Hari ini adalah hari sukan di sekolah aku.Dan..yes.Aku take part dalam berlari.Excited? Ada jugalah.Perasaan riak? Pun ada juga.Hahaha
Emran? Mestilah dia pun masuk berlari juga.Aik? Macam sweet je suami isteri masuk acara lari sama-sama? Ahakss! Aku duduk di bawah khemah rumah merah.Lawa juga cikgu-cikgu hias khemah ni.Berseni dan kreatif betul!
Faz dan Zana tadi ada dengan aku tapi diaorang pergi beli air sekejap.Kejap lagi acara perbarisan akan bermula.Aku yang melebih terujanya.Yelah,sebab waktu dekat sekolah lama aku mesti masuk perbarisan.Nak tengok juga kreativiti murid-murid kat sini.
Aku hanya melihat adik-adik tingkatan 1 berbaris dengan pakaian kostum yang sangat comel! Ieee!
"Seorang je ke?"Terus kepala aku mendongak ke atas apabila mendengar suara seseorang menegurku.Senyuman kecil terukir untuk si pemanggil.
"Haah.Kenapa tanya?"Aku pula menanyakan soalan.Sebelum soalan aku dibalas,Emran duduk bersila di sisi aku.
"Saja nak teman buah hati"Kata Emran sambil mengenyitkan mata kepada aku.
Haihh...cairrr..
"Mengada.Kau tak nampak ke fans kau semua tengah jeling dekat aku sekarang ni?"Ye..ada beberapa orang gadis pandang aku dengan tak puas hati.Siap jeling-jeling lagi tu!
"Tak kisah pun.Biarlah diorang"Mata aku terbeliak.Biar?! Kau gila ke wahai suami?!
"Kau cakap senanglah.Yang kena kecam aku,bukan kau!"
Emran hanya ketawa kecil.Senyuman manis masih lagi tak lekang di bibirnya.Haiyoo..Kenapa kau ni handsome sangat?!
"Ala..Nak teman dia pun tak boleh.Tak apa lah..Nak pergi cari isteri lain"Emran terus memuncungkan bibirnya lalu beriak mahu beredar.
Isteri lain?! Nak marah? Tapi aku nak tergelak!
"Alolo..merajuk ke Mr Hubby?"Segera hujung lengan bajunya aku tarik.Takkanlah aku nak pegang tangan dia,nanti gosip satu sekolah ni!
Langkahnya terhenti.Terus dia memandang kembali wajahku sambil tersenyum.Emran kembali ke tempat duduk.
"Mana ada lah! Mana boleh merajuk dengan my love lama-lama.Nanti rindu~"Emran berkata dengan gaya mengada.Aku hanya ketawa kecil melihat perangai dia.Macam budak-budak! Macam mana lah kalau jadi bapa orang ni? Eh? Bapa orang?
"Yeke rindu? Kata nak pergi cari isteri lain.Pergilah! Tak nak kawan dengan Emran! Hmp!"Sengaja aku memeluk tubuh sambil memandang ke arah lain.Tak nak pandang wajah pujaan hati.
Sementara menunggu ayat-ayat manis Emran keluar,kebetulan aku terpandang seseorang.Eh? Biar betul? Dia ke tu? Amira? Apa dia buat dekat sini?
Pelbagai persoalan keluar di kepala aku.Aku tak pasti jika betul itu adalah Amira.Rakan baikku dari di darjah 5.Tapi,macam tak mungkin! Amira dah sambung study kat UITM.
"Tak ada masa lah nak cari isteri lain.Isteri dekat depan ni pun dah cukup dah"Lembut sahaja suara itu menerpa telingaku.Aku toleh ke sebelah.Senyuman gula Emran masih lagi meniti di bibirnya.
"Nasib baik cakap macam tu.Kalau tak..."ayat aku sengaja aku buatkan tergantung.Emran pula masih fokus menunggu butir bicara yang bakal keluar.
"Kalau tak apa?"Emran mula bertanya dengan dahi berkerut seribu.Aku ketawa kecil.Kelakar tengok muka dia macam tu.
"Kalau tak...aku cari suami baru"Terbahak-bahak aku ketawa melihat riak wajah Emran yang mula berubah.Jadi merah.Marah? Geram? Macam aku kisah?
"Ooo..dah ada hati nak pasang baru.Siapa mamat tu?!"Suara Emran sedikit meninggi tetapi tak lah tinggi hingga semua orang memandangnya.
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...