Hai guys! Ni lah part 14 yang sebenar.Sorry atas kecuaian saya.Huhu..(frust menonggeng)
So,harap korang boleh maafkan and have fun dengan part ni. Nah part 14 untuk korang!Faz memandang ke hadapan.Pandangannya berkalih kepada Zana pula.Zana hanya mengangkat bahu.Faz masih lagi merenung mereka berdua.
Apa hubungan mereka berdua ni?
"Zana..kau rasakan..apa hubungan diorang dua ni eh?"Zana memandang ke arah Faz.Sekarang ni waktu Mathematics tapi Cikgu Laila tak datang.So,kerja kelas ni membuat bising lah!
"Entahlah.Aku pun pelik juga.Dah hampir satu bulan dah kita sekolah tapi..kenapa diorang macam ada sorok something?"Tak dinafikan.Zana juga merasai apa yang Faz rasa.
"Semalam..aku nampak diorang dua dekat butik"Faz mula membongkar rahsia.Memori yang terjadi semalam,terngiang di kepalanya.
"Butik? Buat apa kat sana? Beli baju?"Zana seperti tidak sabar.Butik? Pelik.
"Yup.Tapi..ni bukan butik biasa-biasa tau! Butik Pengantin!"
"What?!"Cepat-cepat mulut Zana ditutup oleh tangan Faz.Matanya melilau melihat sekeliling.Fuh..nasib baik tak ada orang perasan.
"Kau ni cakap slow sikit boleh tak?"Zana hanya tersengih kecil.
"Sorry.So..kau rasa..diorang ada affair ke?"Zana menduga.Serius,dia juga rasa curiga melihat setiap masa dan saat pasti Maira berdekatan dengan Emran.
"Aku rasakan..ya.Tapi,kita tak boleh bagi kesimpulan sendiri.Haih..tak apalah.Nanti bila Mai dah ready,dia bagitaulah kita.Maybe diorang dua cousin ke kan?"Faz mula bersikap positif.Walaupun banyak negatif yang hadir,tapi dia mahu jauhkannya.Dia dah kenal Emran dari sekolah rendah lagi.Tak mungkin Emran ada affair tanpa bagitahu dia.Sewaktu kenangan dulu pun...eh? tak apalah.
Zana hanya mengangguk tanda bersetuju.Dia tahu Maira itu macam mana.Dia pasti Maira akan bercerita juga suatu hari nanti.
»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«
Aku penat.Serius penat.Ni semua sebab penat semalam.Ada ke Emran ni ajak aku hangout sampai pukul 12 malam baru balik rumah?Aku ingatkan balik,Kak Saufa marah.Tapi Kak saufa suka?! Dia gelak je bila tahu Emran saja bawak aku jalan-jalan.Dulu,Kalau aku balik lewat pukul 9 malam pun Kak Saufa dah angin satu badan inikan balik pukul 12 malam.Tapi,dengar je Emran terus Kak Saufa sejuk hati.Hish! Jealous pulak aku dengan mamat ni!Bangun je pagi ni memang mengantuk gila ah!Nasib baik waktu first cikgu tak ada,boleh lah nak tidur kejap.Awak-awak jangan kacau kita tidur tau?
Perlahan-lahan tangan aku letak di atas meja lalu aku letak kepala aku diatas tangan aku pula.Aku mengiringkan kepala aku menghadap tingkap dan tempat duduk Emran.Kalau aku menghadap sebaliknya,nanti habis muka aku kena hadap muka Fara tuh! Huh!
Makin lama. suara orang sekeliling makin perlahan dan akhirnya tiada lagi suara.Aku terlena dibuai mimpi.
»«»«»«»«««»«»«»«»««
Emran hanya melihat ke arah tingkap.Bunyi burung berkicauan itu membuatkan dirinya berasa nyaman.Dia berpusing ke sebelah.Keningnya terangkat.Senyuman terukir di bibir nipis milik Emran itu.Wajah gadis yang lena itu ditatap tanpa jemu.
Wajahnya putih tanpa sebarang kesan atau parut.Hidungnya yang mancung itu membuat hati Emran tak keruan.Bibir mungil gadis kecil dihadapannya ini membuatkan jantungnya berdegup tidak seiringan.
Sungguh Maira tersangat comel ketika tidur.Keadaannya yang betul-betul lena itu tersangat neutral.Tiba-tiba timbul niat nakal mahu mengenakan gadis ini.Hehe.
Dengan pantas,tangan Emran menepuk meja Maira dengan kuat.
"Oh mak kau!"Terkekek-kekek Emran gelak mendengar Maira melatah.Tak sangka minah bajet kuat ni melatah juga.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...