Aku membuka laptop aku yang dihadiahkan oleh Kak Saufa pada tahun lepas selepas SPM.Laptop Asus berwarna merah itu dah aku anggap macam nyawa aku dah.Segala rahsia aku ada di dalamnya.Jangan curi baca tau?
Di muka hadapan laptop itu terpampang gambar kami satu keluarga tanpa Abang Yad.Ya..gambar ni yang aku paling suka.Gambar kami semua tersenyum ceria.
Tiba-tiba aku mula terfikir.Patut kah aku terus menyalahi ibu tentang kematian ayah?Perlu ke aku berdendam dengan dia? Betul kata Emran..sedang Nabi Muhammad juga ampunkan umat..
Klink!
Tiba-tiba bunyi telefon menandakan ada mesej berbunyi.
"Woi Mai! Kau pergi mana hah? Tak reti-reti nak angkat call ke?"-Immurai.
Call? Bila pulak dia call aku? Aku menepuk dahi aku sendiri.Lupa pulak aku pergi silent phone.Hehe.
"Aku silent phone lah.Sowwi ler.Hehe"-Maira.
Aku hanya tersengih melihat blueticks yang ditinggalkan oleh Emran.Sentap lah tu! Heh,malas aku nak layan kau!
Aku menutup telefon lalu membuka laman web Kshowonline.com.Biasanya aku selalu menonton rancangan korea di laman ini sahaja.
Malam ni aku memilih untuk menonton Running Man.Dah lama tak tengok Monday Couple.Hahaha!
Kerja sekolah dah lama aku siapkan.Minggu depan sekolah akan bercuti selama seminggu.Sengaja aku menyiapkan kerja sekolah pada hari ini juga.Dah itu memang sikap aku okay?Kerja yang patut buat seminggu,aku pergi siapkan dalam sehari juga.Aku bukan nak tunjuk terpelajar tapi..kalau tangguhkan takut nanti terlupa pula kerja mana nak kena buat.Lepastu terlupa macam mana jalan kira.Kan susah...
Majlis nikah akan berlangsung pada selasa minggu hadapan.Mulai esok aku akan busy memanjang.So,apa kata kita gunakan masa yang ada untuk luangkan masa-masa terakhir sebagai bujang.Huhu.
Baby,
you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground
it is hard to tell
You don't know..You don't know your beautiful~Lagu What Makes You Beautiful by One Direction bergema di bilik itu.Maira melihat nama yang tertera di skrin.
Hish! Aku hempuk jugak mamat ni karang! Spoil je!
"Hello.Assalamualaikum.Nak apa?"
"Hello.Waalaikumussalam.Nak kau lah"
"Hish kau ni! Kalau call setakat nak sakit kan hati aku,baik tak payah!"Aku muka meninggikan suara.Murai kan tak faham bahasa manusia!
"Ala..aku baru je usik sikit dah naik marah.Aku nak borak dengan kau lah.Boring ni tahu?"
Aku mengeluh.Kenal sangat dah Emran ni.
"Amboi..Bila bosan cari aku,bila happy lupakan aku.Fine ah macam ni."Sengaja aku uji Emran ni.Hahhaha! Kejam ke? Tak rasanya!
"Ala..sayang merajuk ke? Meh saya pujuk okay? Janganlah merajuk.Nanti melepaslah saya.."
"Melepas? Means?"
"Melepaslah nak merasa malam pertama!"Sejurus itu ketawa Emran memenuhi teling aku.
Kurang ajar punya murai! Aku yang naik bahang kau tahu? Iee!!!
"Im!!!!!!!!! Malas lah aku layan kau! Bye!"Terus punat berwarna merah aku tekan.Makin dilayan,makin menjadi-jadi mamat ni!
Aku pun mula menonton Running man yang tergantung tadi.Hilanglah sikit sakit hati aku ni!
Tok! Tok! Tok!
Hah? Sudah...Tadi Emran.Sekarang? Huh!
Aku membuka pintu itu.Kak Saufa melihat muka aku lalu tersenyum kelat.
"Kenapa kak?"
"Err..Mak Ngah dengan Pak Ngah datang.Si kembar pun ikut"Mata aku terbeliak.What?!
Aku terus mengambil tudung lalu disarungkan ke kepala ku yang terdedah.Aku mengekori Kak Saufa turun ke tingkat bawah.
Dari tangga aku tengok si kembar tu dah tengok aku dengan senyuman sinis.Heh!
Aku menyalami tangan Mak Ngah dan Pak Ngah dengan senyuman tak berapa manis.Nak menhalau? Tapi..mak dan bapa sedara kut.Nak mengalukan? Macam tak layak pula untuk mereka yang dah layan aku macam Cinderella nih!
