Faz dan Zana memecut laju ke rumah Humaira.Namun,dalam perjalanan mereka bertemu dengan Fuad.
"Eh? Faz? Zana? Buat apa dekat sini?"Fuad menegur.
"Kau pulak buat apa dekat sini?"Faz memberhentikan motorsikalnya di tepi taman itu.
"Aku nak pergi rumah Maira.Mak aku suruh bagi lauk dekat Maira"Sebenarnya itu bohongan semata-mata.Ibu Fuad tidak pernah mengenali gadis bernama Maira.Spaghetti Carbonara yang dia bawa itu,Fuad masak sendiri.Dan dia mahu memberikannya kepada Maira.Harap Maira suka.
"Ouh..kitaorang pun nak pergi rumah Maira.Nak bagitahu something dekat dia.Tapi..tak surelah mana satu rumah dia"Zana mengadu kepada Fuad.
"Tak apa.Jom aku tunjuk jalan"Fuad menaiki motosikal lalu menunggangnya.
Sampai sahaja di hadapan rumah agam yang besar itu,Fuad menekan loceng.
"Assalamualaikum!"
Emran tersentak.Maira terdiam.Ada dengar bunyi something tak?
"Kau dengar ada orang bagi salam tak?"Emran mengangguk.
"Biar aku pergi buka"Maira mempelawa diri.Sudah pun dia berdiri,tiba-tiba Emran menghalang.
"Takpa.Biar aku pergi tengok.Karang ada penculik karang,kan susah!"Emran berdiri.
"Iee! Mulut tu celopar betul!"
"Mulut suami kau juga"Emran mengenyitkan matanya sebelum berlalu.Maira mendengus perlahan.
"Waalaikumussalam"
Fuad melihat gerangan yang membalas salamnya itu.
Matanya terbeliak.Rahangnya hampir jatuh.Lidah terkelu.Bukan Fuad sahaja,begitu juga Faz dan Zana.
"Emran?!"Serentak tiga orang itu menjerit.
Maira menghidangkan air dengan senyum pura-pura.Dalam otak hanya pikir "Mati aku!".
"Now,tell me Maira.Apa hubungan kau dengan Im?!"Lantang Faz bersuara.Zana di sisinya menggosok sedikit bahu Faz.
"Err..Emran dia...dia.."Tergagap-gagap Maira mahu berhadapan dengan sahabatnya itu.Dua orang jejaka itu hanya diam tak berkutik.
"Dia apa Maira?!"
"Dia suami aku!"
"What?!!"Tiga orang remaja itu serentak menjerit.Hish! Diorang ni nak buat coral speaking ke?
"Kenapa kau tak bagitahu kitaorang Mai?"Zana akhirnya bersuara.Tak sangka jejaka yang diminati ramai ini sudah dimiliki oleh rakannya sendiri.
"Ok..first of all,aku nak minta maaf sebab tak bagitahu kau berdua.Aku tak nak benda ni kacau aku untuk study.Lagipun,Im dengan aku kahwin atas sebab tertentu"Maira menunduk ke bawah.Tentu rakannya terasa hati.Pasti.
Setelah mereka berdua.menceritakan hal sebenar.Faz bersuara.
"Tak sangka.Kau tahu tak? Sanggup tak jemput aku kenduri? Aku nak makan nasi minyak kenduri kau juga!"Faz berkata sambil ketawa kecil.Dia tak mahu perkara ini terus serius.Dia tak mahu berlaku drama antara mereka.
Maira terkejut.Faz tak marah? Zana juga tersenyum manis.
"Kauorang tak marah aku ke? Aku tipu korang."Zana memeluk bahu Maira.
"Mai..kitaorang tak sekejam yang kau sangka.Memang lah terasa hati tu ada.Tapi..nak buat macam mana? Kau dah kahwin pun dengan Im"Zana ketawa riang.Maira membalas pelukan Zana.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...