Part 43

7.3K 252 10
                                    

Buku rujukan di tangan aku terlepas.Badan aku kaku.Beku.Aku tak mampu nak bergerak.Lidah aku ibarat terpaku di dalam mulut.Bibir aku bergerak,tetapi tiada suara mampu diucap.Kenyataan ini memang tak masuk dek akal.Tak logik!

Otak aku cuba mentafsir kata-kata papa.Tak..Tak mungkin! Kepala aku gelengkan beberapa kali.Tak! Aku tak percaya!

"Papa tahu Maira sedang keliru.Tapi,inikan perkara sebenar.Papa harap Maira tabah ye?"

Suara papa sedikit sebanyak membawa aku kembali ke alam nyata tetapi tidak seluruhnya.Aku masih lagi di alam keliru.Alam didalam kepala aku sendiri.

"Tak..Tak..Maira tak percaya! Papa dengan mama tipu kan? Kan?"Aku memandang tepat wajah mereka berdua.Masing-masing menundukkan wajah tak mahu bertentang mata dengan aku.

"Papa! Mama! Tolong cakap benda ni tak betul! Tolong cakap ni mimpi! Tolong lah.."Lutut aku sudah lemah.Aku tak mampu nak menampung diri untuk berdiri.

"Maafkan kami,Maira.Tapi..ini.bukan mimpi"Aku terduduk.Air mata yang bergenang sudah pun mengalir sudahpun jatuh ke pipi.Kekuatan aku hilang.Hilang dibawa oleh insan yang aku sayangi.Dibawa pergi menjauhi aku.

"Tak..Tak betul.Ini semua mimpi.Maira tahu ini ialah mimpi.Im! Tolong bagitahu saya benda ni palsu.Saya merayu tolonglah!"Aku memegang kaki Emran disebelah aku.Air mata jatuh menitis ke atas lantai.

Emran segera duduk ke lantai lalu memeluk aku.Ya..ini yang aku mahu.Kekuatan dari sang suami.Suami yang aku cintai.

"Shh..sabar sayang.Ini semua dugaan Allah"tangan Emran menggosok belakang badan aku.Kepala aku diusapnya penuh kasih.Aku lemah.Tersangat lemah.

"Im,mama rasa Im patut bawa Maira masuk bilik.Jangan biar dia menangis dekat luar ni"Im mengangguk lalu memegang bahu aku agar berdiri bersama dia.Dia memeluk bahu aku dengan erat.Aku juga memeluk pinggang dia.Aku perlukan seseorang.Seseorang yang mampu membuatkan aku kembali tenang.

Sampai di bilik,aku terus duduk di atas katil.Emran duduk bersila berhadapan aku.Jari jemari aku digenggam.Aku dapat rasa dia merenung mataku walaupun aku sedang menundukkan wajah.

"Sayang,ini semua ujian.Sayang kena redha dengan ketentuanNya"Aku menggeleng kepala.Aku masih lagi dibawah pengaruh emosi.

"Tak! Kenapa? Kenapa Tuhan uji Maira macam ni? Maira dah cukup terseksa.Dulu ayah,sekarang? Tiga orang sekaligus! Maira tak sanggup! Hanya diorang je ahli keluarga yang Maira ada.Hanya mereka!"Aku memukul bidang dada Emran.Air mata tak henti-henti mengalir.Pada Emran lah aku.melepaskan segala yang terpendam.

Emran segera menarik aku dalam pelukannya.Aku cuba menolak tapi dia mengeratkan lagi pelukan.Aku kalah.Ego aku jatuh di hadapan Emran.

"No,sayang.Tuhan uji Maira sebab dia tahu Maira kuat.Dia tahu Maira boleh survive.Jangan macam ni sayang"Dahi aku dikucup Emran.Lembut sahaja sentuhannya.

Air mata aku mengalir semakin deras.Aku tak percaya yang ibu,Kak Saufa dan Abg Yad dah tinggalkan aku! Mereka pergi bertemu Ilahi!

Emran turun ke tingkat bawah selepas memastikan Maira sudah tidur.Sejujurnya,dia juga terkejut dengan berita ini tapi dia harus kuat demi isterinya!

"Pa..macam mana boleh jadi macam ni?"Emran mengambil tempat duduk di ruang tamu apabila terlihat papa dan mamanya sedang berbual.

"Tadi ada orang call.Dia kata yang ibu Maira,Saufa dengan Yad dah meninggal.Jenazah mereka sekarang ada dekat Mekah.Mereka kan sedang menunaikan umrah"

"Katanya,mereka meninggal disebabkan rempuhan.Orang-orang di sana merempuh beramai-ramai.Ramai yang cedera dan meninggal.Tak sangka pula mereka bertiga juga terlibat"

Emran mengangguk.Banyak betul dugaan yang Allah mahu berikan kepada isterinya.Tak apa Maira,awak tetap ada saya.

