Aku bersiap untuk ke perkuburan tempat ayah disemadikan.Dah lama aku tak jejak kaki di situ.Kali terakhir ialah sewaktu hari raya tahun lepas.
Aku memakai baju kurung berwarna putih pemberian ayah.Baju yang dulunya ayah beli.tetapi terlalu besar bagi badanku ketika aku di tingkatan satu.Tak sangka badan aku muat dengan baju ini apabila aku menginjak 18 tahun!
"Mai..siap dah?"Emran tersenyum manis kepadaku.Selepas sesi luahan perasaan itu,aku semakin berasa selesa bersama Emran.
Ibarat ada beban di bahu ku yang dah pun terhapus.Aku lega kerana tak perlu berperang dengan perasaan aku sendiri.Aku mengangguk sambil tersenyum.Dia menghulurkan tangan kepada aku.Aku menyambutnya dengan lembut.
"Kau yang drive kan?"Aku bertanya.
"Tak lah..Kau lah! Aku mana tau kubur ayah dekat mana?"Aku membuntangkan mata.Aku?!'Drive?!
Aku mencubit lengannya.Sakit pula hati tengok dia gelakkan aku selepas aku membuntangkan mata.Aku tau lah aku cute!'Acececech!
"Taklah sayang.Mestilah aku! Kau ni pun..Kalau kau drive,alamatnya umur aku tak panjang.Pastu senang lah kau jadi janda muda kan? Baru je confess dah ada plan nak jadi janda!"Emran ketawa lagi.
Aku dah muncung.Sakitnya hati! Kalau ada kayu,dah lama aku ketuk dia ni! Eh? Tu suamimu lah Maira! Suami kau yang kaucinta!
Emran perasan Maira mula merajuk.Emran tak kisah Maira merajuk banyak kali pun.Dia tak jemu nak memujuk gadis kesayangannya itu.
"Alo..merajuk ke sayang? Janganlah merajuk.Meh nak kiss sikit"Emran mencium pipi kanan Maira membuatkan gadis itu tersentak.Senyuman nakal terukir.Maira,Maira..Kau ni memang penghibur hati aku!
Aku menjeling Emran.Sukalah tu aku blushing macam ni! Hish!
"Nak masuk keretalah! Nanti lambat jumpa ayah!"Aku melangkah ke arah kereta selepas mengunci rumah.
Emran mengekori aku.Aku perasaan dari tadi dia tersenyum.Cis! Kurang asam punya suami!
Emran memandu ke arah perkuburan yang menempatkan arwah ayah Maira.Maira pula excited nak bertemu ayah.Sepanjang perjalanan,Maira asyik termenung,membuatkan Emran berasa pelik.
"Maira,kau kenapa diam je? Tak sudi ke nak berbual dengan aku?"Emran mula bersuara.Tak suka pujaan hatinya itu diam membisu.
"Eh? Tak ada lah.Teringat dekat ayah je.Dulu aku asyik berangan je ayah yang akan nikahkan aku bila aku kahwin nanti.Tapi..manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan"Emran tersenyum mendengar kata-kata Maira.Matang!
Walaupun Maira seorang yang manja dan mengada tetapi ada sesuatu perkara yang dia matang.Bangga pulak jadi suami kepada Humaira Sufiyana! Hehe.
Sampai sahaja di perkuburan,Mereka berdua mencari batu nisan yang bertulis nama ayah Maira.
"Sayang! Yang ni ke?"Emran menunjukkan sebuah kubur dengan nama arwah ayah Maira.
Maira tersenyum lalu mengangguk.Dia berjalan perlahan-lahan ke arah suaminya.Tikar dibentang lalu dibacakan surah Yassin agar ayahnya sentiasa dirahmati oleh Allah.
Selesai membaca Surah Yassin,Maira membersihkan kubur itu.Emran juga tidak melepaskan peluang membersihkan kubur ayah mertuanya.
"Assalamualaikum ayah.Ni Maira datang dengan suami Mai.Mai nak jenguk ayah.Dah lama tak jenguk ayah.Mesti ayah rindu Mai kan?"Air mata mula bergenang di tubir mata gadis itu.
"Mai dah kahwin dah ayah.Ni suami Mai.Emran Fakrimi.Mungkin ayah tak kenal dia.Mai selalu rindu dekat ayah.Mai rindu nak berbual dengan ayah.Menyanyi dengan ayah.Makan nasi lemak waktu pagi dengan ayah.Dah 3 tahun,...3 tahun Maira tak rasa semua tu"Air mata yang ditahan dari tadi mengalir jua.Dia tak mampu mengeraskan ego di hadapan kubur ayahnya.
Emran memeluk bahu isterinya.Isterinya itu masih lagi bersedih.