"Dah besar rupanya Maira ni..Hari tu last tengok waktu form 3 je"Aku hanya tersenyum kelat lalu berlalu ke dapur.
"Akak..kenapa diorang ada dekat sini?"Aku bertanya dengan separa berbisik.
"Manalah akak tahu! Tapi..diorang datang sebab Maira"
"Hah? Kenapa pula?"
Kak Saufa mengangkat bahu.Dia juga tak tahu niat Pak Ngah dan Mak Ngah yang sebenarnya.Setelah selesai membancuh minuman,Aku membawa jag air laici itu ke meja di depan tetamu.
Aku terpaksa duduk di sebelah kembar yang dah menjeling kepada aku.Aku terpaksa okay?!
"Dengar kata,Mai nak kahwin.Betul ke?"Mak Ngah memulakan bicaranya.
Gulp! Alamak! Macam mana dia tahu ni?Matilah aku! Nak jawab apa dekat Mak Tiri Jahat ni?!
"Err..Haah.Jemputlah datang nanti ye?"Aku menjegil mata Kak Saufa.Kenapa jemput dia?! No way!!!
"Tak sangka kau ni gatal kan? Baru je habis SPM terus nak bersuami"Sinis sahaja Adel,si kakak berkata.
Aku hanya menjeling dia.Dengan pakaian yang menampakkan perutnya disertakan juga jeans yang koyak.Haih..buat dosa he kau ni.Mulut pun sama.Banyak sampah dari permata!
"Eh,Adel.No lah.Mesti dia desperate sangat.Yelah,tak ada orang minat.Or..Sebenarnya dah hilang dara! Macam mak dia.Eh? Ops!"Rosel dengan gaya gediknya menutup mulut seperti terlepas cakap yang dibuat-buat.
Adik dengan kakak sama je! Sakit hati aku apabila mereka menuduh ibu sebegitu.Walaupun aku masih lagi belum menerima ibu,tapi aku sebagai anaknya juga pasti merasa tempias!
"Tak lah Twins.Aku ni sebenarnya..ish tak nak lah cakap besar kan? Tapi..sebenarnya terlalu ramai peminat aku kat sekolah tu.Satu...dua..Eh? Memang tak terkira bilangan dia.Semua tu merayu melutut nak dekat aku.Tapi..aku tolak.Ye lah,dah nak kahwin.Kena lah jaga diri kan? Sekurang-kurangnya bakal suami aku ni tak pandang orang kaya yang tak ada duit.Orang kaya tak ada duit tu orang yang kaya tapi tak pakai baju cukup kain.Nak tunjuk aurat buat apa? Tambah dosa kan? Hish! Tak sanggup aku nak biar api neraka tu mamah badan aku!"Selesai sahaja sesi 'brainwash' dengan aku,aku tersenyum sinis kepada mereka..
Ingat aku ni lembab ke? Ingat aku ni nak turut je kata korang? Sorry guys! Maira yang dulu dah hilang!
Adel dan Rosel menjeling tajam kepada aku.Terasalah tu! Hahaha! Insaf lah nak!
»«»«»«»»«»«»«»«»«»«»«»«
Ayiz melihat kad jemputan kahwin yang diberikan oleh Dato Fahri aka Pak Long nya."Emran Fakrimi Bin Fahri Azhar
love
Humaira Sufiyana Binti Kamil Irsyat"Ayiz mula merasa hati nya panas.Melihat nama yang tertera itu membuatkan hati dia rasa marah.
Dia cintakan gadis itu sepenuh hatinya sejak pertama kali dia bertemu gadis itu di hari pertama sekolah.Namun,Si Emran yang seperti patung itu juga yang dipilihnya.Kenapa? Perlu ke dia? Kenapa tak pilih aku ni? Aku lebih sesuai lah Maira!
"Im..my cousin.Ready for a war.Aku akan pastikan kau menyesal kahwin dengan Maira.Dan..of course,kau akan lepaskan Maira dan serahkan kepada aku.Maira...kau milik aku tak kira apa pun!"
Dalam diam,Ayiz mahu merobohkan masjid yang bakal dibina oleh sepupunya.Hatinya sudah dirasuk oleh syaitan dengan hasad dengki!
_______________________________
Haiyo!! Ayiz pulak nak kacau ketenangan writer! Hish! Ketuk guna senduk karang!So,Ayiz ada hati dekat Maira? Adakah Ayiz berjaya memiliki Maira?
Ha..tunggu lah saya update nanti ye? Love ya #ASKS readers!
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...