Aku hanya merenung lantai.Segala bebelan papa dan mama aku endahkan.Aku tahu papa dan mama marah dengan keputusan aku yang bertindak melulu.
"Ya Allah Im! Lain kali setiap masalah kena ada perbincangan.Jangan main serang je!"Aku masih memandang lantai.Telinga aku sudah tepu mendengar nasihat daripada dua orang tua aku ini.
Bzz..Bzzz
Telefon aku bergetar.Aku lihat nama yang tertera.Melly?
Selepas meminta izin papa dan mama,aku duduk di tepi kolam.Tempat di mana isteri aku selalu menghabiskan waktu.Aku rindu..
"Hello?"
"Hello Im! I need to see you now!"
"Why?"
"I tahu you dah salah faham.Maira tak bersalah!"
"Apa you cakap ni?!"
"I ada bukti.See you at Cafe Murni"talian segera dimatikan.
Maira tak bersalah? Bukti?
P.O.V Maira
Aku segera memasuki rumah teres dua tingkat ini.Rumah yang dihuni oleh orang yang aku sayangi. Faz bersetuju untuk aku tinggal di rumah ini untuk sementara waktu."Assalamualaikum! Ibu!"Hanya dengan sekali salam,ibu sudah pun membuka pagar untukku.
"Ya Allah! Maira!"Ibu memeluk dan mencium pipiku dengan kuat ibarat tak mahu melepaskan aku.Aku membalas pelukan ibu disertakan dengan tangisan air mata.
"Kenapa menangis ni,sayang?"Ibu mengelap air mata aku yang mengalir deras.Aku bersyukur masih dikurniakan kasih sayang seorang ibu walaupun kasih sayang seorang suami sudah semakin pudar.
"Emran,bu..Dia dah tak sayang Mai! Mai benci dia bu!"Melihat keadaan aku yang semakin hilang kawalan,ibu membawa aku masuk ke rumahnya.
Rumah ibu taklah sebesar rumah Emran dan arwah ayah.Namun,aku bersyukur mendapat tempat untuk bergantung.Aku menceritakan segala yang terjadi kepada ibu.Aku sudah tak mampu memendam lagi.
"Sabarlah,Maira.Ibu tahu kamu masih kuat.Allah nak duga rumahtangga kamu sahaja"Aku menangis di bahu ibu sementara ibu menggosok belakang badan aku.Aku rindu belaian ibu.Aku rindu ayah..
"Buat masa sekarang,Maira duduklah dekat sini dulu.Ibu pun duduk seorang sebab Abang Faiz kamu tu outstation ke England"Aku terdiam.Abang Faiz?!
P.O.V Melly
Aku menunggu Emran di Cafe itu.Aku perlu membongkarkan rahsia Fara kepada dia.Fara sudah melampau! Aku tak mahu rumahtangga seseorang musnah akibat plan durjana Fara dan Ayiz!Sejak Fara dan Ayiz bersama,Fara semakin liar.Aku pun dia tak endahkan.Setiap malam,dia akan ke kelab malam bersama Ayiz.Aku selalu terserempak dengannya dalam keadaan mabuk apabila pulang ke rumah.Maklumlah rumah aku dan rumah dia tak jauh.
Amira? Aku lihat dia semakin rapat dengan Emran.Aku pun tak tahu apa niatnya yang sebenar.Aku tak tahu sama ada dia berniat baik atau jahat seperti Fara.
Aku tak tahu kenapa aku mahu menolong Maira.Sedangkan aku punya perangai 2kali 5 sahaja dengan Fara.Hati aku terdetik mahu menceritakan hal sebenar.Aku juga pernah terfikir untuk memakai hijab setelah mendengar ceramah tentang menutup aurat di sekolah tempoh hari.Aku harap ini permulaan aku untuk memulakan hidup baru.
"Melly"Aku mendongak.Orang yang aku tunggu sudah pun muncul.
"Duduklah Im"Setelah Emran duduk,aku terus bersuara.
"I rasa I kena bagitahu You tentang perkara ni.I taknak you bergaduh dengan Maira"Melihat Emran yang berkerut di dahi itu,aku mengeluarkan iphone 6 gold aku.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...