Hari ni sudah genap seminggu aku bergelar pelajar tingkatan 6.First impression is mestilah bangga.Sebab kita senior dalam sekolah itu! Ahaks!
Tapi kedua,rasa malu.Sebab kawan-kawan kita semua masuk U,tapi kita still pakai uniform sekolah lagi.Huh! Hari tu aku pernah stalk instagram Liya.Dia dapat masuk UITM Shah Alam.Gila kau tak jealous! Tapi dia dah kurang contact dah dengan aku.Mestilah dia dah ada kawan baru kan?Huhu.
Hari ni aku pergi sekolah jalan kaki.Sebab hari ni Kak Saufa demam,so tak dapatlah dia nak hantar aku.Abang Yad pun tak pergi kerja sebab nak jaga Kak Saufa.Kesian Kak Saufa sampai muntah-muntah.Tapi rasa sweet pula diorang dua ni.Yelah,isteri sakit,tapi suami berkorban waktu kerja.Owhh!!!
Aku tak kisah jalan kaki.Lagipun sekolah dengan rumah Kak Saufa memang tak jauh pun.Jalan kaki boleh sampai dah.
Aku melihat jam di tangan.
7.20 pagi?!!
Matilah! Dah lah pagar tutup pukul 7.25 pagi! Dari berjalan,aku mula berlari.Alamak,tak boleh jadi ni!
Aku terus berlari pecut.Aku bernasib baik sebab sampai waktu pakcik guard nak tutup pagar.
"Pakcik tunggu!!"Aku dah tak kisah orang nak pandang aku ke apa,janji aku masuk sekolah.
Selepas melangkah ke dalam sekolah,aku meneguk sedikit air dari botol air yang aku pegang.Hah! Lega rasanya..
"Woi! Apa hal kau datang lambat pula hari ni?"
Terkejut aku apabila ditegur oleh murai bertopengkan manusia.
Emran berada di sebelah aku.Sejak bila dia ada kat situ pun,aku tak tau."Aku jalan kaki lah"Aku membalas kata-katanya sambil berjalan beriringan dengan Emran.
"Aik? Bukan biasanya Kak Saufa yang hantar kau?"
"Kak Saufa demam.Aku volunteer jalan kaki.Ala..bukan jauh pun rumah Kak Saufa tu.Jalan kaki pun dah sampai.Kau jaga pagar ke?"
"Ouh..haah.Baru je nak tulis nama kau datang lambat,tapi sebab alasan munasabah,kau terlepas.Hehe"
Aku mencebik.Tapi nasib baik dia tak tulis nama aku,kalau tak..habislah aku kena denda!
Sampai sahaja di dewan,aku menyelit di antara pelajar-pelajar dan akhirnya sampai di kelas 6 Intan.Emran pula sudah duduk di kerusi yang khas untuk pengawas-pengawas.
"Kenapa kau lambat?"Zana bertanya kepadaku.
"Nantilah aku cerita"Aku segera berdiri tegak dan berdiam diri apabila mata guru disiplin itu memandang tepat ke arah muka aku.Seram weh!
Selepas menyanyikan lagu negaraku,lagu negeri selangor dan lagu sekolah,kami dibenarkan untuk duduk.
Sekarang giliran guru bertugas melaporkan disiplin murid pada minggu lepas.
"Okay murid! Saya ada beberapa pengumuman! Pada hari jumaat ini,sekolah kita akan mengadakan acara merentas desa.Disebabkan sekeliling sekolah kita ni banyak taman perumahan,kita akan merentas desa di lorong-lorong taman sahaja.Penyertaan adalah wajib.Sesiapa yang ada penyakit boleh memberitahu guru rumah sukan masing-masing.Pakaian ialah baju rumah sukan.Bagi pelajar baru dan tingkatan 6,sila tunggu di dewan selepas perhimpunan"
Aku mendengar dengan teliti pesanan guru itu.Tingkatan 6 tunggu sini.Aku mula dengar rakan-rakan sekelas ku berbisik.Kebanyakannya pelajar dari group "Cacing" tu.
Kalau korang nak tahu,dalam kelas aku ni ada 4 orang gadis yang lembiknya mengalahkan sotong,gediknya macam gamat tahu?!Bila gelak macam langsuir! Ramai orang menggelarkan mereka "Hot Gurls" sebab diorang tu hot sangat(menyampah).
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...