"Jenazah tu..mereka akan bawa ke Malaysia minggu hadapan"Tambah papa lagi.

Sabarlah Maira.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini..

1 bulan kemudian..
Aku duduk di hujung kolam.Kaki aku rendamkan di dalam air.Aku goyangkan kaki aku berkali-kali.Aku merenung kolam itu.Wajah-wajah ibu,Kak Saufa dan Abg Yad,bermain di mata aku.

Tak semena-mena air mataku mengalir.Haih..sudahlah.Aku sudah penat menangis.Air mata aku sudah kering.Aku redha dengan pemergian mereka.Mereka meninggal di Mekah.Tanah suci Allah.Tempat di mana banyak sejarah Islam terbina.Tempat di mana Pesuruh Allah lahir ke dunia.

Aku lihat gambar di tangan aku.Gambar yang aku selitkan dalam diary aku dulu.Gambar ketika semua sedang tersenyum gembira.Gambar semua masih bernafas.Di waktu semua bahagia.

Aku sangka aku akan dapat banyak peluang untuk hidup dengan ibu.Tetapi,ternyata tidak.Aku hanya sempat merasainya sedikit selepas hampir 3 tahun aku membencinya.Betapa bodohnya aku.Membenci ibu sendiri.

Aku rindu Kak Saufa dan Abg Yad.Mereka berdua yang menjaga aku.Mereka berdua yang menanggung makan dan minum aku.Mereka ibarat ibu dan ayah aku buat sementara.Hanya mereka yang menyalurkan kasih sayang ketika aku buntu.Ketika aku sedih dengan pemergian ayah,mereka lah yang menenangkan aku.Mereka yang membantu aku menjadi manusia yang berguna sekarang.Aku rindu..

Air mata aku kesat.Aku cuba tersenyum kelat.Sekarang ini,semuanya tinggal kenangan.Kenangan yang akan aku kenang hingga aku tiada lagi di muka bumi ini.Terima kasih semua..

"Buat apa tu?"Aku menoleh.Haih..orang yang telah menakluki hati aku berada di sisi.

"Tak buat apa-apa.Termenung je" aku memandang kembali ke arah air.

"Mai,esok nak kena nyanyi kan?"
Aku mengangguk.

"Tak payah prepare apa-apa ke?"Aku ketawa kecil.

"Tak payah.Nyanyi je.."Tiba-tiba aku teringat dekat Amira dan Fara.Tiba-tiba aku mengukir senyuman.Senyuman sinis.Hehe.

"Eh? Yang sayang tersenyum-senyum ni dah kenapa?"Emran berkerut memandang aku.Aku tersenyum sambil mengangkat kening.Adalah..

Awal-awal pagi lagi aku sudah melangkah masuk ke dalam bilik muzik.Persembahan itu dilakukan waktu dah nak balik dari sekolah.Aku berjalan menuju ke meja guru.Aku mencari-cari bahan yang aku mahu.

Yes! Got it! Buku senarai nama murid yang mengambil tempat di persembahan itu.Aku mencari nama dua orang gadis 'hot' dekat sekolah ni.

Hah! Dapat pun.Kejap ehh..

Nurul Amira Binti Amir
-duet(Emran)
-Suasana Hari Raya
-Pink me.

Tawa aku pecah membaca keterangan Amira.Nampak sangat dia ni percaya bila aku kata aku dengan Im nyanyi lagi suasana hari raya.Hahaha.

Pink me.Ni nama samaran.Cikgu kata kena buat nama samaran,so bila nanti announce nama,diorang akan guna nama samaran je.Dan...pink me! Serius aku rasa nak gelak sampai terkeluar anak tekak!

Nurina Farasyin Bt Tan Sri Mahmud
-duet(Emran)
-Suasana Hari Raya
-Fabulous Gurl

Astagfirullah! Diorang ni sweet betul la! Dua-dua nak caras aku dengan Im.Ish..ish..ish! Hurm. aku nak buat apa eh tadi?

Oh ya! Disebabkan kauorang berniat nak duet dengan suami aku,apa kata aku bagi 'suprise' sikit.Hehe.

Aku mengeluarkan pen dari pencil case.Aku menulis sesuatu sebelum menutup buku itu.Aku meletakkannya dengan kemas agar tak kantoi.Segera aku keluar dari bilik itu.Pintu aku tutup dengan cermat.Hehe.Terimalah 'hadiah' dari aku!

Aku Suka Kaulah Sayang!Where stories live. Discover now