,aku balik dululah.Kau jaga diri eh?"Faz terus menunggang motosikalnya dan berlalu.
Dengan rasa letihnya,aku berjalan perlahan-lahan menuju ke bus stop yang berada di hadapan sekolah.Aku duduk di atas palang yang panjang itu.
Ahhh!!Leganya!Macam-macam jadi dekat aku first day ni.Haih! Tak apalah!Kenangan terindah.Hahaha.
Tiba-tiba aku rasa ada orang yang duduk disebelahku.Bukanlah rapat tetapi hampir dengan aku.
"Hai,Maira"Dia menegurku.Aku meneguk liur.Aku tak suka betul rasa takut macam ni! Macam mana sekali pun aku buat,aku still tak ada sifat berani!
Aku pusing perlahan-lahan menoleh ke arah suara garau tadi.Nampaknya hanya ada Emran yang tersengih melihat ku.Ya Allah! Sakit jantung aku!
"Hai,Emran"Sengaja aku memanggil namanya yang sebenar.Pelik juga panggil dia Emran.Tapi,saja je nak try.Tak salah kan?
Emran tersentak.Dia panggil aku Emran?
"Panggil aku Im je.Kau buat apa dekat sini?"
Mahu je aku tergelak apabila dia mahu aku memanggilnya Im.Whateverlah Immurai!
"Buat apa? Buat teh,jual rojak.Tak nampak ke?"Geram pula aku dengan Si Emran ni.Dah tahu aku duduk kat sini,mestilah aku tengah tunggu someone.Huh!
"Kau ni kelakarlah!"Dia ketawa mendengar jenaka aku yang agak hambar.Dia ni sakit ke apa?
"Kau tunggu siapa ni?"Aku cuba berkomunikasi dengan Emran.Yelah,dah berkomunikasi dengan murai.Memanglah susah sikit.Harap dia faham cakap manusia.Haha.
"Aku tunggu papa aku.Kau tunggu ayah kau ambil ke?"
Pertanyaan Emran membuatkan hati aku tersentuh.Kenangan aku bersama ayah masih jelas diingatanku.Aku teringat lagi apabila ayah mengambil ku pulang dari sekolah.Walaupun arwah ayah bergaji besar,dia tidak pernah mengabaikan aku.Walaupun,ayah merupakan usahawan terkenal,family tetap jadi nombor satu baginya.
Air mata aku mula mengalir.Setitik demi setitik air mata jatuh pada permukaan tudung sekolahku.Aku tak tahu kenapa aku menangis.Yang aku pasti,aku rindukan ayah.
"Ehh? Kenapa kau nangis ni?"Emran mula panik.Dia segera mengeluarkan sapu tangan dari poketnya lalu diserahkan kepada aku.
Aku menyambutnya.Air mata ku disapu perlahan-lahan.Malu pula kerana aku menangis di hadapan Emran!
"Kenapa kau nangis?"
"Ayah aku dah tak ada"
Emran tersentak.Perasaan bersalah memenuhi setiap ruang di hatinya.
"Sorry..aku tak tahu"
Aku tersenyum pahit.
"It's okay.Kau tak salah pun.Lagipun kau tak tahu apa-apa"aku tersenyum manis kepada Emran.Aku pun tak tahu kenapa aku berbuat sebegitu.Gembira mungkin?
Emran terkejut.Dia senyum dekat aku? Ya Allah! Manisnya senyuman kau!
"Im..thanks tau pasal tadi"
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...