"Aku terima nikahnya Humaira Sufiyana Binti Kamil Irsyat dengan mas kahwinnya Rm100 tunai"
Air mata aku mengalir sejurus aku mendengar kata sah dari saksi saksi.Aku dah jadi 'Puan'.Aku bukan lagi 'Cik'.Huhu.Siapa tak nangis weh! Ni bukan nangis kegembiraan.Nangis kesedihan pun bukan.Ni..nangis...ahhh suka hati aku lah! Huhu..ayah...ayah..
Ketika sesi pembatalan air sembahyang.Sempat aku melihat wajah lelaki yang dah jadi suami aku ni.Gulp! Kenapa muka Emran jambu gila?! Macam muka Minho Shinee lahhh! Alamak! Aku cairrr....
Maira? Ni ke Maira? Atau bidadari dari kayangan yang menyamar jadi isteri aku ni?Ya Allah..cantiknya kau Maira..
Tangan Emran menarik tangan kiri aku.Lalu disarungkan cincin berlian itu di jari manis aku.
Serius lawa gila cincin ni!Aku mengambil cincin Emran lalu disarungkan kepada jari runcingnya.Dia segera mencium dahiku.Ibarat terasa terkena kejutan elektrik bila hangatnya ciuman Emran terasa.Jantung tak berhenti berdegup kencang.Jantung...janganlah buat hal..
Selesai sesi pembatalan air sembahyang,Emran sempat berbisik kepada ku.
"Kau nampak lawa hari ni"Aku dah tersenyum.Mungkin kepada orang ramai atau kepada Emran.
"Aku memang lawa.Dah jangan puji lebih-lebih!"Aku pun membalas bisikannya dengan membisik juga.
Kami berjalan lalu bersalaman dengan semua saudara-mara Emran.Aku ni tak ada saudara sangat.Belah ayah hanya ada Pak Ngah sahaja.Belah ibu..entah.Aku tak pernah kenal pula.
"Maira..Im..ni dengar Kak Saufa nak bagi nasihat.Korang berdua ni dah jadi suami isteri tau? Mai..tugas Mai..jaga suami,makan pakai suami dan lagi satu taat kepada suami.Jangan degil sangat.Suami minta tolong,tolong.Baru dapat pahala.Ingat..syurga bawah tapak kaki suami tahu?"
Aku hanya mengangguk malas.Tangan Emran dari tadi memeluk pinggang aku.Haih..aku pula yang rimas.Tapi,demi jaga air muka.Aku redha je lah..
"Dengar tak?"Emran mencubit pipi aku.Amboi! Mentang-mentang dah halal.Suka hati kau je!
"Ish! Saya tahulah,suami!"Aku dan Emran memang akan gunakan saya-awak bila di depan keluarga.Supaya mereka tahu yang Maira dan Emran memang setuju pasal kahwin ni! Padahal..dah macam kucing dengan anjing dah!
"Im pula kena ingat..jaga isteri.Tegur dia kalau dia buat silap.Selesaikan masalah dengan betul.Sentiasa faham dengan Mai ni.Mai ni memang manja sikit"
"Akak!"Aku menjerit kecil kepada akak.Emran tu dah tersengih-sengih.Aku nak campak muka dekat mana ni? Kantoi aku ni manja!
"Manja eh? Alright.."senyuman nakal terukir di bibir Emran.Dia mencuit hidung aku.
Laju aku menepis.Hish! Rimas!
»«»«»«««»«»«»«««««««
Sekarang aku perlu menukar baju untuk majlis persandingan pula.Majlis persandingan diadakan waktu malam.Sebab..aku dan Emran bernikah pada petang tu.Aku dan Emran yang memilih untuk buat malam.Tak nak buat hari esok.Lecehlah..
Baju yang dah tersarung di tubuhku itu kelihatan sangat cantik.Malam ini temanya hitam putih.Emran pilih hitam.Aku pilih putih.Kenapa? Mungkin jiwa aku lebih bersih dari Emran.Hahaha! Perasan!
Dress berwarna hitam bersama lace warna putih itu memang menepati citarasa aku.Aku pun pelik kenapa Emran beria sangat nak warna hitam sahaja?.Dia tak nak warna lain. Lepas kena ceramah dengan aku,baru dia terima warna putih.Macam nak berkabung pula pakai hitam ni!
Tudung? Tudung aku pakai shawl berwarna kelabu.Hitam campur putih kan kelabu? So,tak salah pilih kelabu kan?
Tangan aku yang berinai itu membetulkan shawl yang terletak sempurna di kepala ku ini.Tak habis kenduri lagi,tudung dah kelepet Macam mana habis je kenduri? Korang imagine sendiri ye?
YOU ARE READING
Aku Suka Kaulah Sayang!
RomanceAku Humaira.Semua kawan aku panggil aku Maira.Aku ni bukannya nak cakap besar ke apa.Tapi,untuk pengetahuan korang.Pada umur 18 tahun,hidup aku dah sengsara! Aku baru je nak bahagia lepas SPM tapi what?! Emran Fakrimi! Dia ni lah manusia yang bagi h...