"Kak Saufa dah pergi Paris.Dia nak jaga company ayah.Mai bangga dengan dia.Mai tahu mesti ayah pun bangga dengan Kak Saufa kan?"
Tiba-tiba awan menjadi hitam.Guruh mula berdentum.Ada titisan air yang jatuh ke tanah.
"Ayah,Mai dengan Im balik dulu ye? Rasa macam nak hujan ni.Nanti kami berdua melawat ayah lagi.Assalamualaikum ayah"Maira terus bangun bersama Emran.
Sempat dia mengusap batu nisan itu.Tikar tadi sudah digulung laju oleh Emran.Bahu Maira diraih lalu menuju ke kereta kerana hujan kian lebat.
Selamat tinggal ayah..Maira mesti akan selalu rindu ayah..
Haduh! Ni lah padahnya kalau bukan otak Mathematics! Segala kerja sekolah bukannya boleh buat sambil petik jari je!
Aku dah buntu.Macam mana nak buat eh? Cikgu ni pun satu! Saja je bagi latihan banyak-banyak! Aku menjeling ke arah Emran.Nampaknya Emran juga sedang membuat latihan Mathematics.Hehe..Peluang dah ada depan mata!
"Im..."Panggil Aku sambil meleretkan suaranya.
Emran terus memalingkan wajah ke arah aku.Amboi! Pantasnya tindak balas!
"Kau dapat tak jawapan soalan ni?"Aku menunjukkan kertas soalan itu.Bukan satu soalan je.Satu muka surat tu pun aku tak dapat buat!
"Dapat"Simple je dia punya jawapan.
"Tolonglah ajar.Please.."Aku.mengelipkan kelopak mata aku berkali-kali.Harap dia cair lahh.
"Yang kau ni dah kenapa? Nak aku tolong ajar,cakap je lah.Tak payah nak buat muka comel tu"Emran menggelengkan kepalanya.
Aku tersengih.Comel? Rasa macam badut tau tak?!
Tanpa membuang masa,Emran mengajar satu setiap soalan yang ada di situ.Aku mendengar dan menyalin sahaja jalan kiranya.Selebihnya aku dah melayang pergi tempat lain dah.Mengantuknya! Apa yang Emran ajar memang tak masuk pun otak ni.Dia masuk pastu keluar balik!
"Faham dah sayang?"tanya Emran tanpa melihat wajah Maira.
"Faham ke tak Cik Humaira?"Emran menoleh ke sebelahnya.Cis! Tidur rupanya.Buat penat je aku explain A sampai Z.Haih..Nasib aku sayang.Ahaks!
Peluang ini Emran gunakan untuk menilik wajah Maira.Boleh pulak dia lentok atas meja belajar ni? Rambut Maira yang menutup sedikit wajah Maira diselakkan lalu disangkut ke telinga.Cermin mata yang Maira pakai membuatkan dia nampak comel di mata Emran.Perlahan-lahan cermin mata itu di cabut lalu disimpan di dalam bekas.
Emran menongkatkan dagu lalu merenung wajah gadis di hadapannya itu.Lena betul tidur si tuan puteri ni.
"Maira,Maira..Kenapalah aku tak confess perasaan aku awal-awal dekat kau? Kalau tak,mesti kita dah bahagia dah.Haih..Aku yakin aku cintakan kau.Terima kasih sebab sayangkan aku.Aku sayang kau lagi banyak dari kau sayang aku.Aku cintakan kau.I love you Maira.You are my life.I really love you sayang"Emran meluahkan apa yang dia rasa.Walaupun dia pasti Maira tak dapat mendengarnya.Dia tahu.Maira dah mencuri hatinya sejak hari pertama persekolahan lagi!
Aku terpempan.Mendengar pengakuan Emran buatkan aku mahu menjerit.Aku belum lena lagi sebenarnya!
Dengan berani aku membuka mata lalu aku memeluk insan yang bernama suami di hadapan aku ni.Nampaknya dia terkejut.
Emran terkejut melihat Maira memeluknya secara tiba-tiba.Bukan ke tadi dia dah tidur? Ke dia pura-pura tidur? Maknanya dia dah dengar?!
"Aku sayang kau Im! Terima kasih sebab bagi aku keyakinan untuk sayang orang semula.Aku percaya kau jodoh aku.You are my life too.You are the apple of my eye! I love you husband!"Ucap aku lalu mencium pipi kirinya.
Emran tersenyum mendengar pengakuan aku.Aku pasti dia dah miliki sepenuhnya hati aku.Hati aku yang keras untuk sayang dan cintakan orang.Dia.Emran.Dia yang dah buatkan aku kambali kepada diriku yang asal.
Emran meraih tangan aku lalu dia merenung sedalam-dalamnya mata aku.Malunya!!
"I love you Humaira Sufiyana"
"I love you too Emran Fakrimi"
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...